THIRTY - EIGHT

3K 246 11
                                    

Dari pintu rumah Sehun hanya memerhatikan Saejin dan Hwanhee bergurau senda. Nak kata dia jeles melihat kemesraan mereka memang ada tapi pada masa yang sama dia berasa gembira melihat senyuman dan tawa yang terhasil dari lawak yang dilemparkan oleh Hwanhee. Mungkin dua pula perlu mengangkat Hwanhee sebagai sifunya untuk mengajar cara membuat lawak supaya Saejin tidak akan bosan dengannya.


"Jauhnya termenung." suara garau berbisik ditelinganya membuatkan Sehun tersentak dan menoleh hanya untuk melihat 11 orang rakan kelasnya dahulu dan Mincheol (Mingyu&Seungcheol).

"Dah sampai dah korang?" Kata Sehun melihat kearah Baekhyun yang sedang melihat sekeliling. Mungkin mencari Saejin.

"Mana...umm.." Kai bersuara.

"Saejin?" Sehun menyoal dan memusingkan kepalanya menunjuk ke arah Saejin yang membelakangi mereka masih tertawa bersama Hwanhee.

"Siapa tu? Boyfriend dia ke?" Baekhyun menyoal.

"Mana ada! Saejin tu isteri akulah!" Seungcheol menyampuk dan mula bergaduh mulut dengan Mingyu.


"Tuu.. Hwanhee.. a--" belum sempat Sehun mahu menghabiskan kata-katanya suara Saejin sudah memotongnya.

"Oh My god! Seungcheol! Mingyu!" Tepat sahaja pada masa itu gadis itu sudah berlari ke arah sepupunya dan memeluk mereka berdua dengan erat.

"I miss you I miss you I miss you guys!" kata Saejin dan Hwanhee pula hanya berjalan perlahan merapati mereka.


Saejin meleraikan pelukan dan memandang ke arah mereka yang lain sebelum tersenyum mesra. Mahu dipeluk terlalu ramai pula. Perlahan dia berjalan ke sisi Sehun dan menunduk hormat. Yang lain pula sudah terdiam melihat perubahan pada gadis itu. Makin cantik.

"Annyeong guys.. I miss you guys!" Saejin berkata sebelum matanya bergerak ke arah Baekhyun yang sudah merah wajahnya.

"Hello.. Baek?" Saejin memanggil menyedarkan Baekhyun.


"Princess.. It's been a while." Kata Baekhyun dan merapati Saejin sebelum dibawa langkahnya dan memeluk gadis itu. Tidak lama kerana Sehun sudah mencubit sisi gadis itu supaya meleraikan pelukan itu. Sehun sendiri tahu Baekhyun menyukai Saejin.

"Ah! sebelum terlupa.. " Hwanhee ditarik ke sisinya.

"Boyfriend Kau?" Kai menyoal.

"No.. Ni Bro saya.. boyfriend saya Sehun " Saejin menjawab dengan selamba sebelum memeluk lengan Sehun.

Keadaan diantara mereka menjadi sunyi tiba-tiba. Aura kekok bertebangan diudara ditambah pula dengan bunyi krik krik yang dibuat oleh Chen. Saejin pula hanya tersenyum tanpa rasa segan bersama Sehun yang hanya smirk melihat riak Baekhyun berubah.
________

Segelas air cocktail yang dihulurkan oleh seseorang membuatkan Saejin yang sedang merenung Sehun berbual dengan Luhan dari jauh tersentak. Dilihat pemilik tangan cantik itu dan tersenyum sebelum mengambilnya dan meneguk sekali.

"Princess.. you look beautiful..it's not like you're not beautiful before it's just.. now you look more and more pretty." pujian itu membuatkan pipi Saejin bertukar kemerahan.

"Apalah awak ni Baek.. malulah saya." Kata kau dan memukul lembut dada lelaki itu.

"I'm just stating the truth princess."


"Yeah.. apa kurangnya awak.. makin hensem apa." Saejin membalas dan membetulkan kolar beserta tie Baekhyun.

"Yeobo.. tengok tu sweet je budak-budak sekarang.. mesti dorang husband and wife.. sama cantik sama hensem. Macam pinang di belah dua!" suara seorang wanita yang tidak jauh dari tempat mereka menyentakkan Baekhyun dan Saejin.

"Awak ni sibuk je pasal orang. Jomlah." suami si wanita berkata dan beredar meninggalkan kawasan itu.

"Owh.. this is awkward.." kata Baekhyun dan tertawa.

