FORTY-SIX

2.8K 205 14
                                    


Melihat ke arah pantai di mana rakan-rakannya sedang bermain, Sehun menggeleng perlahan. Mana tidaknya.. mereka bagaikan budak-budak 5 tahun yang terperap di dalam badan lelaki dewasa dan dahinya berkerut tatkala dia melihat tangan mereka yang menyentuh Saejin. Bukannya dia tidak mahu marah cuma Saejin menghalang dirinya mendekati mereka setelah dia menolak Kai masuk ke dalam laut hanya kerana Kai tidak sengaja tersadung dan terjatuh diatas Saejin.

"Oppa.."

Sehun menoleh dan mengelipkan matanya berkali-kali melihat gadis yang tidak dikenalinya berada di sebelahnya tersenyum malu bersama beberapa orang gadis dibelakangnya.

"Oppa sorang? boleh saya teman?" Gadis itu menyoal.

"Tak.. Tak apalah saya--"

"Oppa janganlah malu!" Gadis itu berkata dan memeluk lengan Sehun tanpa segan silu.

"Biar kami teman.. nama Saya Kang Hyera. Nama oppa?"

"---and my name is Your nightmare."

Mendengar suara itu Sehun mengangkat wajahnya dan tersenyum melihat Saejin. Tangannya ditarik dari pelukkan gadis itu. Gadis yang bernama Hyera itu mencebik sedikit sebelum menunduk.

"Tak malu eh kacau tunang orang?" Saejin menyoal.

"Eh? tunang? tipulah.. takkanlah muda-muda dah nak kahwin kot.." Hyera tertawa kecil bagaikan apa yang baru didengarinya hanyalah gurauan sahaja.

"Tulah.. budak-budak macam kamu ni apa tahukan?"

"Eleh... Baru bertunang je belum kahwin pun..." Hyera mencebik sebelum beredar bersama rakan-rakannya. Tidak lupa juga menghantar jelingan maut kepada Saejin.

"Sukalah tu ada perempuan menggatal dengan kau.." Sinis Saejin berkata dan Sehun hanya menipiskan bibirnya dan melmgerling ke arah Hyera yang berlalu pergi.. Sempat juga dia memuji kecantikkan gadis itu tapi perasaannya itu dibuang jauh kerana lintasan otaknya terus menerus membayangkan wajah Saejin. Apapun wajah tunangnya masih menjadi kegemarannya.

Perasaan cemburu mula berputik dihati Saejin. Hati dan matanya sakit tatkala dia melihat gadis tadi sesuka hati sahaja memeluk lengan tunangnya, baginya setiap anggota badan Sehun adalah miliknya dan hanya dirinya seorang saja boleh menyentuhnya. Sehun pun satu bukan mahu menolak gadis itu tetapi hanya terpinga pinga seakan-akan menanti superhero datang untuk membantunya.

"Stop looking at her Oh Sehun!" Saejin menjerit kecil mengejutkan Sehun sebelum beredar tanpa sempat Sehun menghalangnya dan meneruskan aktivitinya yang tergendala sebentar tadi.

" Kau dah kenapa? Monyok je aku tengok.. Kau tak sihat ke? " Kai menyoal dan mata risau Baekhyun dan yang lain tiba-tiba menghala ke rahnya.

"Uh ? Heeee , aku okaylah.. Maybe penat je kut.. Kau tak payah risaulah.." Kai hanya mengangguk mendengar jawapan Saejin dan tersenyum ke arah gadis itu.

"Is there anything wrong prin-- Saejin?" Baekhyun pula menyoal dan berjaya mbuatkan Saejin tertawa kecil melihat wajah Baekhyun yang sedikit terkejut dengan panggilan 'Princess' yang sedikit lagi mahu dituturkan olehnya.

"No.. Don't worry ." Senyuman dihadiahkan buat Baekhyun.

Saejin menoleh kebelakang dan hatinya terasa panas apabila kelibat Sehun tiada di tempat tadi. Bukannya dia mahu mencuba untuk memujuk tunangnnya tetapi boleh pula dia menghilang begitu sahaja? Stupid Oh Sehun..

_____

Perasaan marah, lapar dan penat bercampur baur tatkala melihat tiada kelibat Sehun di bilik mereka. Beg yang berada diatas lantai disepak sekali bagi melepaskan geram sebelum bergerak ke bilik air untuk membersihkan diri dan menjalankan misi mengisi perutnya dan sekali gus memusnahkan stressnya.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now