THIRTY-TWO

3.5K 291 23
                                    

Sehun tersedar dari tidurnya apabila bunyi ketukan halus terhasil dari pintu bilik tetamu yang digunakanya. Dikerlingnya jam dinding di bilik itu yang menunjukkan jam 3:20 pagi membuatkan keningnya bertaut kerana pelik, siapa pula yang mengganggu tidurnya pada pagi-pagi buta ini.

"Wait!" kata Sehun dan berdiri dari katilnya.

Digapainya Tshirt yang tersedia diatas couch dan diasarung ke badannya yang selalu tidur tanpanya sebelum bergerak ke pintu. Bunyi ketukan itu berhenti tiba-tiba dan kembali berbunyi dengan lebih kasar membuatkan bulu romanya menegak. Tidak mungkin rumah ini berhantu. Namun diberanikan juga dirinya untuk membuka pintu.

"Saejin?" nama itu keluar dari mulutnya apabila melihat gadis yang sedang berdiri di hadapannya dalam pakaian baju tidurnya yang jarang dan rambut yang kusut masai.

"Saejin? kenapa?" soal Sehun tetapi tidak dibalas oleh gadis itu.

Sehun menelan air liur tatkala peluh jantannya mula terbit didahinya melihat kulit gadis itu terdedah dihadapannya seperti terhidang buatnya. Saejin nampak sungguh menggoda dan jiwanya bergelora. Jika dia adalah Sehun yang dahulu mungkin gadis yang cukup berharga buatnya ini sudah berada diatas katilnya sekarang dan apa yang akan dilakukan seterusnya adalah 'rated 18+'. (Seriously Sehun? haha XD)

"Saejin?" Bahu gadis itu dipegang dan digoncang sedikit membuatkan kepala gadis itu terlentok kebelakang menyedarkan Sehun bahawa gadis itu masih nyenyak tidur.

Sehun tertawa kecil. " Sleep walking now are you Kim Saejin?" Rambut ungu pekat gadis itu dibetulkan sebelum melakukan aksi berani matinya jika gadis itu tersedar iaitu mencium dahi putih bersih milik Saejin.

"Kaja (Jom), aku bawa kau masuk bilik. " ajak Sehun. Diangkatnya Saejin menggunakan 'Bridal style' dan menuju ke bilik Saejin, of course bilik gadis itu not his.

Perlahan-lahan tubuh Saejin diletakkan atas katil tetapi tangan gadis itu yang terlingkar di lehernya agak rapi menyukarkannya dan membuatkan Sehun mengangkat gadis itu, membuka lingkaran itu sebelum meletakkan Saejin kembali. Selimut ditarik menutup tubuh kecil Saejin dan melutut disebelahnya bagi mendekatkan wajah mereka.

Wajah Saejin direnungnya seketika sebelum tersenyum apabila melihat keningnya berkerut. Keadaan Saejin pada masa itu sungguh comel membuatkan Sehun berasa geram. Mahu saja dimandikan gadis itu dengan ciumannya. (Haha XD)

"Erm... Yah.. Hwanhee.."

Semua rasa gembira serta senyumannya mati apabila nama itu keluar dari mulut Saejin. Tangannya digenggam kuat menahan api kecemburuan. Dia akan mengambil Saejin dari Hwanhee tidak kira apa sekalipun hubungan mereka kerana satu sahaja yang dia tahu iaitu; Kim Saejin adalah milik Oh Sehun.

Sehun menatap sebentar wajah Saejin dan menghadiahkan senyuman buat gadis itu sebelum berjalan keluar. Buat kali terakhir pada malam itu dia melihat gadis itu dan menutup pintu untuk kebiliknya tidak sempat untuk mendengar kata-kata Saejin yang seterusnya.

"Sehun..I.. Love... you."
_______

Tatkala pintu biliknya terbuka mata besaranya menjadi 2 kali lagi besar kerana terkejut. Dipandangnya manusia yang mengganggu masa lenggangnya. Di situ berdirinya Hwanhee yang sedang tercungap-cungap kepenatan seperti tidak cukup oksigen.

Dibiarnya lelaki itu bernafas seketika. Malas mahu menunggu lagi dia kembali menumpukan perhatiannya kepada account instagramnya yang sudah terabai sedari pintunya terbuka tadi. Hwanhee berjalan ke arahnya dan terus merebahkan diri ke atas katil berbaring disebelah Saejin yang sedang meniarap.

"Let me guess.. Kau lari dari omma kau suruh basuh pinggan kan?" soal Saejin dengan matanya tidak terkalih dari skrin handphonenya.

"Pergh... peneka tepat pulak perempuan ni. Gila kau aku nak basuh pinggan-pinggan tu? No to the way!. Dia buat pai apple untuk abang aku so why is it me who has to wash that freaking dishes? Kau tahu tak betapa susahnya hidup kat dunia ni bila omma kau abaikan kemahuan dimanjakan seperti abangnya sendiri? " kata Hwanhee penuh dramatik.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now