🤵Bab 52👰

1.1K 92 23
                                    

"WOAHH! Wohoaa! Wohoaaaa!!" Bagai disambar petir lagak Luhan ketika ini gara-gara terkejut punya pasal. Pagi dia disambut dengan kehadiran wajah Jiwon yang penuh, menyapa ruang pandangan sebaik saja dia mencelik mata.

Sedar akan posisi dia dan Jiwon dalam keadaan dimana tiada sebarang jarak langsung antara badan mereka berdua. Cepat-cepat dia menjauhkan diri, merungkai pelukan kejap pada Jiwon yang sedang membalas pandangan dia. Bergolek dia ke belakang sebelum merangkak laju ke hujung katil.

"Sumpah Jiwon, sumpah! Sumpah aku tak ada niat nak peluk kau macam tu. Aku tak sengaja. Dalam tidur duh. Tak sedar. Kalau aku sedar takdenya aku-"

"Luhan!"

Tembakan bertubi-tubi ayat dari Luhan mati bila Jiwon mencelah dengan memanggil nama dia.

"Chill. Relaks. Aku yang suruh kau peluk aku semalam. I won't mad at you. So, chill." Jiwon juga kini sudah bangun dari pembaringan, melipat sila dan menghadap Luhan. Muka Luhan nampak pucak. Cuak sangat gamaknya.

Kurang puas hati dengan jarak antara dia dan Jiwon, dia mengesot lagi ke belakang. Mengesot, mengesot dan mengesot hinggakan dia tak sedar yang dia sudah berada dihujung katil. Nak dijadikan cerita, Luhan hilang pertimbangan dan tanpa sempat berpaut pada palang kaki katil kayu antik itu maka dia pun berada terlentang ke belakang dan mendarat jatuh pada lantai di bawah sana. "Woahh!!!"

"Wei! Wei! Luhan! Wei!" Kehilangan Luhan dari pandangan dalam sekelip mata buatkan Jiwon gelabah. Lagi-lagi dia menyaksikan secara langsung peristiwa Luhan jatuh katil dengan sadis sekali. Bergegas dia turun dari katil untuk mendapatkan Luhan. Bahu Luhan yang masih tersadai di permukaan lantai konkrit sambil mengerang sakit, digoncang. "Kau okey? Sakit tak? Kenapa kau tak hati-hati? Kau ni laaa..." Sempat lagi dia ambil peluang membebelkan si suami.

"I'm okay! I am totally okay. Just don't! Don't... touch me." Walaupun dalam keadaan sakit, Luhan gagahkan diri jugak untuk bergolek beberapa kali ke belakang, menciptakan jarak yang luas dari Jiwon.

Jiwon kaku di tempat dia berada sekarang ni. Kata-kata Luhan yang berbaur satu arahan tegas itu buatkan dia terpana. Luhan yang sedang cuba berdiri dengan agak bersusah payah disebabkan pinggang dia masih terasa sakit, dipandang.

"Tiga meter, Jiwon. Tiga meter. Don't ever forget that rule." Kata Luhan lagi sebelum berlalu keluar dari bilik.

Entah apa yang tak kena. Entah apa yang merasuk dia sekarang ni. Tiba-tiba saja dada Jiwon diserang dengan perasaan sebak yang melampau. Dan disebabkan itu, mata dia mula berkaca. "Tiga meter taik kucing!What a stupid rule!Huwaaaaaa!!"

***

"DAH tu siapa yang nak pergi hantar dia? Hyungsik pulak tak ada. Esok baru balik dari Changsa. Kamu memang tak dapat nak pergi ke?"

"Maaf, tuan. Saya memang kena balik awal hari ni."

"Tak apalah kalau macam tu. Aku cuba cari orang lain hantarkan cucu aku tu. Tapi siapa?"

"Biar Han pergi, tuk."

Mata atuk beralih dari muka Uncle Changxin, pemandu peribadinya ke arah Luhan. "Betul ke kamu ni, Luhan? Ada pulak masa kamu. Reban ayam pun tak siap lagi."

Luhan mengangguk tanda dia serius dengan menawarkan diri untuk menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi oleh atuk sekarang ni. Masalah dengan mencari siapa yang boleh tolong hantar cucu angkatnya iaitu Xinghua untuk balik ke kolej. Disebabkan Uncle Changxin perlu berkerja sekerat hari, jadi dia tak dapat melaksanakan permintaan atuk itu. Ada urusan keluarga katanya.

"Kamu nak pergi dengan siapa?"

