🤵Bab 56👰

1.7K 122 335
                                    

#Warning! Luhan-Jiwon-Ifti-Saka Ifti Miang Mode : ON!

***

"KAU rasa?"

"Aku rasa ya."

"Aku rasa tak."

"Kalau tak, apesal dia still kat dalam? Takde pulak kena tendang keluar bilik pun." Minseok kekal dengan pendapat sendiri. Hanya sekilas jam besar yang tergantung pada dinding sebelah tangga dikerling. "Dah sepuluh minit, bhai. Lama duh!"

Yifan kuis dagu, berfikir. Kenyataan Minseok dia rasa macam ada betulnya jugak. "Eh, tak kot! Bilik Leean tu!"Cepat-cepat pemikiran yang ke arah pelik-pelik dia sangkal.

Minseok guling biji mata. "Kau fikir Luhan peduli?"

Aktiviti menguis dagu masih berlangsung. "Yeeee...ke?"

"Iyeeeeeee..." Bersungguh-sungguh dia mengangguk. Angkat tangan kanan dan sandarkan pada bahu Yifan sebelum Minseok menyambung, "Lagipun dengan perangai Luhan terhadap Jiwon sejak kebelakangan ni sangat lain duh. Kau perasan tak apa yang aku perasan?"

"Perasan apa?"

"Gaya Luhan tengok Jiwon dah lain."

Gigit bibir bawah, mengecilkan mata merenung Minseok. "Kan? Lain sangat. Sama macam cara Yixing pandang Jaehee."

"Kau fitnah apa, sakai!?"

Plakk!

Suara cuak berbaur gelabah milik Yixing itu datang bersama libasan kuat di kepala Yifan.

"Sakitlah, sakai!" Tangan kanan menggosok laju tempat yang menjadi santapan penangan kuat doktor pakar bedah itu. "Aku cakap benda fakta. Apa yang fitnahnya?" Masih lagi dia berani menokok. Tapi dalam masa yang sama, Yifan berjaga-jaga jugaklah kalau Yixing bertindak lagi sekali. Bersiap sedia untuk melarikan diri.

Tapi nampaknya lelaki berlesung pipit itu hanya mencerunkan pandangan tajam bersama satu carutan yang dah biasa dia dengar dari bibir itu, sejak beberapa bulan ini. "Fakta sh*t!"

"Bravo, Yixing...bravo." Dia bertepuk tangan dengan paparan senyuman sinis pada wajah. "Banyak peningkatan dalam habit mencarut kau. Terlalu banyak! Aku bangga. Fighting, bestie! Keep calm and please curse!"

"Bleh!" Minseok buat muka menyampah. "Thanks to you anyway. Kau yang ajar dia." Sela dia lagi dua saat kemudian. "Tapi betul ah. Aku setuju dengan teori kau tu."

"Kau pun bangga Yixing lancar mencarut?"

"Bongok! Maksud aku teori pasal cara Luhan pandang Jiwon sama macam cara Yixing- arghh!"

"Fitnah tu makan dia!" Bentak Yixing seusai Minseok juga diberi penangan yang sama seperti Yifan.

Giliran tukang masak professional itu pula yang menggosok belakang kepala. "Bagi aku habis cakap dulu, atleast!"

"Oh sorry, then...?" Yixing mencebik lebar. "Masuk tidur lah wei. Biarlah Luhan nak buat apa pun dengan bini dia. Kalau bernasib baik, kita jadi pak sedara dalam masa terdekat ni."

"Wohoaa!!" Dengan riak muka terkejut yang dibuat-buat, Minseok-Yifan menoleh serentak ke arah Yixing yang sedang berdiri di belakang mereka dengan gaya memasukkan kedua-dua tanagn di dalam poket seluar track yang dipakainya ketika ini.

"Sejak bila kau dah tak innocent? Biasanya kau join club dengan Leean dalam bab-bab macam ni. Dua-dua sama sama lembab!"

"Sekarang dah tak sama club dah, oppa!" Suara Leean yang muncul dari belakang mengejutkan tiga kepala. Leean baru saja putus asa dalam aktiviti memujuk Sehun. Sedar dia pun tahu penat dan punya perasaan, ditinggalkan Sehun yang masih dengan muka sebal di dalam bilik yang dikongsinya dengan Jongin. Dengan Kim Woobin nak jadi isu. Bila Leean kata Sehun cemburu, dia berkeras taknak mengaku. Sudahnya, Leean menapak keluar saja meninggalkan Sehun dengan riak tergamam dan Jongin yang sedang berdengkur, tidur nynyak mimpi sampai ke bulan.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now