🤵Bab 49👰

884 73 0
                                    

DARI jauh dia perhati Luhan yang sedang gigih mengetuk paku pada papan reban ayam yang sudah sembilan puluh lima peratus siap itu bersama lima lelaki.

Sejak kejadian pagi tadi, Luhan langsung tak tegur dia. Jangankan tegur, pandang dia pun tak. Dan itu buatkan Jiwon rasa sayu semacam. Rasa macam Luhan palaukan dia.

Puas dia fikir apa salah dia sampai Luhan bertindak macam tu. Selogiknya, Jiwon rasa Luhan yang patut dipersalahkan. Dia yang patut palaukan Luhan. Pagi tadi, bukankah lelaki tu yang cuba buat benda tak senonoh kat dia? Buka mata saja, dia dah dipeluk erat oleh Luhan. Dan Luhan juga menyebabkan dia mempunyai cop mohor di leher.

Dah la besar, jelas ketara pulak tu. Sampai semua orang tahu. Memanglah dia bodoh pergi jerit kuat-kuat bagitahu seisi rumah tapi kalau dia tak jerit tadi pun, semua orang akan tahu punca kesan lebam di leher dia.

Tadi tu, sampai merah muka Jiwon kena bahan dengan abang-abang dan para sahabat. Bersorak sakan siap dengan bunyi macam-macam jenis siulan yang dia terima. 

Atuk yang tengah marah Leean terus berhenti dan berjalan masuk ke dalam bilik bersama deheman, berkali-kali. 

Auntie Meiyuan terus lari hilangkan diri ke dapur bila menyedari dia adalah punca kepada jeritan Jiwon itu. 

Dan tak lama lepas tu, akibat tak tahan dibahan oleh lima kepala Jiwon juga lesap hilangkan diri ke dalam bilik. Bila dah rasa bosan, dia keluar semula.

"Kau kenapa tercegat kat sini?" Teguran Leean dari belakang, menyentakkan Jiwon.

"Saja." Balas dia sambil betulkan pashmina pada kepala.

Mata Leean jatuh pada kepala Jiwon. "Kau apehal berselubung kepala bagai ni?"

Telan liur seraya memikirkan apa jawapan wajar untuk dilontarkan. "Panas. Aku elak sunburn."

"Sunburn wak lu." Leean tarik sengih nakal. Pashmina Jiwon dikuis. "Kau nak sembunyi apa lagi? Semua orang dah tengok pun. Besar jugak oppa marked kau. Perfect pulak tu bentuk dia. Heart shape. Luhan oppa daebak! Untung ah dah kahwin. Dah boleh main letak tanda tanda kat leher. Kau aku punya. Aku kau punya. Wuuuu..."

Tangan Leean ditepis. Jiwon menjauhkan diri dari Leean. Senyuman Leean masa ni dia rasa sangat seram. "Kau kenapa dah tak innocent? Mana kau belajar semua ni?"

Leean buat muka. "Told you. Aku belajar dari Wattpad."

"Mana smartphone kau? Bak sini aku nak hack akaun wattpad kau. Nak uninstall. Biar tak boleh bukak. Advance sangat kau sekarang eh?"

"Macam ah aku tak boleh create akaun baru. Macam ah aku tak boleh install balik."Mencebik lebar Leean dengan ugutan dari Jiwon. "Jiwon." Lengan si sahabat di siku.

"Apa?"

"Buka la pashmina tu. Aku nak tengok hickey tu lagi sekali."

"My god! Gatal gila kau ni!" Tak menunggu, telinga Leean dipiat.

"Auchh! Arghh!" Tangan Jiwon digenggam dan ditolak menjauhi telinga dia.

"Aku report dekat oppa kau cakap adik dia gatal. Biar dia kahwinkan kau cepat-cepat!"

"Nak! Please! Please! Nak kahwin awal. Report sekarang Jiwon. Pleaseuuuu..."

Jiwon guling biji mata, menyampah dengan reaksi Leean itu. Menggeleng kepala dengan perangai adik ipar sendiri yang makin hari makin dah hilang sikap lurus bendul.

"Tolong hantar air ni dekat budak-budak tu, boleh?" Kemunculan Auntie Meiyuan dari dapur menatang dulang yang berisi satu jag air oren dan enam biji gelas kosong.

"Boleh! Boleh!" Leean menyahut mesra suruhan itu.

