TWENTY-SEVEN

3.2K 282 15
                                    

Sehun meletakkan handphone yang dari tadi menjadi perhatiannya. Mengerengkan badannya ketepi dia hanya melihat handphone kecil itu lalu melihat ke bingkai gambar di meja lampu tidur disebelah katilnya sebelum menggapai dan merenung gambar itu.

Wajah gadis yang berada di dalam gambar itu diusap perlahan dan mengeluh. Gambar itu bukanlah gambar ommanya mahupun Jihye. Gambar itu adalah gambar gadis yang telah menangkap hatinya; Kim Saejin.

Gambar yang diambil di summer camp tempoh hari ketika Saejin sedang berbual dengan Chen. Tiada gambar Chen di dalamnya itu sudah sepastinya. Mana mungkin Sehun mahu membiarkan gambar Si troll itu berada di dalam biliknya?. Minta Simpang!

Sudah dekat seminggu dia tidak berjumpa dengan Saejin setelah hari gadis itu keluar dengan Jihun. Pada malam itu mahu sahaja dia menarik Saejin dan mengurung gadis itu dalam bilik supaya abangnya tidak membawa gadis itu.

Jujur dia katakan dirinya menyesal memperlakukan Saejin sebegitu. Walaupun dia tidak pasti sekiranya Saejin ada perasaan padanya atau pun tidak, dia dapat tahu bahawa gadis itu terseksa melihatnya cuba mengejar cinta lama.

Dia tahu Saejin tiada kaitan dengan Jihye rejected dirinya tetapi disebabkan gadis itu mempunyai darah sama yang menglir dibadannya seperti Minhyun, Sehun mempersalahkan Saejin. Gadis yang dijanjinya dia akan tersenyum setelah balik ke rumah pada hari dia bertemu Jihye.

Janji itu di tidak ditepatinya hanya disebabkan rasa kesalnya Jihye tidak mengingayi memori mereka sedangkan dia tahu 99% dari persaaannya semua untuk Saejin dan lebihan 1% itu adalah buat Jihye. Tetapi kekeliruan membuatkan dia rasa dia sudah menjadi manusia yang paling bersalah di dunia ini.

Setelah berfikir masak-masak, Sehun sudah bertekad mahu meminta maaf. Dia sudah mahu meminta maaf dari seminggu yang lepas tetapi egonya menahan dirinya atau lebih mahu dikatakan rasa berdalah menyelubungi dirinya sehingga dirasakannya meminta maaf tidak mencukupi untuk membuatkan keadaan menjadi seperti biasa semula.

Gambar ditangannya diletakkan kembali ke atas meja lampu tidurnya dan beredar dari katil empuknya. Sehun berjalan keluar dari biliknya dan berdiri betul-betul dihadapan bilik gadis itu dengan tangan yang sudah bersedia mahu mengetuk pintu bilik dihadapannya.

Setelah nafas gementarnya dilepaskan, tangan kanannya perlahan-lahan mengetuk pintu dihadapannya. Sekali ketuk, dua kali ketuk dan tiga kali ketuk. Tiada balasan. Sehun mengetap bibirnya dan sekali lagi mengetuk pintu itu hanya untuk mendapat keputusan yang sama.

"Tidur ke?" soal Sehun sendiri. Jika difikirkan kembali, Jihun tiada pula membawa Saejin keluar pagi tadi. Kereta Jihun pun masih elok terparkir di garaj.

"S-Saejin.. aku masuk eh? Aku nak cakap sikit." kata Sehun dan memulas tombol itu sebelum melangkah masuk.

"Sae---" Suaranya tergantung melihat bilik itu kosong tidak berpenghuni, baru dan kemasvseperti tidak disentuh langsung.

"Ehem.." bunyi deheman suara itu membuatkan Sehun menoleh ke belakang hanya untuk melihat Jihun yang sedang bersandar pada pintu dengan wajah selambanya.

"Cari Saejin?" soal Jihun.

"E-Erm.. m-mana dia?" Sehun menyoal Si abang kembali.

"Macammana aku nak cakap ni eh? erm.. apepun.. Dongsaeng, you're too late.. Saejin dah pergi airport. Senang cakap.. dia dah takkan tinggal dengan kita dah." jelas Jihun.

"Eh? K-kau berguraukan? Jihun, kalau kau nak main-main pun.. sekarang bukan masa yang tepat! mana Saejin huh?!" Sehun mula menunjukkan rasa marah membuatkan Jihun tersenyum sinis.

"Terpulang dekat kau, kau nak percaya ataupun tidak. But... kalau kau percaya just pergi airport.. kejar dia.." Jihun melihat jam ditangannya. " Flight dia pukul 3. Kalau kau pergi sekarang maybe kau sempat halang dia.. Dengar ni Oh Sehun, Kalau kau terlepas dia kau kena tunggu kau habis sekolah which 2 tahun lagi untuk jumpa dia.. sebab aku yakin omma dengan appa takkan benarkan kau pergi sekarang... Ok Bye. My lovely dongsaeng." Kata Jihun panjang lebar sebelum beredar sambil bersiul lagu yang entah apa.

Sehun mengetap bibirnya sebelum bergegas ke almari baju gadis itu dan dibuka dengan kasar. Betul kata Jihun gadis itu sudah pergi. Baju Saejin yang selalunya elok tersimpan di dalam almari itu sememangnya sudah hilang hanya tinggal sedikit baju-baju yang disediakan oleh Mrs Oh jika ada sesiapa mengunjungi rumah mereka.

"Shit." Sehun menyumpah dan melihat jamnya. Hanya ada 35 minit sebelum pukul 3. Sempatkah dia mengejar gadis itu?
_____________

Sshun menghempas pintu keretanya dan berlari maduk ke dalam airport. Jam sudah menunjukkan pukul 2:45. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa laju dia memandu keretanya, dia sudah tidak kisah jika dia disaman. Apa yang penting adalah Saejin.

Sehun berlari kehulur dan kehilir airport itu tetapi masih gagal menjumpai kelibat Saejin. Hatinya berkali-kali berdoa supaya penerbangan Saejin ditundakan sambil tidak berhenti mencari gadis itu sehinggalah ucapan dari pihak airport memberitahu bahawa penerbagan ke UK sudah berjaya.

Sehun berhenti berjalan ditengah-tengah orang berlalu-lalang. Dunianya sungguh kelam dan gelap. Gelap segelap-gelapnya sebaik sahaja mendengar berita itu. Jika dia awal sikit pasti dia sudah menemui gadis itu, minta maaf , confess dan merayu supaya tidak pergi and stay with him forever.

"S-saejin-ah." Bisik Sehun perlahan.

Bahunya dilanggar berkali-kali dari orang-orang yang sedang sibuk disitu. Kakinya terasa seperti jeli dan otaknya sudah kosong sekosongnya seperti dunia disekelilingnya gelap tanpa sedikit cahaya sekalipun. Lututnya yang dari tadi ditahan akhirnya jatuh bertemu tanah beserta air mata kelakiannya. Tanpa rasa malu dengan orang disekelilingnya Sehun menangis teresak-esak.

"Saejin-ah.. jebal kajima. (Please don't go.) Jebal!!" bisiknya perlahan disitu.

"Encik.. Tolong berhenti. Mari saya papah Encik ke bilik rehat." kata Seorang lelaki dan perlahan-lahan memimpin Sehun ke bilik yang dikatannya.
___________

Tali pinggang keledar yang terpasang kemas pada badannya dibuka setelah kapal terbang yang dinaikinya naik ke udara dan menuju ke destinasi penumpang-penumpangnya iaitu UK. Cermin mata hitam yang dipakainya dibuka dan disimpan ke dalam beg tangannya sebelum mengeluh.

"Annyeong!" suara lelaki disebelanya menegur. Saejin menoleh memandang filght partnernya dengan keningnya yang mengerut.

"Yes?" soal Saejin.

"Nama saya Hwanhee " kata lelaki itu memperkenalkan dirinya dengan senyuman yang sungguh gembira mengingatkan Saejin kepada Baekhyun disebabkan wajahnya serta suaranya yang seperti Baekhyun sedikit. (It's Hwanhee Up10tion.)

"Ermm.. Saejin?" Saejin membalas seakan-akan dia kurang pasti sekiranya itu namanya sendiri.

"Kita maybe ada jodoh. Saya dah nampak awak dari tadi then tiba-tiba kita ni filght partner!. Rasa terpikat pula dengan awak yang cantik macam bidadari ni. Kalau nak lebih tepat lagi cinta pandang pertama. Let's be friend Saejin-ah. Or my girlfriend?" kata lelaki itu. Ya.. dia betul-betul ceria dan berbunyi seperti Baekhyun. Adakah lelaki itu menghantuinya?

"O- Ok?" Saejin mengangguk dan menyambut tangan Hwanhee untuk bersalaman.

'This is going to be a better life whitout Sehun right? Sehun-ah, aku harap kau bahagia bila aku tak ada. ' bisik hatinya langsung tidak tahu Sehun yang sedang menangis teresak-esak di airport.
____________

TBC......

Sorry.. Authornim tak pandai buat drama air mata. So ni je yang mampu :) Terima kasih kepada sesiapa yang komen di chapter sebelum-sebelum ni and sorry kalau saya tak balas :) Ini kerana authornim sebenarnya seorang yang pemalu so authornim tak tahu nak cakap apa selain Thank you. :)

Thanks read :)
COMMENT SERTA VOTE ANDA AMAT SAYA HARGAI. :)
Have a good day :)
Go and check out Exo's Sing for you mv! It's really good! :)

Don't Tell Him (Sehun Malay ff) -Complete-Where stories live. Discover now