Side-story (3)

2.5K 213 7
                                    

Setelah Saejin dan Sehun beredar, hanya Baekhyun, Hani dan Hwanhee yang berada di situ. Baekhyun merengus kasar berasa kesal dengan pemergian Saejin. Ditambah pula dengan rasa sakit hati melihat tunangnya sendiri bermesra dengan orang lain. Wait.. tunang? sudah mengaku ke?

"Aku nak balik." akhirnya ayat itu keluar dari mulutnya.

"Hyung tak nak makan dulu?" Hwanhee menyoal.

"Tak lapar." Jawab Baekhyun dengan dingin dan sempat menjeling Hani yang hanya membisu sebelum beredar.

"Tak nak kejar aku ke?" Baekhyun menyoal perlahan dan mengembungkan pipinya.

" Kalau aku kira sampai tiga dia tak kejar aku.. aku blah.." bisiknya. "satu.. dua.. ti--"

"Oppa!"

Suara itu membuatkan Baekhyun tersenyum sinis sebelum menoleh, sekali gus menukar eksperesi wajahnya kepada dingan. Hani yang sedang berjalan ke arahnya nampak sungguh comel dan hampit sahaja dia cair.. 'Wait.. Apa kena dengan aku ni?'

"Kau nak apa?" Baekhyun menyoal.

Hani memgetap bibirnya sekejap dan mengangkat wajah memandang Baekhyun. "Kalau oppa nak pergi pun.. bayarlah apa yang oppa order." Hani berkata dan hampir sahaja Baekgyun diserang sakit jantung disitu.

"K-Kau.." bibirnya diketap menahan marah. Tetapi segala kata-kata kurang elok yang ingin dihamburkan kepada Hani ditahan sebelum berjalan ke arah kaunter dan melagakan bahunya dan bahu Hani. Hani menoleh melihat Baekhyun dan tersenyum kecil sambil berjalan ke arah Hwanhee kembali.
_______

"Majlis apa pulak ni Appa.. omma?" Baekhyun menyoal dengan penuh rasa menyampah.

Mr. dan Mrs. Byun berpandangan sesama sendiri dan tersenyum sebelum memandang anak bujang mereka. "Majlis meraikan pertunangan kamu.. "

Mata Baekhyun sedikit membesar. "Tak naklah!. Kahwin senyap-senyap sudahlah." rungutnya.

"Baekhyun.. Family Hani dah setuju nak tolong syarikat kita.. at least dengarlah cakap kami." ujar Mr. Byun .

"Yang nak kahwin appa dengan appa dia or Baek? Baek ada kehidupan sendirilah.. I have someone that I like. "

"Kalau kamu bercakap pasal Saejin.. lupakan. Dia pun dah nak kahwin." kata-kata Mrs. Byun itu membuaykan Baekhyun berasa aneh. Takkan Hani beritahu pula?

"M-mana omma tahu ni?"

"Kalau kamu tak macam orang gila simpan gambar-gambar dia dalam kotak dekat almari tu omma takkan tahu and siapa tak kenal STAR Magazine punya anak? berita tu dah tersebar luas and kelauga Sehun tak kurang popular juga."

Baekhyun mendengus dan berdiri. " Suka hatilah omma dengan Appa nak buat apa pun. Kalau Hani tu tak happy hidup dengan Baek.. Baek tak nak tanggung apa-apa."

Panggilan dari ibubapanya langsung tidak dihiraukan, yang ada di fikirannya adalah katil. Dia mahu rehatkan tubuhnya, mindanya dan emosinya. Pintu bilik ditutup dengan kasar dan menuju ke almari baju, mencari kotak yang disebutkan oleh Mrs. Byun dan tersenyum apabila melihatnya elok terletak didalam almari itu. Entah bagaimana ommanya boleh menjumpai kotak gambar itu pun dia tidak tahu. Kotak berwarna biru langit itu dibawa ke katil.