"Bukan kamu. Jiwon yang pergi hantarkan. Kamu meh tolong auntie kelim karipap kat dapur." Dulang ditangan, dihulur depan muka Jiwon.

Tak berkelip dia merenung dulang itu, berfikir samada mahu menerima atau menolak permintaan autie Meiyuan itu.

"Cepat, Xi Jiwon..."

*****

"AKU tak sabar."

"Aku pun!"

"Adakah sembilan bulan dari sekarang impian aku untuk jadi paklong tercapai?"

"Lahai... comelnya dengar suara budak kecil panggil aku paklang."

"Kalau kau paklong, kau paklang dah tu aku apa? Pakteh? Ke paktam? Pakcik dah tentu-tentu Jongin dan paksu pulak si Sehun."

"Aku rasa pakteh la. Sesuai dengan kau, Yifan. Paktam kita bagi Hyungsik."

"Cool!!" Dan lepas tu enam suara bergema dengan ketawa bahagia. Bahagia dengan angan-angan sendiri.

"Luhan. Kau nanti nak sebut diri kau papa ke daddy? Appa macam tak berapa nak millenium je."

Ketukan penukul pada kepala paku terhenti. Satu persatu muka kawan-kawan dia diperhati. "Korang merepek apa ni? Paklong, paktam, daddy jadah apanya?"

Yifan juga berhenti ketawa. "Jadah apanya? Kitorang buat persediaan awal. Nanti anak sedara keluar tak adalah keliru nak panggil kitorang apa. Kau jangan banyak cakap. Buat kerja kau sudah."

"Aku tengah buat kerja ah ni, gila! Tak nampak ke? Korang je yang bergebang." Tukul dalam genggaman diangkat tinggi, menayang pada Yifan.

"Maksud aku kerja buat anak. Berusaha Luhan. Usaha keras. Kitorang yakin kau mampu. Fighting!"

"Yaishh-" Bentakan Luhan hanya separuh jalan bila dia nampak Jiwon berjalan ke arah mereka dengan menatang dulang. Terus mata dikalih arah lain sebaik saja mata dia bertentangan dengan mata si isteri. Ditarik papan yang dipaku pergi agak jauh dari mereka yang lain.

Hairan dengan telatah luar biasa dari Luhan itu, Yixing menoleh ke belakang. "Oh, patut ah." Dia menyengih nakal menyambut kehadiran Jiwon.

"Syukur... air dah sampai. Ni yang sayang lebih kat Kim Jiwon ni. Macam tahu tahu je kitorang dahaga air sejuk."

"Xi Jiwon, Jongin-ah. Bukan Kim. Kau saja nak mintak kena kapak dengan Luhan ke caner?" Minseok membetulkan pangkal nama Jiwon untuk Jongin.

"Opss! Sorreyhh... Salah sebut." Ungkap Jongin seraya menghulurkan tangan, meminta segelas air dari Jiwon.

"Kau dah kenapa bertudung litup, Jiwon? Tengah hari rembang macam ni tak panas ke?" Sehun mencelah, hairan dengan imej yang dikenakan oleh Jiwon masa ni.

"Elak sunburn. Skin care." Jawab Jiwon teragak-agak.

"Skin care jenis apa atas tutup bawah buka?"

"Oh Sehun. Sila jangan banyak tanya kalau taknak kena simbah dengan air oren ni." Apa lagi yang dia boleh cakap selain ayat tu? Ayat cover paling selamat setakat ini.

Sehun buat muka. Huluran Jiwon dia sambut tanpa menambah apa-apa suara lagi.

Satu persatu manusia yang berada di situ sudah memegang gelas kecuali Luhan. Melihat lelaki itu tekun membuat kerja menukul di sana tu, Jiwon jadi serba salah nak ganggu. "Nanti tolong bagi gelas ni dekat dia."

"Siapa? Luhan?"

"Haah. Luhan oppa."

Brrrrrttttt!!!

"Dia buat lagi!" Sehun mengesat air yang disembur tanpa sengaja oleh Jongin ke muka dia. "Yah Kim Jongin!!!"

"Apadia!? Luhan what...!??" Empat suara bertanya.

"Luhan o-oppa...?"

"Awooooffff!!! Awoooooffff!!!" Dan lepas tu reban ayam sembilan puluh lima peratus siap milik atuk bergema dengan bunyi serigala jadian secara berjemaah.

*****

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now