THIRTY

3.1K 270 13
                                    

"Kenapa Saejin pulak? Omma pergilah panggil dia!" Saejin memeluk tubuhnya tatkala Mrs. Kim menyatakan kemahuannya.


"Aik? Bukan ke Saejin tak kenal dia? Setahu omma Saejin tak pernah benci dengan orang yang Saejin tak kenal. " Usik Mrs Kim.

"Kenal atau tak kenal pun Saejin tak suka dia. Omma kan nak anak lelaki macamtu? so why not omma je yang pergi." Kata Saejin dengan bibirnya dipoutkan lalu air yang berada di atas meja makan itu dicapai sebelum diteguknya dengan rakus.

"Seingat omma, omma cuma cakap omma nak menantu macam dia je. Tak cakap pun nak anak ." Saja Mrs. Kim sengaja mahu menambahkan bara dalam amarah anak gadisnya.

Saejin yang masih meneguk air itu terus tersedak dan terbatuk-batuk mendengar kata-kata Mrs. Kim. Wajah Ommanya dipandang dengan pandangan yang menjengkelkan apabila wanita itu mengangkat kening kirinya berkali-kali.

"Ish! Tak sukalah omma ni! Yelah Saejin panggil dia!" rungut Saejin dan terus mendaki tangga.


"Oi Sehun. Turun diner."

"Sehun-ssi turunlah diner. "

"Hai awak! Omma saya ajak diner. "


"Tuan putera, patik disini ingin menjemput tuan putera melantak dan mati tercekik ."

Ayat-ayat yang ingin digunakan dicuba satu persatu. Yang paling sesuai yang terakhir tu. Tetapi sayang untuk keep up lakonannya dia perlu menjadi lembut sedikit. Haish! menyusahkan aku je. Dahlah sebab dia aku gaduh dengan Hwanhee.


Kakinya melangkah dengan laju ke arah bilik tetamu itu dan mengetuknya tanpa teragak-agak tetapi tiada balasan. Sekali lagi diketuk dan masih tiada balasan. Nafasnya ditarik dan dilepaskan sebelum memulas tombol pintu itu. Nasib baik tak kunci.


"S-Sehun..aku-- I mean saya masuk eh?" kata Saejin meminta izin tetapi tiada suara Sehun membalasnya.

Sebaik sahaja dia berjaya meloloskan diri ke dalam bilik yang gelap itu dia menutup pintu dibelakangnya dan berjalan ke arah suis lampu untuk membuka lampu bagi mencerahkan bilik itu. Saejin melihat ke arah katil dan disitu dia melihat Sehun sedang tidur dengan selimut yang menutup seluruh tubuh badannya kecuali wajah kacaknya.


"Sehun?" panggilnya perlahan dengan kakinya dibawa mendekati katil itu.

Sehun tidak bergerak dan masih tidur dengan nyenyaknya. Bibir lelaki itu sesekali mengukirkan senyuman mungkin bermimpi tentang sesuatu yang gembira. Melihat kepada wajah Sehun dia dapat merasakan yang lelaki ini menjadi lebih kacak dari dulu. Rambut hitam pekat lelaki itu yang menutup dahinya menambahkan lagi kecomelannya ketika sedang tidur.

Tanpa disedarinya Saejin sudah duduk melutut di tepi katil Sehun memerhati wajah lelaki yang amat dirinduinya itu tetapi ego menguasai dirinya untuk menerima kehadiran Sehun disini. Sedangkan dia mahu tahu bagaimana kehidupan lelaki itu sepanjang perpisahan mereka.


Adakah Sehun bahagia sekarang? Adakah pemergiannya membuatkan Sehun rasa bebas? Dan yang terpenting, adakah Sehun tahu betapa susahnya dia hidup di UK hanya untuk melupakan Sehun yang langsung tak berjaya? Sedikit sebanyak, pemikiran dan persoalan yang bermain di mindanya menyakitkan hatinya sendiri. Kepalanya digelengkan kekiri dan ke kanan.


"Sehun.." panggilnya sekali lagi dan Sehun mula bergerak sehingga selimut yang menutupi badannya meleret ke bawah sedikit.


Saejin mengetap bibirnya apabila matanya bertemu dengan bahagian dada Sehun tanpa berbaju. Wajahnya memerah sedikit sebelum melihat kembali ke wajah Sehun tetapi matanya terhenti pada rantai yang tergantung elok di leher lelaki itu.


