TWENTY-NINE

3.2K 282 12
                                    

Saejin berhenti berjalan setelah agak jauh dari rumahnya. Hwanhee yang berada disebelahnya sudah berasa risau melihat gadis itu. Tangannya diletakkan diatas bahu Saejin membuatkan gadis itu memandangnya.

"Kau ok? Kenapa ni?" soal Hwanhee.


"A-aku.. Tadi.. Sehun.. aku.." Saejin mengetap bibirnya apabila ayat yang ingin dikeluarkan olehnya menjadi tunggang langgang.

Hwanhee dengan pantas menarik Saejin kedalam dakapannya. Sehun. Dia tahu nama itu. Nama yang selalu disebutkan oleh Saejin sebelum ini. Dia mahukan Saejin, sudah 2 tahun dia menunggu gadis ini membuka hatinya untuk dirinya tetapi mengapa sekarang lelaki itu perlu kembali.


Saejin pula masih menggigil dia sendiri tidak tahu dari mana dia mendapat semangat untuk berlakon begitu sekali. Jujur dikatakannya. Dia terkejut dan pada masa yang sama sedikit sakit hati melihat Sehun. Apa yang lelaki itu lakukan disini setelah 2 tahun? Mengapa tidak lebih awal?

Dia mahu memeluk Sehun tetapi dengan kuat dihalang keinginannya itu. Adakah Sehun terbang ke sini untuknya atau sebab lain? Ugh! Dia menyesal berlakon begitu. Sepatutnya dia harus mengkasari Sehun tadi.

"Saejin. Lupakan jelah pasal dia Jom !" ajak Hwanhee dan menarik Saejin.

Sudah dua tahun dia mengenali lelaki ini. Dari menjadi flight partner lelaki ini tiba-tiba menjadi jiran barunya pula dan hubungan mereka menjadi rapat dan rapat. Hari-hari juga Hwanhee confess kepadanya dan hari-hari jugalah dia menolak.

Hwanhee memang seorang yang baik, cute dan kelakar tetapi hatinya kerap mengingati Sehun sahaja. Dia mengenali Sehun hanya untuk 7 bulan tetapi Hwanhee untuk dua tahun dan Sehun juga yang dimahukannya.

Bukan tidak dicubanya untuk menyukai Hwanhee tetapi itu sangat susah. Sejujurnya dia mahu menyukai Hwanhee and live a happy life with him. Tetapi Saejin masih tidak boleh move on dari Sehun. Hanya Sehun, Sehun, Sehun dan Sehun 24 jam.
_______________


"Aku suka kau. Kau dengar tak ni?" soal Hwanhee membuatkan Saejin tersedar dari lamunannya.


"Oh? Dah sampai ke?" Saejin melihat kelilibg dan mendapati mereka berdua berada di hadapan rumahnya.


"Sampai hati kaukan? Bila Si Sehun tu dah datang terus kau buat-buat tak dengar confession aku! Kau suka dia lagi kan? Kalau macamtu pergilah kat dia!" ujar Hwanhee dan beredar masuk ke rumahnya meninggalkan Saejin masih terpinga-pinga.


"Hwanhee! " jerit Saejin memanggil lelaki itu tetapi Hwanhee hanya berpura-pura tidak dengar dan menghempas pintu rumahnya.


Saejin berdiri tidak bergerak melihat ke pintu rumah Hwanhee dan mengeluh. Rasa bersalah menyelebunginya, Jika diingat kembali semasa di Mall tadi Saejin langsung tidak melayan lelaki itu kerana otaknya yang dipenuhi oleh Sehun.


"Saejin. Kamu buat apa tu?" suara familiar itu membuatkan Saejin melihat ke laman rumahnya hanya untuk bertemu Mr. Kim. Saejin menggeleng dan melangkah masuk ke kawasan rumahnya.


"Jarang appa tengok kamu gaduh dengan Hwanhee. Kenapa dia tu?" soal Mr. Kim .


"Saejin.... Tak tahu." jawabnya perlahan.

"Kamu tahukan Sehun ada kat sini?" pertanyaan itu membuatkan Saejin tersentak.

"Hurm? siapa Sehun? Oh. Tetamu appa tadi tu ? Ok. Saejin nak masuk nak mandi." kata Saejin masih mahu meneruskan kepura-puraannya tidak mahu mengenali sesiapa yang bernama Oh Sehun. Lantaklah apa mahu berlaku sekalipun. Kepalanya sudah pening mahu memikirkannya.


"Saejin.. Setahu Appa kamu tak ada pula hilang ing--"

"Oh. Saejin hilang ingatan lepas Saejin pijak kaki kat UK ni 2 tahun lepas. Ok bye." penyataan Mr. Kim cepat-cepat dipotong dan terus beredar ke dalam rumah.