"Han pergi sorang je la. Diorang nak habiskan kerja buat reban hari ni. Tinggal bahagian bumbung je lagi." Kata dia seraya mengerling sekilas ke arah belakang rumah.

"Tahu ke jalan ke sana?"

"Xinghua boleh tunjukkan."

"Masa pergi je. Balik nanti kamu kena balik sorang. Dah la jalan nak pergi kolej dia tu bersimpang siur. Ingat ke kamu jalan nak balik sini nanti?"

"Waze kan ada."

Atuk mengeluh. "Itu masalahnya. Itu yang aku tak gemar tu. Tengah sibuk drive kereta nak kena hilang fokus dengan tengok waze pulak. Bahaya macam tu." Atuk sangat tak setuju dengan jawapan Luhan itu. "Kamu bawak la sesiapa teman. Budak galah panjang muka berlagak tu ke, mamat tak berapa tinggi mata sepet tu ke, budak bendul ada lubang kat pipi tu ke, budak hitam tu ke, budak pelat 's' tu ke... ajaklah salah sorang. Buat teman."

Luhan gigit bibir bawah kuat-kuat. Sedaya upaya tahan ketawa dari meletus keluar. Deskripsi atuk pada setiap seorang dari kawan-kawan dia itu sangat kelakar. Atuk tak sebut nama pun, Luhan boleh tahu dengan mudah siapa yang atuk maksudkan.

Galah panjang muka berlagak tu dah tentu-tentulah Yifan. Tak berapa tinggi semestinya Minseok. Pipi berlubang tu memang tak ada orang lain dah selain Yixing. Antara mereka, Jongin paling kurang cerah. Dan pelat 's' tu haruslah Sehun. Heh!

"Tak pun kamu bawa isteri kamu."

"Eh takpe lah, tuk. Tak payahlah bawak dia. Han pergi sorang je. Tak bahaya aih. Han hati-hati." Cadangan terakhir atuk itu ditolak laju. Dia punyalah cari alasan nak jauh dari Jiwon, keluar rumah untuk tenangkan hati sekejap, boleh pulak atuk suruh dia bawa Jiwon? Memang tak lah.

"Yang kamu beriya taknak ajak isteri kamu kenapa?" Mencerun pandangan atuk pada muka muka Luhan. Sebelah tangan menggenggam kepala tongkat manakala sebelah lagi menguis dagu. Berfikir. "Kamu jangan nak buat perangai, Luhan. Memanglah aku ada niat nak jodohkan kamu dengan Xinghua sebelum ni. Tapi sekarang kamu dah ada isteri. Jangan cuba nak curang. Walaupun Jiwon tu selalu buat aku hampir nak kena heart attack setiap hari, tapi dia tetap isteri kamu. Cucu menantu aku. Jangan buat hal kalau taknak tongkat aku terpelanting dekat kepala kamu."

"Apa atuk ni?" Terbeliak mata Luhan, hampir saja nak tercabut dari soket mata. Tak terjangka itu yang melintas di fikiran orang tua itu. "Han-... Xinghua-... c-curang??"

"Manalah tahu kalau-kalau..."

"Atuk! Tak baik fitnah."

Atuk tayang muka toya. "Bila aku fitnah? Aku cakap kalau."

Luhan menggeleng kepala. Sungguh dia tak boleh terima apa yang disuarakan oleh oleh atuk. "Xinghua tu Han dah anggap macam adik sendiri. Bukannya atuk tak tahu hubungan kitorang macam mana. Han layan dia macam mana. Sampai hati atuk tuduh Han macam tu."

Muka sedih plus kecewa tak bersempadan yang tertera pada muka Luhan itu bukan meraih simpati mahupun rasa bersalah walaupun sebesar kuman dalam hati atuk pun. Malah orang tua itu boleh pulak buat muka menyampah.

"Hah! Emo! Emo! Cakap sikit nak emo. Tabah betul aku ada cucu tak faham statement macam ni. Blur! Bendul! Dah! Nak pergi sorang sangat kan? Pergilah. Bawak kereta elok-elok. Lepas hantar Xinghua kat asrama dia terus balik. Jangan merayap!" Panjang lebar pesanan yang diutarakan buat Luhan sebelum atuk berlalu masuk ke dalam rumah, meninggalkan Luhan yang tercengang tak berkelip mata.

*****

#Mungkin ada yang tak sempat baca chapter ni hari tu, jadi akak start republish dari sini dulu.

#Komen2 dan dm2 awak akak akan reply later. 👌😊

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now