"Yeah.. it is. saya dah anggap awak macam abang saya so thats awkward." balas Saejin membuatkan tawa Baekhyun terhenti sebentar.

Kerana tidak mahu Saejin sedar perubahannya terus dia memaksa tawanya. Kata-kata gadis itu bagaikan pisau yang mencucuk-cucuk jantungnya. Rasanya sungguh sakit kerana sepanjang dia mengenali Saejin, tidak pernah sekali dia menganggap Saejin sebagai adik. Baekhyun cintakan Saejin. He wants to make her his, he want to marry her tetapi disebabkan Sehun adalah lelaki yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri dia membatalkan niatnya. Tetapi entah mengapa perasaan itu makin membara sekarang.

"Thats funny.. saya selalu dengar benda tu bila saya dengan Sehun so bila dengan awak it's weird."

"Y-yeah.." Baekhyun membalas.

"Saejin!!" Suara Hwanhee menghentikan perbualan mereka. Saejin menoleh dan memberi pandangan 'Kau-nak-apa' kepada lelaki itu.

"Sehun sifu cari kau.. now!" kata Hwanhee dan beredar selepas menghadiahkan senyuman kepada Baekhyun.

"Ish.. budak tu!" Rungut Saejin "Sebab dialah saya selalu ingat awak masa kat UK. He got the same voice as you. Gosh."

Baekhyun tertawa kecil dan menggigit bibirnya apabila melihat Saejin berdiri untuk beredar. Tanpa disedari olehnya sendiri tangannya menangkap pergelangan gadis itu. Hatinya terasa berat untuk membiarkan Saejin beredar dari sisinya. Tatkala Saejin menoleh memandangnya dia menjadi mati akal secara tiba-tiba dan perlahan-lahan melepaskan gadis itu.

"Mianhae.. pergilah." kata Baekhyun sambil tersenyum.

Saejin mengangguk sebelum beredar meninggalkan Baekhyun keseorangan. Dari jauh Baekhyun hanya melihat Saejin dan Sehun bermesra. Betapa dia berharap dia berada di tempat Sehun sekarang. Mengapa perasaannya kepada Saejin perlu muncul kembali dan sanggupkah dia memisahkan Saejin dan Sehun hanya untuk kepentingannya. Tetapi dia mahukan Saejin menjadi miliknya dan itu pasti jika dia perlu menyakiti Sehun sekalipun.

"Mianhae Sehun-ah." Bisiknya perlahan sebelum berdiri dan beredar.
____

Semasa Saejin dan Sehun sedang bermesra dan rakan yang lain berbual bersama mereka bunyi gelas diketuk oleh garfu menangkap perhatian mereka kepada Mr oh dan Mr Kim yang berada dihadapan.

"Tuan-tuan dan Puan-puan disini saya bapa kepada Oh Sehun dan Mr. Kim bapa kepada Kim Saejin ingin menyampaikan berita yang menggembirakan pada kami dan kami ingin mengongsi tentang hal ini kepada anda semua. Itulah tujuan utama kami mengadakan jamuan ini. Saya ingin menyatakan bahawa kami akan mengahwinkan anak kami bagi mengeratkan hubungan syarikat kami. Saejin, Sehun cone here." kata Mr. Oh panjang lebar.

Sehun dan Saejin berpandangan sesama sendiri dengan mata yang besar. Memandang ke arah yang lain yang sudah tersenyum juga dan Saejin tidak terlepas memandang riak terkejut pada wajah rakan-rakannya, terutama sekali Baekhyun yang nampak sungguh rapuh seperti akan pecah bila-bila masa. Saejin yang mahu mendekati Baekhyun terbatal niatnya apabila Sehun dengan lembut menarik tangannya menuju ke depan. 'Kenapa dengan Baekhyun?' soalan itu bermain dimindanya.

Dipandang ke arah Sehun dan serta merta Saejin tersenyum melihat lelaki itu nampak gembira. Tangan Sehun dipeluk erat sebelum melempar pandangan 'Explain-later-' kepada Mr. Kim. Tanpa disedarinya Baekhyun yang dari tadi membeku terus beredar meninggalkan tempat itu, tidak sanggup lagi mahu melihat adengan yang menyeksa jiwa raganya.
_______

TBC..

Saya rasa macam nak buat cerita ni panjang lagi but maybe saya akan update lambat-lambat.. Saya calon SPM tahun ni so I'm so busy!! T.T

New ff ---- For You. Check it on my acc :)

Thanks read,vote, comment

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now