🤵Bab 34👰

824 70 0
                                    

"TAK. NAK!"

Dua suara garau kedengaran serentak dan senada, bergema di dalam court badminton.

"Besties... please!" Gigih Jiwon buat muka comel. Sengaja mata dikelipkan berkali-kali sambil bibir dijulur keluar menghasilkan muncung.

"No! No! No!" Masih lagi dengan cara yang sama tapi kali ini Jongin-Sehun turut menggeleng dengan laju sebagai menolak cadangan Jiwon yang dirasakan sangat tak mengujakan.

"Yah!" Bila para sepupu merangkap sahabat juga berdegil dengan pendirian masing-masing, dia mula rasa bengang. "Korangggg..." Dia sebenarnya nak bebelkan budak berdua tu, tapi memandangkan dia penat dengan aktiviti bermain badminton yang dia-Leean-Sehun-Jongin sedang jalankan pada petang ini terus tak jadi. Rasa semput gara-gara larian mengejar bulu tangkis pun belum hilang lagi ni. Inikan pulak nak tambah semput dengan membebel?

Semalam, Jongin bersungguh ajak dia dan dua orang lagi main badminton. Entah apa yang merasuk lelaki itu pun tak tahulah. Tiba-tiba saja disapa 'angin' nak main lari-lari pukul bulu tangkis dalam gelanggang. Taknak rasa diri buang tebiat sorang-sorang, diheret sekali dengan Sehun-Jiwon-Leean. Court yang berhampiran dengan kawasan perumahan diorang disewa untuk tiga hari. Bermula dari hari ini sehingga lusa.

Awal-awal lagi Jiwon dan Leean menegaskan bahawa mereka akan turut serta cuma untuk hari ini saja. Esok dan lusa memang tak boleh. Sebab perempuan berdua tu nak pergi shopping. Kan Jiwon nak pergi Beijing lusa. Banyak benda yang dia nak beli katanya.

"Sorry, Jiwon. Aku memang tarik diri. Atuk Leean kot wei. Kalau kau singa betina atuk bagi aku singa jantan-betina kuasa sepuluh! Jadi, aku mintak maaf. Aku tak boleh ikut kau ke Beijing." Pelawaan Jiwon yang mengajak dia dan Sehun balik Beijing sekali dengan dia dan Luhan, tak perlu difikir dua kali pun dia menolak keras. Dengar nama lelaki yang berumur tujuh puluh sembilan tahun itu saja pun dia dah rasa badan menggigil gentar, lagi-lagi nak bersua muka... minta simpang!

Gambaran muka pilu dua orang budak lelaki yang berumur lima belas tahun kena berendam dalam sungai pada pukul empat pagi tujuh tahun lalu, terbayang-bayang di mindanya berselang seli dengan muka lelaki tergerun di dalam dunia dia dan Jongin, He Zhiyuan.

Sehun telan liur berkali-kali.Tujuh tahun lepas, Sehun dan Jongin ikut Leean balik kampung. Disebabkan Jiwon kena pergi Busan untuk hadiri kenduri kahwin sepupu dia, jadi budak perempuan itu terselamat.

Ada satu hari tu masa mereka berada di Kampung Beigou, Beijing entah apa yang merasuk fikiran Jongin pun tak tahulah. Tepat pukul dua pagi, Sehun yang sedang nyenyak tidur, dikejut. Cadangan dia yang mengajak si sahabat untuk memanjat bukit di belakang rumah atuk diterima baik.

Mula tu, rancangan berjalan lancar. Tapi baru saja diorang nak melangkah keluar dari pintu pagar rumah agam itu, perbuatan itu dapat dihidu oleh atuk. Fikir mereka, semua orang dalam rumah dah tidur. Tapi telahan itu gagal sama sekali. Tak semua tidur. Kehadiran atuk yang sedang berdiri tegak depan pintu pagar bersama tongkat di tangan sangat mengejutkan.

Puas punya merayu, atuk tetap tak makan saman. Pendirian dia pasal harus ada hukuman kepada mnusia yang tak dengar cakap wajib dilaksanakan. Dan kesimpulannya, pukul empat pagi Sehun dan Jongin dipaksa untuk berendam kat dalam sungai sebelah rumah atuk.

Bukan lima minit!

Bukan sepuluh minit!

Jangan fikir lima belas minit saja!

Tak!

Lebih dari tu. Lebih empat kali ganda dari jumlah waktu lima belas minit itu. Empat kali ganda yang bersamaan dengan satu jam.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now