"Kalaulah kamu tahu dia tu tunang kamu, Mahu terkejut 40 hari 40 malam agaknya. " Bisik Mr. Kim dan kembali membaca surat khabar yang diabaikan tatkala matanya terpandang aksi pergaduhan anak gadisnya dengan Hwanhee, jiran mereka.

Walaupun dia tidak tahu menahu tentang Sehun sebelum ini tetapi dari cara anaknya dia dapat mengagak sesuatu berlaku diantara mereka. Tch, anak muda baru nak tahu erti cintalah katakan.

Tentang hal pertunangan itu pula, sudah dirancang sebelum Saejin mengenali Sehun lagi. Sebab utama dia menghantar Saejin ke korea hanyalah disebabkan dia mahu Saejin mengenali Sehun. Berpakat dengan keluarga Oh dari awal lagi untuk merapatkan mereka dimana rancangan itu berjalan dengan sungguh lancar.
___________

Tangga di dakinya dengan laju untuk mengelak bertemu dengan Sehun mahupun terdengar suara lelaki itu. Takut jika dia tidak dapat mengawal dirinya dan terus memeluk lelaki itu. Itulah perkara yang akan dilakukannya jika perasaan rindunya sudah melimpah-limpah dan itu akan menggagalkan lakonannya.

"Hyung. " mendengar suara itu Saejin berhenti berjalan dan menoleh ke pintu bilik tetamu.

"Sorry. Aku tak dapat peluk dia untuk Hyung... erm? tak semuanya ok. aku pun ok. Aku tak tahu nak cakap apa tapi.. ada kemungkinan Saejin tak kenal aku dah. No. It's ok hyung. Dapat tengok muka dia pun dah cukup."

Mendengar dari cara percakapannya Sehun pasti sedang berbual dengan seseorang. Mungkin Jihun? Hatinya terasa pedih mendengar suara Sehun yang seakan-akan rasa terseksa dengan perangai dirinya. Saejin mengeluh mahu beredar tetapi terhenti apabila mendengar Sehun tertawa. Brtapa dia rindu mahu mendengar suara tawa itu. Tanpa disedari bibirnya juga mengukirkan senyuman.

"Haha.. dia tak berubah pun cuma kaler rambut dia warna ungu-ungu sikit. But, it's pretty and she's so beautiful. Suara dia macam dulu and still pendek tak ada perubahan. "


Wajah Saejin menjadi kemerah-merahan mendengar pujian itu. Rambutnya yang baru di dye seminggu lepas di sentuh dan perasaannya berbunga-bunga tatkala mendengar kata-kata Sehun.

"Honey. Buat apa tu?" suara Mrs. Kim menegurnya membuatkan Saejin tersentak. 'Aishh.. kacau line betul.' Rungut hatinya.


"Tak ada apa.." balas Saejin dengan suara monotone dan terus beredar ke biliknya yang berada tidak jauh dari situ tanpa menoleh melihat Ommanya yang berada di belakang .

Saejin menyandarkan belakangnya pada pintu dan melepaskan nafasnya. Suara Sehun tadi betul-betul membuatkan dirinya tidak tentu arah dan terlupa terus dengan keadaan sekelilingnya.

"Kim Saejin! Jeongsin charyeo!!" bisiknya kepada diri sendiri.

Saejin mengeluh dan menoleh menghadap pintunya sebelum menguaknya sedikit. Dia mahu melihat Mrs Kim sudah berada atau belum. Tetapi tatkala dia mengintai sedikit wajah Sehun sedang tersenyum lembut dihadapan pintu bilik tertamu membuatkan jantungnya berdegup pantas.


"Tak apalah aunty. Saya ok je. Bilik ni pun dah cukup selesa. " kata Sehun dengan sopan.

"Betul ke? Kalau macamtu eloklah. Kalau kamu nak apa-apa cari aunty, uncle or Saejin. Budak tu memang suka buat perangai sikit. Pukul 6 kejap lagi turun dinner." Mrs. Kim mengusap lembut bahu Sehun dan beredar.

Sehun hanya melihat susuk tubuh Mrs Kim beredar dan menoleh untuk kebiliknya tetapi melihat pintu bilik yang tertulis nama Saejin di permukaannya terbuka sedikit membuatkan Sehun melihat ke arahnya dan matanya bertemu dengan mata cantik yang amat dirinduinya. Bibirnya perlahan-lahan mengukirkan senyuman.


Saejin kaku melihat Sehun yang tiba-tiba tersenyum. Terus pintu biliknya dihempas tutup dan berlari ke katilnya dengan wajah yang disembam ke bantal. Jantungnya berdegup dengan laju seperti tiada tanda-tanda ianya akan berdegup seperti biasa kembali.

"Stupid! Oh Sehun!" jeritnya ke atas permukaan bantal itu.
____________________

TBC....

Thanks read :)
COMMENT DAN VOTE ANDA AMAT SAYA HARGAI :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now