FORTY-ONE

2.9K 226 14
                                    

Sehun mengetap bibirnya lalu mengelip-ngelipkan matanya berkali-kali menunjukkan aegyonya kepada gadis dihadapannya. Tangan si gadis diraih dan menghadiahkan ciuman di dahi gadis itu. Gadis itu pula hanya diam tidak bergerak dengan bibir yang dimuncungkan tanda protes.


"Saejin.. please. Jomlah.. " Sehun memujuk.


"No Oh Sehun! No means no! " Saejin berkata dengan tegas.


"But.. Baby.. "


"No!"


"It's just a winter ocean! Jomlah.." Sehun memaksa lagi.


Saejin memeluk dirinya dan melihat ke luar ke arah laut yang terbentang luas. Sehun dipandang kembali dan mengeluh. Entah apa mimpi lelaki ini mahu bermain di pantai. Itu tidak menjadi masalah baginya tetapi cuaca diluar sungguh sejuk walaupun tiada salji yang menutupi jalan.  Menyesal pula dia mengajak Sehun ke rumah Ibu bapa MinCheol yang kebetulan perlu melalui jalan pantai ini.


"Sehun.. sejuklah kat luar tu.." rungut Saejin.


"Aku janji sekejap je.. kita jalan-jalan kat tepi pantai tu and no water involve.. please.. You love me, right?"


"Gosh.. ok jom!" Ujar Saejin dan membuka pintu untuk keluar dan terus saja angin sejuk menampar wajahnya.


Sehun dengan pantas berlari ke arah gadis itu dan menarik gadis itu ke dalam dakapannya untuk berkongsi kehangatan sebelum bersama-sama mara ke arah laut dan berjalan ditepi pantai. Dua-dua tidak bersuara melayan perasaan. Sehun mencium umbum-umbun gadis itu dan Saejin hanya tersenyum.


"Mingyu bagitahu aku yang.." Sehun berhenti seketika seperti teragak-agak untuk meneruskan kata-katanya.

"Teruskan.." Saejin mengarah.


"Yang kau.. tak berhubung dengan J-Jihye noona.. Is that true?" Sehun menyoal.


Saejin mengagguk perlahan. "Sebelum kau jump into conclusion yang aku benci Jihye unnie.. you are wrong. Aku just.." keluhan dilepaskan.


"Aku rasa bersalah kat dia.. Aku tahu dia tak salah.. tapi aku marah dia.. Aku nak jumpa dia.. but aku tak bersedia lagi." Kata Saejin perlahan dan membenamkan wajahnya pada permukaan dada Sehun.


"Jihye noona mungkin nak jumpa kau.. Jangan salahkan diri kau Saejin.. Semua ni salah aku.. aku yang buat hubungan kau dengan dia rosak.. so please.. talk to her." Kata Sehun perlahan.


"It's not your fault Oh Sehun.. Kau pun jangan salahkan diri kau. You know I love you right? " Saejin membalas.


"Kau nak jumpa dia?" Soal Sehun.


Saejin menggeleng perlahan tetapi terhenti apabila suara seseorang datang dari belakang memanggilnya. Pelukkan Sehun dilepaskan dan menoleh justeru itu matanya membesar melihat 3 manusia dihadapannya. Kepalanya ditoleh ketepi melihat Sehun yang hanya tersenyum sebelum melihat ke hadapan kembali.


"Jinnie Unnie!!" suara comel budak kecil itu membuatkan Saejintersenyum dan memanggil gadis berumur 4 tahun itu datang rapat.


"Hyemin-ah.." bisik perlahan. Sudah besar anak buahnya.


Saejin melutut dan memeluk gadis kecil itu sebelu mencubit pipi gebu Hyemin dan berdiri kembali. Pandangan Jihye yang merenungnya dengan lembut dibalas tetapi senyuman masih susah untuk terbit di wajahnya. Tangannya dengan pantas mencari tangan Sehun dan menggenggamnya dengan erat. Bukan takut jika Sehun dirampas tetapi dia mahukan sedikit kekuatan dari tunangnya itu. Rasa bersalah menyelubungi dirinya membuatkan dia berharap pasir pantai itu akan terbelah dua dan menenggelamkan dirinya.



Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now