Side-Story (4)

2.7K 228 10
                                    

"Kenapa awak tak bagitahu saya?"

Baekhyun hanya merenung wajah Saejin tatkala mendengar soalan itu. Dai buntu mahu menjawab apa. Tak pernah dia sangka dia akan terperangkap dalam keadaan seperti ini. Disangkakanya Hani tidak akan menjemput Saejin seperti yang mereka sudah bincangkan tetapi  nampaknya Hani tidak melakukan seperti apa yang dimahukannya.


"Jawab soalan saya Baekhyun!" Soal Saejin sedikit menjerit.


"I'm sorry." Hanya itu yang mampu diucapkan olehnya.


"Saya tak nak dengar kata-kata maaf awak, Baekhyun! Awak tahu tak betapa rasa bersalahnya saya dekat Hani? Saya biarkan awak layan saya macam puteri sedangkan Hani lebih layak dari saya! and I thought we are friends! Saya ingatkan kita kawan that awak takkan rahsiahkan benda macamni!" ujar Saejin.


"Saya ada sebab saya sendiri kenapa saya tak bagitahu awak.. Sebab yang mungkin buat hubungan rapat yang kita ada sekarang retak macam tu saja." Baekhyun memandang lantai, tidak mahu bertemu mata dengan Saejin.


"Don't you think you are too selfish? Kenapa awak pentingkan hubungan kita sedangkan awak tak fikir langsung perasaan Hani?! She is a girl Baekhyun! and hati perempuan ni rapuh.. siapa tak marah? Siapa yang tak rasa sakit kalau tengok lelaki yang dia suka bermesra dengan perempuan lain?!"


"And siapa yang tak marah dan rasa sakit kalau tengok perempuan yang dia suka bermesra dengan lelaki lain?!" Baekhyun membalas membuatkan Saejin sedikit tersentak dengan indirect confess Baekhyun.


"M-mwo?" Sedikit gagap dia menyoal kembali.

"Tu sebabnya kenapa saya tak nak awak tahu! I love you ! That's why! Saya tak nak Hani jadi penghalang peluang saya yang walaupun tipis untuk bersama awak!  "


Saejin hanya membatu. Wajah Baekhyun direnung bagi memastikan apa yang baru diucapkan olehnya bukanlah mainan mindanya sahaja. Jika Hani mendengar ini apa perasaannya nanti?

"Awak tak boleh cakap macamni! Hani is your soon-to-be-wife and Sehun is my fiance! It's wrong!"


"Apa yang awak nampak dekat Sehun tak ada kat saya? Kenapa awak tak pilih saya? Saya layan awak dengan baik dari masa sekolah lagi and Sehun just there to hurt you in many ways!" Bahu Saejin didipegang dengan  kejap membuatkan gadis itu mengaduh perlahan.

"Sehun tak pernah sakitkan saya! Saya pilih Sehun sebab saya sayangkan dia! Apa yang tak ada dekat awak adalah hati saya! Cinta saya! yang mana semuanya buat Sehun! and let me go! You're the one who's hurting me!!" Kata Saejin dan menepis tangan Baekhyun dengan kuat.


Baekhyun menapak selangkah kebelakang dan air mata jelas terlihat ditubir matanya yang sedang menguggut untuk keluar dan membasahi pipi putih bersihnya. Saejin juga hanya mendiamkan diri wajah Baekhyun dilihat dan pada ketika itu mata Sayu Baekhyun sedang merenungnya.

"Please Saejin.. just look at me even once please.. I beg you.." rayuan itu membuatkan dada Saejin berasa sebak. Seteruk inikah rasa suka Baekhyun terhadapnya? Bagaimana perasaan Hani yang terpaksa berhadapan dengan kisah cinta bertepuk sebelah tangannya?


"Baekhyun, please stop. Percayakan saya, Hani adalah untuk awak bukan saya. Consider perasaan Hani and forget your feellings for me.. Kita sama-sama tahu, hubungan kita takkan boleh pergi jauh lebih dari hubungan kawan. "


Baekhyun menggeleng perlahan. Sungguh berat hatinya ketika itu. Hatinya patah remuk, hancur dan renyuk dengan kata-kata Saejin. Kakinya terus menapak kebelakang, kalau boleh dia mahu pergi jauh dari Saejin yang bertindak seperti pisau mencucuk hatinya pada masa itu. Sehinggalah dia jatuh terduduk diatas bangku kayu yang berada di laman rumah Hanu itu.

"Saya minta diri dulu Baekhyun. Saya harap kita masih lagi berkawan lepas ni sebab saya selesa berkawan dengan awak and please Baek, please be happy and stop hurting yourself by loving me because without your own knowing, theres another person who gonna always be there to make you happy. " Saejin beredar selepas mengungkapkan kata-kata itu meninggalkan Baekhyun seorang diri. Tangannya dibawa ke wajah dan terus menutupnya dan terus menangis.


"Oppa.."


Wajahnya diangkat tatkala mendengar suara itu, figura Hani berdiri tegak dihadapannya. Dan satu perasaan tenang dan hangat memeluk dirinya melihat gadis itu. Tetapi mata Hani yang berkaca membuatkan rasa sedih datang kembali.


"P-Pergi.. aku tak nak tengok kau." Ujar Baekhyun hanya penipuan semata-mata. Mahu sahaja dia menyuruh gadis itu memeluk dirinya.

"Apa yang tak ada dekat Hani tapi ada dekat Saejin Unnie?" soalan dari Hani itu serupa dengan soalan yang diajukan buat Saejin sebentar tadi. Adakah ini bermakna Hani mendengar perbualan mereka?.


"I don't know.. Kau dengan dia just berbeza.."


"Dari segi apa? Oppa Bagitahu Hani please! and I will change myself for you!"

"Kau still tak sama dengan dia!"

"Kenapa oppa macamni! Kenapa oppa tak pernah ambil tahu pasal perasaan Hani? Hani ni hanya macam sampah yang melekat pada oppa ke? Yang melekat tak ade rasa malu. Oppa tahu tak betapa terseksanya Hani cuba untuk berubah masa dekat luar negara dulu? I'ts all for you oppa! For you!!"

"I never ask f--"

"Jangan cakap oppa tak pernah mintak Hani berubah because tu memang betul but I want to! Hani nak jugak sebab Hani nak oppa sukakan Hani tapi kenapa usaha Hani semuanya hanya sia-sia?!"


"H-Hani.." Baekhyun memanggil. Hatinya berasa sakit mendengar luahan Hani itu. Dia faham kerana mereka berada di dalam keadaan yang sama. Dimana dia menyukai Saejin dan Hani pula menyukai dirinya membuatkan cinta mereka hanyalah sekadar mimpi yang takkan jadi nyata.

"Kenapa dari dulu oppa tak sukakan Hani? Dekat mana kurangnya Hani? "


"Hani.."


"Oppa.. Kenapa oppa tak boleh cuba sukakan Hani? Kenapa?.." Tangisan Hani kedengaran membuatkan air mata Baekhyun juga jatuh.


Dan entah apa yang merasuk dirinya sekarang sehingga tangannya tiba-tiba menarik Hani ke dalam dakapannya dan memeluk Hani dengan erat. Sungguh erat seperti gadis itu adalah sumber oksigen dan juga nyawanya. Mengapa semuanya begitu complicated baginya? Mengapa perasaanya perlu bercelaru begini?

Mungkin ada benar kata-kata Saejin. Tanpa dia sedari ada orang lain yang akan dan dapat membuatkan dia bahagia. Jika melepaskan perasaan cintanya terhadap Saejin dan mula menitik beratkan perasaan Hani terhadapnya akan membuat semua orang bahagia dia akan berbuat begitu.


"Mianhae.. Hani-ah and Oppa akan cuba untuk buat perasaan cinta oppa muncul untuk Hani.. Mianhae.." dan dibawah cahaya bulan itu mereka berdua menangis dengan perasaan yang bercampur baur.
_______
TBC..

This ff already near the end. Tak sabar rasanya nak habiskan. Haha XD

Thanks ^^

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now