TEN

3.7K 326 14
                                    


Badannya disandarkan ke sofa lalu mencapai remote tv diatas meja kopi menggunakan kakinya. TV dihadapannya di buka dan keluhan dilepaskan dengan mata yang mengerling ke arah pintu bilik Saejin beberapa kali.

Sehun menggigit bibirnya dan mengeluh sekali lagi. "Kenapa dia tak keluar bilik dari pagi tadi?" Soalnya sendiri.

"Issh.. Apa-apa jadi kat dia ke? dia sakit ke? Kalau aku rempuh nanti apa pulak dia cakap?" Bebel Sehun dengan perlahan.

"Aissh! Macam ayamlah kau ni Sehun! penakut nak mampus! bangun jelah ketuk pintu bilik dia! Mati anak orang karang keluarga kau juga yang susah!"

Setelah berbincang dengan diri sendiri, akhirnya Sehun membuat keputusan untuk mengintai kelakuan gadis itu sahaja. Diberanikan dirinya menuju ke pintu berwarna coklat itu sambil melihat sekeliling supaya tiada sesiapa yang melihatnya. Pintu itu dibuka sedikit dan melihat kedalamnya.

"Mwohae?"

"Shhh! Jangan bising nanti dia tahulah!" marah Sehun tanpa melihat kebelakang.

"Tahu? siapa?"

"Kim Saejinlah stu--" Kata-kata Sehun tergantung apabila suara yang dikenalinya itu bagaikan mengetuk dirinya kepada kesedaran.

Dengan cepat Sehun berdiri dan menoleh kebelakang. Matanya membesar, terkejut melihat Saejin di hadapannya dengan sekeping roti dimulut dan cawan berisi air teh panas ditangannya. Sehun menelan air liurnya yang terasa payau kerana malu ditangkap oleh Saejin.

"Pikyeo!( Tepi)" Arah Saejin dengan wajah blank tetapi Sehun tidak bergerak.

Sehun berdehem lalu menunding ke arah bawah mata Saejin yang berlingkar hitam seperti Panda. "Kau tak tidur ke?"

"Oh! Aku just tengok oppa aku berlakon dengan hensemnya sampai aku tak tidur malam tadi." Jawab Saejin sambil menggosok matanya yang merah.

"O--oppa?" Soal Sehun lagi. Dia sendiri tidak tahu mengapa hatinya terasa dicucuk duri-duri kecemburuan.

"Erm.. nak join tengok?" ajak Saejin.

"Oh. S-sure!" Sehun mengangguk.
____

Setelah meletakkan cawan di meja lampu tidur Saejin meniarap di atas katil dihadapan laptopnya sebelum menepuk ruang kosong disebelahnya menyuruh Sehun mengikutinya. Tanpa berkata banyak Sehun meniarap disebelah gadis itu.

"K-kill me, Heal me?" Soal Sehun sebaik sahaja melihat tajuk yang tertera pada skrin laptop itu.

"Sejak bila kau gagap ni? haha." Saejin tertawa lalu menekan butang play.

"Aku dah tengok 3 kali dah kalau kau nak tahu. Jisung oppa just too handsome to handle." Ujar Saejin dengan gembira.

"Tch. Aku lagi hensem." bisik Sehun dengan perlahan.

Mereka berdua menonton drama itu dengan gelak tawa berselang-seli dengan keadaan sunyi. Saejin melihat ke arah Sehun lalu senyuman kecil terbit di bibirnya melihat eyesmile lelaki itu.

"So dia ada 7 personaliti? Heol... pandai betul dia berlakon." Kata Sehun lalu memandang Saejin membuatkan mereka berdua berpandangan dengan lama sebelum Saejin memandang skrin kembali.

"Eo. 7 personaliti. Dan yang paling aku suka Shin Segi! "

"Kau suka lelaki ganas macam tu?" Soal Sehun.

"Well. I like that type of guy. Walaupun dia ganas dan kasar dekat orang lain dia still sayang watak perempuan tu, Rijin. Cara dia layan Rijin memang nampak kasar tapi kalau kau perhatikan betul-betul dia cuma nak Rijin tu pilih dia. Sebab Rijin tu first love dia. Dia tak pernah dengar cakap orang lain tapi buat kali pertamanya dia dengar dan patuh dengan kata-kata Rijin. Dah yang paling penting walau semarah mana pun dia, dia tetap takkan marah Rijin. Sweet kan?" Jawab Saejin sambil tersenyum.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα