FORTY-TWO

2.6K 222 12
                                    

"Hodoh! pergi tukar!!"

Saejin yang sudah siap berbaju pengantin itu menggulingkan biji matanya dan menunjukkan penumbuknya kepada Hwanhee, Si mulut puaka yang berada di sebelah Sehun yang sudah sedikit ternganga melihat bakal isterinya memakai gaun pengantin itu. Baju gaun putih yang tersarung ditubuhnya dipilih oleh Hani dan direka oleh kakaknya sendiri; Song Hana.

Wajah Saejin berubah kemerahan melihat cara Sehun merenung atau menilik tubuhnya seperti dirinya adalah peta harta karun, begitu tekun melihat Saejin dengan senyuman sinis yang menjengkelkan diwajahnya tetapi masih kacak seperti biasa.

"Ok. Oppa pilih ni Hani-ah." Kata Sehun membahaskan dirinya sebagai Oppa memandangkan Saejin mahu mereka menganggap sesama sendiri adalah adik beradik setelah Saejin mengangkat gadis itu menjadi adiknya.

"Tak cantiklah Hyung!!" Hwanhee menyampuk.

"Kau diam boleh tak?! Aku dah bagi kau ikut cukup bahagialah! Karang aku tumbuk muka kau apa pun tak dapat!" marah Saejin.

"Awak ni Hwanhee.. tak baik tau kenakan unnie.. cantiklah baju ni.. kena dengan Saejin unnie." Hani tertawa kecil membuatkan Hwanhee sedikit kemerahan. Saejin yang perasan akan hal itu tersenyum sinis. Hwanhee sukakan Hani rupanya.

"Arasseo.." Hwanhee tersenyum malu.

"Unnie.. masuk dulu tukar baju.. nanti bila hari wedding Unnie Hani bawak pergi majlis tu." Kata Hani.

"Arasseo.. Ah, let's lunch together after this Hani. I'm not going to take a no for an answer." ujar Saejin dan mengenyitkan matanya kepada Hwanhee sebelum masuk ke fitting room kembali tanpa memberi peluang untuk Hani bersuara.
__________

"Baek?" Saejin yang sedang melingkari tangannya di lengan Hani memanggil tatkala susuk tubuh Baekhyun yang berseorangan di restoren itu menangkap pandangannya.

Mendengar suara itu Baekhyun mengangkat wajahnya dan terus tersenyum melihat Saejin tetapi mati apabila perasan akan kehadiran Hani disebelah gadis itu. Saejin mengerutkan dahinya melihat reaksi Baekhyun. Ianya tidak memerlukan orang yang genius untuk mengagak bahawa Baekhyun tidak sukakan kewujudan Hani.

"Princess.. Awak buat apa kat sini?" Baekhyun menyoal.

"Nak beli Basikal.. Haha." Saejin menjawab dengan ton gurauan membuatkan Baekhyun juga tertawa.

"Eh.. duduklah.. dua orang je ke?"

"Taklah.. ada Sehun dengan Hwanhee.. Dorang pergi bank kejap." Ujar Saejin dan menyuruh Hani mengambil tempat di hadapan Baekhyun dan Saejin pula disebelah gadis itu dengan kerusi sebelahnya di sediakan untuk Sehun.

"Oh.. Siapa ni?" Baekhyun menyoal dan mengerling Hani sekilas.

"Ah.. Song Hani.. My wedding planner also My sis. Kedudukan dia sama taraflah dengan Hwanhee.. Kan dia ada datang masa party haritu." Saejin memperkenalkan gadis itu hanya melakonkan sekali lakonan Baekhyun kerana dia tahu Baekhyun mengenali Hani cuma hubungan mereka masih misteri baginya.

"Oh.. By the way Saejin.. you look prerty today.." Puji Baekhyun.

Saejin tersenyum sebagai tanda terima kasih dan tidak juga dia lepas untuk perasan bagaimana kuatnya Hani menggenggam tali beg tangannya seperti sedang menahan marah. Saejin menjulurkan tangannya untuk menyentuh tangan gadis itu tetapi deringan handphonenya mematikan segala niatnya.

"Hello.. Sehun-ah.. erm? Kat restoren tu juga.. Masuk je aku angkat tangan bagi signal.. palliwa. Eo.. nado saranghae."

Selesai bercakap di dalam telefon Saejin mengangkat tangannya setelah nampak kelibat Sehun dan Hwanhee. Sehun yang perasan kehadiran Baekhyun sudah mengerutkan dahinya. Kata-kata Baekhyun tempoh hari di ingatinya semula dan terus dia mempercepatkan langkahnya ke arah Saejin.

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now