Side-story (7)

2.7K 174 8
                                    

"Yeppeuda.."

Dengan automatik kepala Hani menoleh ke arah Baekhyun yang matanya bagaikan bersinar-sinar melihat Saejin bersama Sehun sedang berterima kasih dengan tetamu-tetamu mereka. Bibirnya dicebikkan sebelum mengalihkan pandangannya.

"Hani nak pergi cakap sesuatu dengan Mrs. Oh kejap." Dengan kasar Hani berdiri dari kerusinya dan beredar tanpa menghiraukan panggilan Baekhyun.

"Honey!" Baekhyun menjerit sedikit dan mencebik. Kenapa pula dengan gadis itu? Hurm..

15 minit berlalu dan Hani masih belum kembali. Getaran di poketnya membuatkan dia sedikit tersentak. Handphonennya terus dikeluarkan dan tersenyum tatkala mesej yang sampai tadi dibaca.

From : HaniHoney
....😝....

To: HaniHoney
Kenapa ni? 😙

From: HaniHoney
Tanyalah dekat oppa punya Saejin yang cantik tu.. 😝

Baekhyun tertawa kecil dan menggeleng sebelum melihat sekeliling dan menangkap mata Hani yang sedang merenung tajam ke arahnya. Wink dihantarkan ke arah gadis itu tetapi hanya di balas dengan jelingan.

To: HaniHoney
Jeles? 😎

From: HaniHoney
...Mana ada😑😑...
Bye! 😝

To: HaniHoney
I love you so don't be mad Hani 😚

Sekali lagi wajahnya diangkat memandang Hani dengan rona merah jelas di pipinya. Gadis itu mengangkat wajahnya memandang Baekhyun dan menjelirkan lidahnya sebelum Hani bangun dan merapati Saejin dan mereka berborak sebentar. Bibir Baekhyun masih mengukirkan senyuman melihat Hani. ' I'm fall for her hard' fikirnya.
______

"Hani?" Baekhyun memanggil perlahan tetapi tiada balasan dari gadis itu.

"Hani-ya? are you still mad?" Soalnya dengan mata yang masih fokus pada jalan.

"Ha--" panggilannya mati dan terus tersenyum melihat Hani yang sudah tertidur. Wajah gadis itu dikerling dan menggeleng perlahan. Tiba-tiba sahaja memori itu kembali ke mindanya....

-------
"Baekhyun oppa! look!"

Baekhyun yang berumur 11 tahun tersentak. Matanya teralih ke arah Hani dengan pandangan yang tajam tetapi gadis itu masih tersenyum lebar dengan sehelai kertas di tangannya.

"Tengok! Hani dapat no. 1. Oppa dah janjikan nak bagi Hani kiss pipi oppa kalau Hani dapat no 1!" Hani yang berusia 10 tahu tersenyum lebar sambil membetulkan cermin matanya.

Mata Baekhyun membulat memandang gadis tembam dihadapannya. Ok.. so afterall Hani taklah sebodoh yang dia sangkakan. Arh! ini semua salah Chen! Kalaulah dia tidak bersetuju dengan cadangan bodoh rakannya itu pasti dia tidak akan terjebak dengan perkara ini.

"B..but.. but ujian hari tu kau dapat 2nd last! Kau menirukan?!" Baekhyun menyoal.

Hani menjatuhkan tangannya dan mencebik. "M-mana ada! Hani buat betul- betul exam kali ni sebab janji oppa! kalau oppa tak nak tunaikan pun janganlah main tuduh je!" Jerit Hani sebelum membaling kertas ditangannya ke arah Baekhyun dan berlari keluar dari Byun Mansion.

"Hani.. tunggu!" Baekhyun berlari mengejar gadis tembam itu tetapi tatkala dia sampai dipintu rumah kereta yang dinaiki Hani sudah pergi.

"Apa aku buat ni?" Baekhyun menyoal perlahan. Walaupun dia kurang suka Hani tetapi rasa bersalah itu tetap tidak dapat dielakkan.

Tetapi pergaduhan itu berakhir selepas Hani datang ke rumah mereka dan mengabaikan Baekhyun untuk 5 minit. Itupun selepas Baekhyun meminta maaf dan membiarkan Hani mencium pipinya berkali-kali. Itulah kali pertama dimana hati Baekhyun berdegup kencang untuk pertama kalinya buat Song Hani kerana gadis itu perempuan pertama yang menciumnya selain Mrs.Byun.
-----

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now