Entah mengapa bibirnya mengukirkan senyuman yang sungguh manisvyang sudah lama tidak tergaris diwajahnya tatkala melihat cincin yang diberi kepada Sehun masih disitu elok tergantung seperti ianya dijaga elok dan rapi oleh tuannya sendiri. Rasa terharu mula menyelebungi dirinya. Lupa terus tentang rasa marahnya sebentar.


"Kau tak tahu ke yang aku ni marah kat kau sebab tak cari aku awal-awal untuk pujuk aku? Kenapa kau boleh buat aku rasa happy macam ni even kau tengah tidur?" bisknya perlahan dan berdiri. Keluhan dilepaskan.

"Oh Sehun. Ireona. Jom dinner!" kata Saejin sambil menepuk perlahan bahu lelaki itu. Biarlah Sehun mahu fikir apa sekali pun. Dia sudah malas mahu berlakon lagi kerana lakonannya untuk menyakitkan Sehun seperti tiada guna memandangkan perasaannya sendiri pun terasa sakit.


"Kejaplah.. 10 minit lagi. Mari sini dekat aku." kata Sehun dengan mata yang masih tertutup dan menarik tangan Saejin sehingga gadis itu terbaring di sebelahnya.


Saejin terkedu tatkala Sehun melingkarkan tangannya di pinggangnya dan membenamkan wajah kacaknya dileher gadis itu. Saejin menggigil sebentar apabila bibir Sehun berada betul-betul di kulitnya.


"Yah! Se-Se-Sehun!" panggil Saejin yang masih kaku dalam dakapan lelaki itu.


"Sayang.. rilekslah.. anak kita tengah tidur lagi so chill Saejin-ah." bisik Sehun.

'WTF! Sayang? anak.. kita? dia mengigau ke?' bisik hatinyayang sedang menari lagu rancak itu.


"Saejin-ah.. Sarang.. hae.. " Ucap Sehun sebelum mengetatkan pelukkannya dan menghadiahkan satu ciuman di leher Saejin sebelum mengeluarkan bunyi dengkuran halus tanda dia sudah tidak mengigau lagi.


Saejin pula terasa seperti rohnya sudah meninggalkan jasadnya dan berterbangan mendengar confession Sehun. Matanya dikelipkan berkali seperti tidak percaya tetapi sesuatu mengganggu fikirannya iaitu; Sehun mungkin hanya merepek kerana mimpi itu mainan tidur. Serius dia kecewa dengan pemikirannya sendiri.


Tanpa disedari oleh Saejin dengkuran halus tadi sudah berhenti dan Sehun sudah terjaga dari tidur apabila rambut panjang Saejin terkena hidungnya. Sehun yang sangka dia masih berada dalam mimpinya menarik nafas membau scent vanilla yang keluar dari badan Saejin.

"Smell good." bisiknya perlahan sebelum menjauhkan wajahnya dari leher gadis itu dan melihat wajah Saejin yang sukar ditafsirkan riaknya dihadapannya menyedarkan Sehun itu bukanlah mimpi.

"S-Saejin?" soalnya.


Saejin dengan pantas melepaskan dirinya dari Sehun. "O-omma aku suruh..suruh turun dinner." katanya dan sudah bersedia untuk beredar hanya untuk ditarik oleh Sehun semula sehingga dia terduduk dihadapan Sehun yang sudah duduk diatas katilnya.

"Kau tak lupakan aku right?" soal Sehun penuh harapan.


"Ak-aku tak faham apa yang kau cuba--" Saejin tergagap-gagap menuturkan ayatnya tetapi Sehun sudah menariknya ke dalam dakapnnya dan memeluk Saejin dengan erat.

"Aku tahu kau tak lupakan aku. You don't know how scared I am when you acted like that." kata Sehun perlahan.

"Saejin! Saejin! kau kat mana? Kim Saejin!" suara Hwanhee yang kuat itu seperti masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri baginya pada masa itu kerana pelukkan Sehun yang membuatmya rasa seperti diawang-awangan sehinggalah pintu bilik tetamu itu terbuka dengan kasar.


Badannya ditarik dengan kasar dari belakang serta-merta memisahkan Saejin dari Sehun. Dipandangnya ke tepi dan melihat Hwanhee yang sudah membara memandang Sehun dan dirinya.

"Kau jangan sentuh dia lagi!" kata Hwanhee dan terus menarik Saejin keluar dari bilik itu meninggalkan Sehun yang masih terpinga-pinga.
______________

TBC......

Please don't hate Hwanhee.. Isn't he adoreable. ㅋㅋㅋㅋㅋㅋ :)

Thanks read :)
COMMENT DAN VOTE ANDA AMAT SAYA HARGAI :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now