Lantas kotak itu dibuka dan gambar-gambar Saejin yang diambilnya dua tahun lepas menyambut pandangannya. Bibirnya mengukirkan senyuman yang agak sedih kerana gadis itu bukan miliknya. Sekali tengok sudah ada gaya orang hilang isteri pula dia menatap gambar gadis itu.

Selepas beberapa lama, gambar itu disimpan kembali dan matanya menangkap satu gambar yang agak berbeza dari yang lain. Gambar itu diambil dan direnung lama. Wajah gadis kecil yang tembam itu membuatkan dia tersenyum kecil.

"Mana Song Hani yang 24/7 nak berkepit dengan aku? Tapi bukan ke aku yang elakkan diri sekarang? Betul ke keputusan aku nak rampas Saejin dari Sehun? Kenapalah semuanya complicated sangat?" Keluhan dilepaskan.

Badannya di baringkan diatas atil bersaiz Kingnya dan merenung siling dengan lama sebelum mengambil handphonenya dan menghantar pesanan ringkas kepada seseorang sebelum bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri.
_____

Hani meletakkan beg tangan miliknya diatas katil dan melabuhkan punggung di birainya. Handphone dikeluarkan dari beg itu dan menyalakannya hanya untuk disambut dengan satu mesej dari contact yang diset sebagai 'B♡'.

'Call aku balik.'- B♡

Dahinya berkerut. Benarkah ini dari Baekhyun? Takkan ada orang hack pula handphone lelaki itu? Tetapi tanpa berfikir lama dia menyentuh skrin handphone Iphone 6snya dan meletakkan di telinga menanti jawapan dari Baekhyun.

"Hello?" Suara lembut Baekhyun menyambut gegendang telinganya dan hampir sahaja membuatkan Hani berfangirling. Please focus pada perkataan 'hampir'.

"Oppa nak apa?" Hani menyoal.

"Kenapa? tak suka? Kalau Hwanhee telefon kau baru kau suka?" Baekhyun memerli dan Hani hanya menggulingkan matanya. Dia sukakan Baekhyun tetapi kadang-kala dia terasa sedikit menyampah dengan perangai lelaki ini.

"At least Hwanhee tak buat Hani rasa menyampah." Hani menjawab dengan berani. Sudah malas rasanya mahu berlembut dengan lelaki ini.

"Kau dah berani eh? Haritu bukan main baik dengan aku.. takut lagi pulak ." Sinis Baekhyun.

"Oppa ni banyak sangat terpesong dari topik ni.. cakap jelah apa yang oppa nak.. Hani nak tidurlah.."

"Aku cuma nak cakap yang aku nak minta tolong kau.. boleh tak kau tolong ni?"

"Hurm.. cakaplah." Hani membalas dengan malas dan membaringkan tubuhnya diatas katil.

"Aku akan cakap dengan laju. So kalau kau tak dengar padan muka.."

"Hurm.. whateverlah.. cakaplah cepat.."

"Macam tak sabar nak halau aku nampak."

"Bukan oppa ke yang nak halau Hani so.. oppa boleh bersama dengan Saejin unnie?"

"Tu memang hasrat aku tapi dengar dulu apa yang aku nak cakap ni."

Ouch.. ayat 'Itu memang hasrat aku' itu membuatkan hatinya sakit. "Cakaplah.." suaranya dikawal bagi mengelakkan Baekhyun tahu keadaan hatinya yang hampir luhur itu.

"Buatakujatuhcintakatkaudalammasasebulan. Ok Bye ."

Tuut..Tuuut.. Tuuut...

'Buat.aku.jatuh.cinta.kat.kau.dalam.masa.sebulan.'

Dahi Hani berkerut dengan ayat Baekhyun. Betulkah apa yang dia dengar? atau itu memang benar tetapi Baekhyun hanya ingin mempermainkan dirinya?. Bibirnya diketap dan terus senyuman mekar diwajahnya.

"Byun Baekhyun.. you're going to fall for me just in two week.. I'm goig to make it sure." Ujarnya perlahan.
______
TBC..

Thanks :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now