🤵Bab 28👰

712 71 0
                                    

"BETUL katil aku punya malam ni?"

"Ya."

"Kau dah janji nak cuci baju aku yang seminggu lebih tak basuh balik hotel nanti."

"Ya, Luhan."

"Kau betul tarik balik kan, syarat dalam kontrak pasal aku diharamkan tak pakai baju depan kau?"

"Ya, Luhan ya. Macamlah kau pernah ikut syarat tu."

"Pasal aku kena berdiri sekurang-kurangnya tiga meter dari kau..."

"Kau jangan cakap nak aku tarik jugak syarat tu!" Belum sempat Luhan habiskan ayat, Jiwon mencelah pantas. Laju dia lipat leher ke arah Luhan. Jari indeks kanan dituding hampir nak kena hidung si suami. Mereka kini sedang berdiri depan pintu masuk bakul belon panas yang mampu memuatkan enam orang. Tapi atas permintaan dan rundingan dengan abang-abang sado Cappadocia yang menguruskan aktiviti ini, hanya mereka berempat ditempatkan dalam satu bakul. Privasi sangat!

"Terpulang. Aku tak memaksa, tapi kalau kau nak aku naik belon panas dengan kau sekarang ni, aku nak kau batalkan' syarat tu sekali."

"Yahhh..."

"It's your choice, baby." Luhan tarik senyum senget. Jiwon hanya perlu setuju dengan satu lagi syarat yang dia tetapkan pada Jiwon untuk dia setuju dengan permintaan isterinya itu.

"Fine! Fine! Fine!"

Hilang terus senyuman Luhan bila syarat terakhir pun Jiwon sanggup menurut. Muka Jiwon diperhati dalam-dalam. Dia jadi pelik dan hairan. "Wei. Apehal kau macam okey je dengan permintaan aku?"

"Dah itu yang kau nak, aku ikut je lah. Asalkan kau setuju naik hot balloon dengan kitorang."

"Ish! Aku makin musykil. Apehal kau nak sangat aku naik benda alah tu?" Luhan gigit bibir bawah dengan mata masih memerhati Jiwon. Langit subuh yang makin lama makin cerah, menolong dia dalam aktiviti menganalisis muka perempuan tu. "Ada tiga perkara yang tengah main dalam fikiran aku sekarang ni. Satu. Kau mungkin dah buang tebiat. Sebab tu kau tiba-tiba nak jadi isteri mithali. Dua. Disebabkan kau dah banyak kali menderhakakan aku, jadi kau gigih nak kejar syurga kau yang ada kat bawah tapak kaki aku ni kan? Kan? Atau yang ketiga. Kau sebenarnya ada niat nak tolak aku jatuh ke bawah masa kita naik atas nanti? Wohoaa! Aku tak boleh percaya kau ni. Macam-macam benda bergeliga yang ada dalam kepala kau. Aku taknak! Aku taknak naik! Aku taknak mati lagi!"

"Kau jangan cakap banyak boleh tak!? Kau dah letak syarat dan aku pun dah ikut semua syarat kau, kan? Jadi, kau masuk sekarang. Jangan buat aku hilang sabar!"

"Aku taknak!"

"Hyung! Apehal nak takut sangat!? Benda ni selamat lah. Lagipun kitorang kan ada." Sehun yang tengah tunggu dengan penuh kesabaran di dalam bakul, nampaknya sabar dia dah menipis. Ragam lembik Luhan betul-betul buat dia geram.

"Oppa, come on. Cuba tengok sana tu."

Semua mata terarah ke tempat yang dimaksudkan oleh Leean.

"Hi, there! How old are you?" Leean menjerit kepada seorang budak lelaki yang baru berkira nak melangkah masuk ke dalam bakul sebelah bakul mereka. Muka budak tu tak nampak takut langsung. Teruja lagi ada.

"Seven!" Balasan suara datang bersama isyarat tujuh jari yang ditunjuk kepada Leean.

"Thanks. I hope you have an amazing day and lots of fun with that. Enjoy dear!" Sambung Leean kemudiannya fokus dia kembali kepada Luhan. "See? Oppa, he's only seven. Takkan oppa yang dah dua puluh lima pun kalah dengan budah tujuh tahun? Malulah sikit."

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now