Side-story (5)

2.6K 225 12
                                    


"C-Chanyeol oppa " suara lembutnya akhirnya keluar dari kotak suaranya.

Lelaki yang ditegurnya atau lebih spesifik lagi Chanyeol, yang sedang bermain phone itu mendongak dan tersenyum mesra sebelum berdiri dan mempelawa gadis dihadapannya duduk.

"Sorry oppa tak perasan Hani dah sampai." Chanyeol berkata selepas mereka berdua melabuhkan punggung di hadapan satu sama lain.

"Uh.. Tak apa. Oppa dah lama sampai ke?" Hani menyoal.

"Tak adalah, baru je. Air pun tak order lagi. Hani nak air apa biar oppa pergi order."

"Ice Mocha. "

"Ok noted. Tunggu sini Sis." Chanyeol wink dan Hani hanya tersenyum dan melihat Chanyeol beredar.

Park Chanyeol. Siapa yang tidak kenal? Rakan baik kepada Baekhyun dan Chen semasa mereka bersekolah. Personaliti Chanyeol dan Baekhyun amat berbeza dahulu. Jika Baekhyun kerap kali menyakitkan hatinya Chanyeol pula akan buat dia tersenyum kembali. Sudah dianggap sebagai abang pun lelaki ini. Chanyeollah satu-satunya lelaki yang tidak memanggilnya dengan panggilan teruk seperti gemuk dan sebagainya tetapi dengan panggilan sis.

Keadaan kafe yang menjadi tempat perjumpaan mereka pada petang itu diperhatikan. Sungguh tenang dengan dekorasi klasik dan mewahnya. Sungguhpun kawasan kafe ini agak tersorok, ianya masih mendapat perhatian ramai.

Beberapa minit berlalu akhirnya Chanyeol kembali dengan dua cawan air ditangannya dan melabuhkan punggungnya bertentangan dengan Hani. Air yang dipesan oleh Hani tadi dihulurkan dan dengan perlahan Hani mengucapkan terima kasih .

"Sejak kita jumpa dekat party rumah Sehun haritu ni kali pertama kita jumpa berdua je. Oppa hampir tak kenal Hani dah. Where is my Chubby sis go? " Chanyeol mencebik dan mencubit lembut pipi Hani yang hanya tertawa.

"Tulah.. Busy dengan kerja. Oppa pun tengah sambung belajar kan?"

"Yeah.. Same course as Baekhyun. Bidang perubatan."

"Oppa dengan Baekhyun oppa memang macam belangkas. Haha dari kecik tak boleh berpisah. ChanBaeklah katakan."

"Haha. Sounds gay but nevermind. Ah! Cakap pasal Baekhyun.. dia tahu ke Hani datang ni?" soal Chanyeol.

"Tak.. Baekhyun oppa tak tahu. Tapi dia tahu Hani keluar nak jumpa kawan. Lagipun Hani ada benda sikit nak tanya. "

"Oh.. Tanyalah, jangan malu-malu."

"Haha.. Tak malu pun. Bukan benda berat pun cuma pasal Baekhyun oppa je. "

"Ok Sis. Go ahead." ujar Chanyeol.

"Erm... biar Hani cerita dulu so oppa tak confuse." Hani berdehem. "Hani pasti yang Baekhyun oppa dah ada bagitahu oppa pasal pertunangan kami right?"

Chanyeol mengangguk. "Yeah.. dia bagitahu and also sikit pasal S-Saejin.."

"Ah.." kekok. Entah mengapa nama itu bagaikan mencarik-carik hatinya. Bukan kerana benci tetapi rasa bersalah. Lagipun Saejin langsung tidak membalas mesejnya tempoh hari. Hal-hal wedding planning pun hanya Sehun yang menghadirkan diri untuk menguruskannya.

"But I'm happy for you Hani. At last Baekhyun try nak buka hati dia untuk Hani. "

Hani tersenyum kecil. "Yeah. At last but Hani tahu dia belum lupakan Saejin unnie. So Hani nak buat Baekhyun oppa just tengok Hani and no one else." Perjanjian yang dibuat bersama Baekhyun tempoh hari diingat kembali.

"Ohh.. Bagus semangat yang membara" kepala Hani ditepuk-tepuk lembut.

"So Hani nak minta tolong oppa dalam hal ni."

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Donde viven las historias. Descúbrelo ahora