TWENTY-ONE

3.6K 292 4
                                    


Setelah seminggu berlalu, akhirnya percutian mereka di camp site itu telah habis. Sehun dan Saejin langsung tidak berbicara setelah hal di atas bukit itu. Ketika di dalam kereta untuk perjalanan balik pun Saejin hanya tidur dan langsung tidak melayaninya.

Sehun mengeluh. Teringat kata-kata Saejin tempoh hari. Mengapa gadis itu mahu dia yakin dengan persaannya sendiri sedangkan dia betul-betul menyukai gadis itu? Apakah yang membuat Saejin menolaknya?

'Tok! Tok! Tok!' Bunyi pintu biliknya diketuk menyedarkan Sehun dari lamunannya. Walaupun malas, Sehun tetap bangun untuk membukanya dan tanpa disangka Saejin berdiri disitu.


"Oh.. Kau rupanya.. kenapa?" Soal Sehun dengan suara yang dibuat normal sehabis mungkin.

"Let's go shopping Sehun-ah!" Kata Saejin sambil tersenyum seperti tiada apa yang berlaku diantara mereka.

"Eh? O.. Ok.." jawab Sehun.

"Kau pergilah siap.. aku tunggu kat bawah. Palli!" kata Saejin, Sehun hanya mengangguk dan masuk kembali ke dalam biliknya.

Setelah siap menukar baju dan memacakkan rambutnya, Sehun berjalan keluar dari biliknya setelah mengambil kunci kereta. Ketika menuruni tangga, dia dapat melihat Saejin sedang berborak dengan seorang maid.

"Oi! Jom!" kata Sehun mengambil perhatian Saejin.

"Bye Bye Ara!" Saejin berlari keluar mengejar Sehun yang sudah berada di keretanya.

Saejin memasuki perut kereta dan memakai tali pinggang keledar sementara Sehun sudah menghidupkan enjin keretanya dan memandu keluar dari pekarangan rumah.

"Nak pergi mana?" soal Sehun.

"Myeondong street." jawab Saejin dan membuang pandangannya ke luar tingkap.

Sehun juga hanya mendiamkan dirinya apabila terasa aura kekok berada di udara. Saejin dikerling dan mulut gadis itu terkumat-kamit seperti sedang ingin berbicara sesuatu.

Saejin menggigit bibir bawahnya sebelum menoleh ke tepi memandang Sehun. Sehun yang kebetulan sedang melihatnya dengan cepat mengalihkan pandangan dan berdehem. Saejin tertawa kecil.

Sehun juga tersenyum kecil melihat senyuman dari Saejin yang sudah dekat seminggu tidak dilihatnya. Walaupun tidak sampai seminggu tetapi bagi Sehun rasanya seperti sudah seratus tahun.

"K-kau nak beli apa ?" soal Sehun membuka bicara.

"Present untuk anak buah aku. " Jawab Saejin.

"Anak Ji Eonni kau ke?"

"Erm.. " Saejin hanya mengangguk.

Sehun hanya mendiamkan dirinya selepas itu. Tidak pernah dia dan Saejin sekekok ini atau mungkin Saejin tidak mahu bercakap dengannya.

"Aku.."

Sehun memandang ke arah Saejin. " Hurm?"

"Aku minta maaf pasal kat camp site hari tu. Aku bukan tak nak cakap dengan kau cuma aku rasa tak selesa setiap kali kau tengok aku." Jelas Saejin.

"Aku pun minta maaf. Aku tak tahu apa yang aku merepek hari tu. Aku tak ada perasaan pun dekat kau.." tipu Sehun. Dia tidak mahu Saejin berterusan menghindarinya lagi.

Saejin pula menggigit bibir bawahnya. Terasa patah hati mendengar kata-kata Sehun . Dia mahu menerima Sehun tempoh hari tetapi entah mengapa dirasanya Sehun ragu-ragu atas perasaannya. Mungkin Sehun masih ada perasaan pada cinta pertamanya?

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now