TWELVE

3.4K 315 8
                                    


Kai tersenyum sinis lalu melambaikan tangannya ke arah Saejin dengan mata yang kuyu. Dari baunya sahaja Saejin dapat mengagak lelaki ini sudah tidak lagi berada di alam nyata. Mabuk kerana terlalu banyak arak yang diambilnya.

"S-Sehun mana?" Soal Saejin kerana dia tahu dimana ada Kai disitulah selalunya ada Sehun. 'Best Friend Forever'lah katakan.

Kai tertawa kecil sebelum meramas rambut belakangnya dan memegang ke dua-dua belah lengan Saejin. Saejin mencuba untuk menarik tangannya kembali tetapi pegangan Kai terlalu ketat sehingga menyakitkan dirinya.

"Paboya! Haha. Aku tak tahu pulak kau sebodoh ni. Saejin.. Saejin.. Aku minta maaf tapi malam ni kau aku punya. Hah! Sehun tak melangkah masuk pun kat dalam ni. Alasannya sebab kau marah kat dia. Adakah Oh Sehun juga menyukai Kim Saejin?" Kata Kai membuatkan Saejin menelan air liurnya.

"Takkanlah.." Saejin memandang mata Kai yang seperti sedang membunuhnya dengan pandangan tajam yang diberikan.

"Oh! about the phone call.. Tu.." Kai memuncungkan bibirnya menunjuk ke arah tepi. Saejin mengekorinya dan melihat seorang pelayan lelaki tersenyum sinis sambil melambaikan handset yang berada ditangannya.

"You Bastard!" Sumpah Saejin dan dengan laju dia menarik tangan kanannya dari pegangan Kai sebelum menghadiahkan satu tamparan dipipi lelaki itu sehingga membuatkan Kai jatuh ke lantai kerana impaknya yang kuat dan keadaannya yang mabuk.

Kai tertawa kecil lalu mendongak melihat Saejin. Perlahan-lahan dia berdiri dan menggenggam pergelangan tangan gadis itu dan terus menarik gadis itu ke bilik karaoke VIP yang telah ditempahnya. Saejin memberontak mahu Kai melepaskan dirinya tetapi usahanya hanyalah sia-sia. Minta tolong juga tiada guna pada masa ini kerana semua disitu hanya sibuk dengan kerja mereka.

Pintu yang dihempas kuat oleh Kai membuatkan bahu Saejin terhinjut kerana terkejut . Kai merenung Saejin dengan tajam dari atas ke bawah dan tersenyum sinis sebelum tangannya menyentuh leher gadis itu dan dibawah keatas, mengelus lembut wajahnya. Saejin dengan kasar menepis tangan Kai.

"Huh.. playing hard to get babe?" Kai tertawa.

"Nenek kau playing hard to get! Aku tak inginlah kat kau!" ujar Saejin sambil menolak Kai kebelakang.

Kai mencuba sedaya upayanya untuk menstabilkan badannya lalu gilirannya pula menolak Saejin sehingga jatuh ke atas sofa. Kai tersenyum sinis sebelum melindungi tubuh Saejin dengan tubuhnya sambil menahan kedua-dua belah tangan gadis itu dengan erat.

"Awww!! Sakitlah! Apa kau buat ni? Lepaskan akulah!!" Jerit Saejin sambil menjeling Kai dengan tajam.

Kai mengabaikan kata-kata Saejin lalu mendekati leher gadis itu sebelum menciumnya dengan rakus. Saejin menjerit sambil meronta-ronta dibawah Kai membuatkan Kai berasa menyampah dan terus menampar pipi Saejin.

"Shut up! you b*tch!" dan Kai meneruskan perbuatan kejinya tanpa mempunyai belas kasihan terhadap Saejin yang sedang menangis ketakutan.

"Lepaskan akulah!!! Tolong!!!" Jerit Saejin namun Kai hanya tersenyum sinis.

Pintu yang dibuka dari luar membuatkan Kai berhenti tetapi masih lagi memegang erat Saejin yang sedang menangis lemah . Mulut gadis itu ditekup. Dia menoleh dan melihat Kyungsoo yang sedang merenungnya dengan mata yang terbeliak.

"K-Kai.. kau buat apa ni? S-siapa tu?" Soal Kyungsoo berjalan rapat dan sekali lagi terkejut melihat Saejin.

"Saejin? Kai! Kau gila ke?" marah Kyungsoo sambil menolak Kai dan menarik Saejin untuk berdiri dibelakangnya.

