TWENTY-SIX

3.3K 279 16
                                    

Bajunya satu persatu disusun dengan kemas kedalam lugagenya. Bibirnya mengukirkan senyuman kecil apabila teringat akan pertemuan kali pertamanya dengan Kai di airport. Sangkaan pertama kalinya tentang Kai langsung tak salah,: seorang playboy, annoying, Tak gentleman, tapi lelaki itu jugalah yang menjadi salah seorang kawan rapatnya sekarang.



Setelah selesai lugage itu disorokkan ke bawah katil dan menyimpan kembali baju yang dipilihnya untuk beberapa hari sebelum pulang ke UK dan dia bertekad untuk tidak pulang kembali ke korea walau Sehun melutut dihadapannya sekalipun.


Khabar berita untuk dia pulang ke UK masih belum diberitahu kepada Mr.Oh dan Mrs. Oh. Saejin berasa berat hati untuk memberitahu mereka terutamanya Mrs. Oh yang sudah dianggap seperti ibu kandungnya. Dia tidak mahu wanita itu berkecil hati.


Tetapi setelah berfikir dengan mendalam dia perlu juga beritahu mereka tentang ini. Sehun pula tidak perlu tahu. Mungkin lelaki itu langsung tidak kisah langsung. Oh Sehun bencikan dirinya semestinya lelaki itu tidak mahu berada dekat dengannya. Pemergian dia pun belum tentu disedari oleh Sehun kelak.


"Saejin.. Oppa ni." suara Jihun memanggilnya dari luar. Setelah kembali ke kampusnya beberapa minggu lepas dia kembali untuk cuti seminggu yang diambilnya saja-saja bagi merehatkan mindanya. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya Saejin berjumpa semula dengan lelaki itu sebelum dia pulang ke UK.



Kakinya di bawa ke pintu dan terus pintu itu dibuka. Bibirnya mengukirkan senyuman manis kepada abang crushnya itu. "Oppa.. masuklah." jemput Saejin dan tanpa teragak-agak Jihun melangkah masuk dengan beg kertas di tangannya.


Mata Saejin memandang sekejap pintu bilik Sehun yang tertutup rapat itu sebelum menutup pintu biliknya dan menoleh kebelakang melihat Jihun sudah melabuhkan punggungnya diatas katil empuk milik Saejin.



"Oppa nak apa-apa ke? atau Saejin ada buat salah?" soal Saejin melihat dari eksperasi wajah Jihun.



"Tak ada apa-apa.. Nah." Jihun menghulurkan beg kertas ditangannya dan terus Saejin mengambilnya sebelum memeriksa isinya. Pelbagai coklat dan candy dari luar negara di dalam beg kertas itu membuatkan Saejin mengerutkan dahinya.



"Tu Sehun bagi, dia suruh pas kat Saejin. Katanya someone name's Jihye gave it to him to pass it to you." terang Jihun dan tiada balasan dari Saejin.


"Ngada-ngada betul budak tu. Dahlah tak pernah panggil orang Hyung. Lepastu ada hati nak bos orang sana sini dengan muka seposen dia yang tak berapa hensem tu. " rungut Jihun membuatkan Saejin tertawa kecil.


"Saejin.." panggil Jihun lalu mendepakan tangannya. Saejin yang mendapat isyarat itu terus meletakkan beg itu ketepi dan memeluk Jihun.


"Kamu ok kan? Sehun buat Saejin teruk sangat ke? nak oppa belasah dia?" soal Jihun sambil mengusap lembut rambut Saejin. 'Aku ni abang siapa sebenarnya?' soal hatinya.


"I'm ok. Lagi-lagi dapat peluk Oppa. Saejin tak pernah ada abang so bila oppa ada ni.. merasalah jugak." Saejin tertawa perlahan.


"Ketawa tu macam tak ikhlas je. Kalau kamu nak mengangis just do it Saejin. Jangan tahan. Walaupun oppa tak ada kat sini selalu oppa tahu kamu berdua bergaduh. Bila Sehun sebut je nama Jihye tu tadi terus Oppa dah tahu tapi it's unbelievable that Jihye is actually your sister-in-law." kata Jihun.



"Yeah.. Tapi menangis tak dapat selesaikan apa-apa cukuplah air mata tak guna yang sebelum ni and Saejin tak salahkan Ji eonni. Dia tak ingat apa-apa, dia pun dah berubah, ada husband, anak. It's just Sehun..." Saejin mengeluh.



Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now