FOURTEEN

3.4K 311 10
                                    


Saejin melangkah keluar dari biliknya untuk mengambil air di dapur. Langkah perlahan diambil disebabkan kakinya menggeletar akibat 4 hari berada diatas katil dan langsung tidak berjalan.

"Cik. Cik ok?" soal seorang maid bergegas kearahnya apabila Saejin berhenti di pertengahan tangga.

"Gwaenchanayo." Saejin tersenyum dan melihat kawasan tingkat bawah. Sunyi.

"Mana semua orang ?" Saejin menyoal.

"Mrs. Oh ada perjumpaan club golf. Tuan muda pula katanya nak ke party. " Jawab maid itu.

Senyuman Saejin mati perlahan-lahan. Party.. Girls.. drunk.. girls.. dance.. girls.. Saejin menggeleng kepalanya lalu memaut pada tangan maid itu. " Tolong papah saya pergi kat ruang tamu. Lepastu tolong ambikkan saya air mineral segelas." Kata Saejin dan Maid itu membuat apa yang disuruhnya.

Saejin menukarkan rancangan TV yang ditayangkan dengan wajah bosannya lalu dimatikan tv itu kembali . Jam dinding dilihat dan keluhan dilepaskan. Jam sudah menunjukkan 10 malam tetapi bayangan Sehun langsung tidak dilihatnya pada hari itu.

Bahu Saejin terhinjut apabila bunyi handphonenya memecah kesunyian. Senyuman mekar di bibirnya melihat nama Baekhyun terpampang pada skrin dan terus dijawabnya.

"HelloHellHello!! princess!" Suara Baekhyun yang ceria bergema di handphonenya.

"Yo Baek. Why so happy?" Soal Saejin masih tersenyum.

"Sebab akhirnya saya dapat call awak. I'm so busy nowdays.." Wajah Baekhyun yang mencebik sudah dapat dibayangkan.

"Busy with your anime?" Gurau Saejin.

"Erm... Y-yeah." Baekhyun menjawab dengan kekok.

"Heol. Jadi anime tu lagi penting dari saya?" Giliran Saejin pula mencebik.

"Taklah.. saya nak call tapi Sehun cakap better tak payah sebab awak tak sihat." Kata Baekhyun.

"Huh.. Betullah tu.. Saya tidur je 4 hari ni. Btw, see you on monday Cutie."

"Monday? seriously Saejin? Awak datang sekolah minggu depan?!"

"Yeah.." Walaupun ada Kai di situ. Saejin mengeluh perlahan.

"Oh! Saejin.. saya nak tanya something boleh tak?"

"Erm.. go ahaed ." Kata Saejin.

"Saya dengar perbualan awak dengan Kai hari tu.. is that true that.. that you like Sehun?" Soalan Baekgyun membuatkan Saejin terdiam dan tersentak tidak berani untuk bergerak sekalipun.

"T-Tak. I mean Yes.. Eh! Tak!" Saejin sedikit menjerit menjawab.

"Its ok princess. Awak boleh terus terang dengan saya.." Saejin menggigit bibirnya. Adakah suara Baekhyun kedengaran kecewa atau itu hanya perasaannya sahaja.

"Yes. I do. But please Baek, Don't tell him!" Saejin merayu sambil mencebik.

Tiada balasan dari Baekhyun buat seketika. Sunyi dan Saejin sudah mula rasa kurang senang. Tidak lama selepas itu dia mendengar Baekhyun tertawa perlahan.

"Ada jugak orang yang suka budak player tu?" Baekhyun tertawa tetapi Saejin dapat rasakan Baekhyun seperti memaksa tawa itu.

"Oh.. Yeah. Tapi saya minta tolong sangat jangan bagitahu Sehun walaupun saya dah nak mati sekalipun..please?"

"Trust me Princess! Awak adalah keutamaan saya! Tapi boleh saya tahu kenapa?"