Saejin menundukkan kepalanya. Terlalu malu untuk berhadapan dengan Kyungsoo sebelum berlari keluar dari bilik itu meninggalkan Kyungsoo yang memanggilnya.
____

Tepat pada jam 10 malam Saejin sudah berdiri dihadapan pintu rumah dalam keadaan basah kuyup kerana hujan yang lebat dan disebabkan fikirannya yang juga terlalu berserabut Saejin tidak lagi kisah akan menaiki apa-apa kenderaan dan terus meredah hujan sambil menangis sepuas-puasnya.

"A---Aunty..." Dengan suara yang serak dan lemah Saejin mengetuk pintu itu berkali-kali sehingga dia dapat mendengar bunyi tapak kaki mendekati pintu itu.

"Sia--- Saejin?!" Suara itu menerjahnya sebaik sahaja pintu terbuka dan muncul Sehun dihadapannya.

"Oh my god. Saejin, what the hell happened to you?!"

"Jangan sentuh aku!!!" Saejin jatuh terduduk apabila melihat orang dihapannya mengangkat tangan untuk menyentuhnya.

"Saejin.." suara itu memanggil dengan risau.

Saejin menekup kedua-dua belah telinganya dan menggeleng. "Jangan sentuh akulah! Jangan sentuh aku!!" Jeritnya.

"Sehun, kenapa ni?" soal Mrs. Oh yang baru sahaja sampai dihadapan pintu.

"A-aunty... t-tolong Saejin. Saejin takut.." Esak Saejin dengan bahu yang terhinjut-hinjut.

"Dear. Kenapa ni?" Dengan laju Mrs. Oh melutut dan menarik Saejin kedalam dakapannya dengan tangan yang mengusap lembut belakang gadis itu.

Saejin tidak menjawab malahan esakkannya menjadi lebih kuat dengan tubuhnya yang menggigil kerana kesejukan. Mrs. Oh melihat Sehun yang jelas riak risau dan curious di wajahnya lalu mengeratkan pelukkannya.
_____

Mrs Oh meletakkan kain lembab di atas dahi Saejin setelah menukarkan pakaiannya yang basah lencun. Saejin langsung tidak memberi respon pada apa-apa soalan dan hanya termenung seperti patung.

"Saejin- ah.. Saejin tak nak bagitahu Aunty ke?" Soal Mrs. Oh.

"Nagaseyo ( Please leave.)" arah Saejin dengan lemah dan dingin. Mrs. Oh hanya mampu mengeluh.

"Arasseo. Kalau Saejin nak apa-apa, Saejin panggil aunty ok?" Mrs. Oh mengusap kepala Saejin sebentar lalu beredar meninggalkan Saejin keseorangan.

"Eo.. Eomma.. bogoshipeo." Rintih Saejin dengan perlahan sambil mengelap sedikit air matanya .

Dan tepat pada masa itu pintu biliknya terbuka dan Sehun mucul di hadapannya dengan kedua-dua belah tangan berada dalam poket hoodienya. Saejin hanya merenung Sehun, tidak lagi ketakutan kerana fikirannya yang bercelaru tadi menyebabkan Saejin tidak dapat berfikir dengan waras dan melihat Sehun seperti Kai.

"Keluar." Arah Saejin. Dia tidak mahu Sehun melihatnya dalam keadaan yang sungguh kasihan begini.

"Kau pergi mana tadi? Apa yang berlaku? bagilah tahu aku!" kata Sehun.

"You don't need to know! because you are just the same as him! A jerk! Pervert!!" Saejin menatap Sehun dengan tajam.

"Him?.."

Sehun mengerutkan dahinya sebelum berjalan ke arah Saejin dan menggenggam kuat tangan gadis itu sebelum menariknya untuk duduk menghadapnya. Pipi Saejin dipegang lalu menolaknya ke atas dan memerhatikan Leher gadis itu yang mempunyai beberapa tanda lebam.

"T-Takkanlah..." Sehun menapak ke belakang dengan wajah yang terkejut.

"Bagitahu aku siapa yang buat?!"

"None of your bussiness! Just get out of my sight Oh Sehun!" Jerit Saejin dan amarah serta perasaan takut dapat dilihat didalam mata Saejin oleh Sehun membuatkan dia berasa bersalah.

Sehun mengeluh sebelum berjalan keluar dari bilik itu. Badannya disandarkan ke pintu mendengar esakan kecil dari Saejin. Tangannya digenggam kuat menahan geram. Dia bersumpah akan mencari siapa yang berani menyentuh Saejin tanpa kebenarannya.
_____

TBC...

Thanks read!! :)

Sorry for typos and keep reading :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now