🤵Bab 64 : Ending👰

2K 136 579
                                    

#Warning! 4346 words. Fikir banyak kali sebelum baca kalau taknak muntah hijau. 😂😂

#Warning! Luwon-Ifti-Saka Luwon-Saka IftiIcing-Saka atuk yang terlepas kandang- Saka readers- Bergabung -Miang-Mode : ON! 😂😂

***

JIWON buka mata separuh bila Luhan menguis lembut pipinya dengan ibu jari. Disebabkan kantuknya masih berat, mata tak dapat dicelik penuh.

"Sayang wake up. We're here." Suara Luhan menampal gegendang telinga sebelum dia dapat rasa sisi kepalanya dicium lembut.

"Lima minit." Balas Jiwon seraya pejam matanya semula.

Luhan tergelak. Dia mencium pipi Jiwon pula. "Bangun sekarang atau aku akan pastikan kita tak akan keluar dari kereta ni sampai esok pagi."

Kata-kata gertakan beraura seram itu terus mendorong Jiwon untuk celik mata besar besar. "Kalau tak keluar kita nak buat apa kat dalam ni?" Mungkin disebabkan Jiwon masih mamai jadi, soalan polos berperisa bendul itu terbit dari bibir dia.

Sebelah pinggir bibir terangkat tinggi. Satu senyuman herot terhasil. Dekatkan muka dia pada Jiwon, Luhan menambah. "Dah kata pun honeymoon. Kau rasa kita boleh buat apa je kat dalam ni sampai esok? Lagipun MPV ni besar. Turunkan semua kerusi kat belakang dan lepastu kita boleh la-"

"Ish! Miang je kerja dia!" Dada Luhan ditampar sekali sebelum ditolak jauh dari dia.

"Kena miang barulah objektif vacation kita ni tercapai."

"Bleh!" Jiwon buat muka keji.

"Seksinya buat muka macam tu." Tapi lain pula pada pandangan Luhan.

Melihat Luhan yang mula mendekat semula, Jiwon terus buka pintu kereta dan menonong keluar. Sebaik saja kaki memijak tanah, Jiwon melilaukan mata ke sekeliling. "Kita kat mana ni?"

Luhan tak jawab dulu. Dia juga ikut keluar dari kereta dan bergerak mendapatkan Jiwon. "Follow me." Tangan Jiwon yang sedang tergamam itu dicapai dan digenggam erat.

Jiwon tak menolak. Langkah Luhan disaingi dengan sekata. Sambil-sambil tu mata dia meliar melihat suasana di sekeliling mereka.

Kini mereka dikelilingi dengan banyak jenis pokok besar yang berwarna hijau. Selepas beberapa minit buat analisis, tahulah Jiwon di mana dia berada sekarang.

"Kita nak buat apa kat hutan ni?"

"Buat anak...?"

"Luhan! Tak kelakarlah!" Geram dengan sikap acuh tak acuh Luhan itu, Jiwon membentak. Tangannya ditarik dari genggaman Luhan. Langkah terhenti.

"Laa... Why are you stop walking sayang?"

"Taknak! Kau nak pergi, pergilah sorang. Aku tunggu kat sini je." Kata Jiwon seraya berpusing untuk berpatah balik ke arah kereta. "Oh, ya!" Dia menoleh tiba-tiba bila teringatkan sesuatu. Menapak semula ke arah Luhan yang sedang tayang muka tercengang itu lalu tangan kanan dia dihulur. "Bak kunci kereta. Karang kalau kau kena telan dengan harimau ke godzilla ke kingkong ke... boleh aku drive balik sendiri."

Luhan berdecit. "Apa doa macam tu? Suka sangat jadi janda agaknya?" Dia mencebik pula. Sebelum meraih tangan Jiwon. "But sorry to say... by hook or by crook... kau kena ikut aku jugak!"

"Taknaklah Luhan. Entah mana-mana kau bawak aku. Nanti kau tolak aku jatuh curam ke apa kat sini, bukan ada orang tahu pun. Lepastu kau mesti jadi duda bahagia." Jiwon keraskan badan. Tapak kasut dipacak teguh pada tempat dia berdiri.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now