"Sebab dia player dan saya tak rasa dia suka saya. Malulah saya kalau dia tahu.."

"Kalau macamtu sampai matilah awak membujang. Tapi kalau awak sudi saya boleh jadi teman hidup awak. " Baekhyun bergurau membuatkan Saejin tertawa.

"Itupun kalau awak sudi jugak.."

"Of course Of course I do Saejin!! Jom daftar kawin esok!!"

"Macam-macamlah awak ni Baek!"

"Anything to make you laugh Princess!" Saejin tersenyum menengar kata-kata Baekhyun. Semuanya pasti akan menjadi lebih baik jika Baekhyun adalah orang yang disukainya.
_____

Sehun membuka jaket yang disarungkan ke badannya hingga meninggalkan tshirt hitam yang dipakainya sebelum melangkah masuk ke dalam rumah dan terus melangkah ke tangga tetapi terhenti apabila matanya menangkap susuk tubuh Saejin yang sedang nyenyak tidur diatas sofa.

Sehun tersenyum sebelum berjalan ke arahnya dan melabuhkan punggungnya disebelah Saejin merenung wajah gadis itu. Rambut berwarna perang milik gadis itu yang menetup separuh wajahnya selak ketepi sebelum mencubit perlahan pipi gebu berwarna pink Saejin membuatkan Saejin terjaga dan merenung Sehun dengan wajah kosongnya.

"Best party tu?" Soal Saejin dengan nada perli.

"Bosan.. Mungkin sebab kau tak ada kot." Sehun mencebik. Tetapi itu adalah kenyataan parti itu memang bosan walaupun ramai gadis-gadis yang menawar untuk menemaninya. Tetapi setiap kali dia mahu beredar pasti Kris dan Chanyeol menghalangnya.

"Tch. Funny." Saejin me'roll'kan matanya lalu membetulkan kedudukannya.

Dan pada ketika itu dia sedar akan sesuatu yang tergantung pada leher Sehun. Rantai dan cincin itu direnung lama seperti sedang mentafsir sesuatu sebelum matanya terbeliak. Rantai itu dipegang lalu ditariknya sehingga wajah Sehun berada tidak jauh darinya.

"Mana.. mana kau dapat ni?!" Soal Saejin sudah gelabah.

"Bukan kau ke yang bagi aku? 'Sehun, Aku ada sesuatu untuk kau.. kalau aku bagi kau akan terima tak?'" Sehun meniru kembali cara Saejin bercakap.

"Bila? ak--" Saejin mengangkat wajahnya dan tepat pada masa itu bibirnya dan Sehun bertaut kerana kedudukkan mereka yang terlalu rapat.

Mata Saejin membesar. Tetapi tidak melakukan apa-apa untuk menjauhkan dirinya kerana sekali lagi otaknya lambat mentafsirkan keadaan itu. Sehun tersenyum sinis membuatkan Saejin tersedar dan terus menjauhkan dirinya.

"A-aku... pergi naik dulu." Saejin tersenyum kekok dan terus berlari mendaki tangga meninggalkan Sehun tersenyum seirang diri. Nasib baik sahaja kakinya tidak menggeletar seperti tadi.
____

Saejin mengetap bibirnya sambil menyandar ke pintu bilik dengan senyuman di bibir. Tangannya dibawa ke pipi dan mula berlari dengan gembiranya disekeliling kawasan bilik.

"Lalalalalalalala~ arghh!!" Mulutnya ditekup sebelum merebahkan diri diatas katil dan melihat cincin yang ada di jari manis kirinya.

Sumpah dia memang tidak mengingati yang dia memberi cincin itu kepada Sehun tetapi apakan daya. Nasi sudah menjadi bubur. Lagipun Sehun sendiri yang menerimanya dengan hati terbuka.

"Aishh.. You hot jerk." bisiknya seorang diri sambil menyentuh bibirnya.
___
TBC...

Enjoy :) Thanks for 1k views

VOTE.COMMENT. :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now