🤵Bab 55👰

1.4K 109 152
                                    

"HYUNG, nak nombor Jaehee noona."

"Kau nak apa mintak nombor dia?"

Jeritan Yixing pada Sehun tetap sampai juga pada pendengaran dia walaupun pintu bilik sudah ditutup. Luhan buat muka, menggeleng dengan riuh rendah yang masih berlangsung di luar sana. Malas untuk menurut serta. Ada perkara penting yang perlu difokus ketika ini. Ada manusia yang lagi penting dia perlu pujuk masa ni. Manusia yang sedang tersadai di atas katil Leean dengan kondisi memeluk bantal panjang, menutup muka.

Luhan menghela nafas berat. Mata kekal pada sekujur tubuh kaku yang sudah nyenyak tidur seraya kaki melangkah perlahan-lahan, mendekati katil kayu yang bersaiz king itu. Sampai saja di sisi katil, halkum dia bergerak. Air liur yang cuba ditelan terasa kelat. Betis gebu Jiwon yang tertonjol gara-gara gaun tidur satin yang dipakai dia tersingkap sampai ke paha.

"Tidur dengan aku tak ada pulak dia pakai macam ni. Dengan Leean, segala bahagian dia nak dedahkan. Tak adil betul!" Gumam dia dibawah nafas. Rasa tak puas hati terhadap Jiwon hadir dengan tiba-tiba.

Selama mereka tidur berdua, Jiwon lebih gemar memilih t-shirt dan seluar tidur. Bukan pendek tau tapi panjang. Seluar panjang yang ada getah atau zip dekat pergelangan kaki. Dan kalaupun dia pakai gaun tidur, adalah menjadi perkara wajib untuk dia pakai legging di bahagian dalam.

Dah tu, celah bilanya Luhan boleh jamu mata? Memang tak ada peluang lah. Sebab tu dia jadi cemburu dengan Leean. Bertuahnya adik perempuan dia.

Rasa semacam yang menggunung di dalam diri sekarang, dia abaikan. Bila difikir balik, Luhan tak rasa yang perasaan semacam tu tak wajar untuk dia hadap, bukan?

Dia lelaki.

Dia ada naluri.

Dia ada kemahuan.

Dia ada keinginan.

Dia ada nafsu!

Nafsu terhadap Jiwon.

Jadi apa yang dia rasa itu adalah perkara normal. Lagipun Jiwon tu bukannya orang lain. Isteri dia yang sah. Yang halal untuk dia. Wanita yang dia tak perlu jaga apa-apa batas dari segi aurat mahupun sentuhan. Dia boleh buat apa saja. Dia bebas sentuh Jiwon di mana-mana.

Makanya tak ada lagi alasan yang boleh halang dia dari menerjah segala milik Jiwon yang juga secara tak langsung dah menjadi milik dia juga. Kan? Kan?

Tapi tu la... alangkah bagusnya kalau perempuan itu juga punya fikiran yang sama dengan dia. Betapa syurganya kalau Jiwon punya naluri dan nafsu yang sama terhadap dia. Dan Luhan akan terus lompat sampai ke siling andaikata Jiwon merasakan hal yang sama. Dia akan lompat sampai siling rumah atuk berlubang. Serius aih!

Luhan mengeluh perlahan. Wajah Jiwon yang terturup separuh dengan bantal, diintai. Jiwon dah tidur pulak dah. Luhan tak boleh nak buat apa. Hanya meratap nasib diri yang malang saja sambil berhuhu di dalam hati.

"Relaks, Luhan. Tak malam ini, esok. Tak esok, lusa. Tak lusa... tulat. Nak pergi mana? Dia ada je dekat depan kau, lagipun kan? Hiyarkkk!" Dia mengeliat besar, membetulkan urat-urat badanyang lenguh. Menguap dua kali dengan ngangaan luas, picit sikit lutut yang masih sengal, dia memanjat naik ke atas katil. Kain gebar yang terlipat kemas di hujung tilam ditarik, menyelimut tubuh dia dan Jiwon yang kini sedang membelakangi dia.

Bila rasa macam tak lengkap malam dia kalau dia tak buat aktiviti yang biasa dia buat dengan Jiwon selama ini, Luhan berpaling ke kiri. Bantal panjang yang berada dalam dakapan Jiwon ditarik dengan perlahan. Lepas bantal itu berjaya dijauhkan dari Jiwon, satu campakan padu dan jitu dia buat ke atas lantai. "Ambik tempat aku itu makan dia! Jangan nak seronok sangat dapat peluk bini aku!" Makian itu dilontar pada bantal malang yang sudah tersadai di depan pintu bilik air. Apa jenis sewel pun tak tahulah. Dengan bantal pun dia boleh jadi cemburu.

Tsk!

Ni kalau kawan-kawan sakai dia tengok lagak dia yang serupa orang gila, Luhan akan dibahan secara puaka juga diejek sampai ke tua.

Pasti!

Bibir bawah digigit perlahan. Pergerakkan tangan kiri diatur dengan penuh berhati-hati untuk diselit masuk ke bawah leher Jiwon. Tangan kanan pula melingkar bahagian atas pinggul Jiwon dan hanya dengan sekali rentapan kecil, tubuh kaku itu berjaya dipusing menghadap dia. Belum puas hati dengan jarak yang bagi Luhan masih jauh itu, ditarik lagi tubuh Jiwon dapat ke dada bidangnya. Rambut yang berselerak di bahagian muka si isteri, diselak ke belakang. Baki beberapa helai yang tinggal turut diselit pada belakang telinga.

Hati jadi tenang. Malam dia jadi lengkap bila tubuh itu sudah berada didalam pelukkan. Satu senyuman megah terukir di bibir.

Dalam kesamaran lampu minimalis yang terpacak di sisi katil, wajah tenang Jiwon diperhati. Diperhati dengan teliti sampailah dia perasan kedua-dua mata Jiwon bengkak. Hidung perempuan itu merah. Dan ada kesan air mata yang sudah kering di kedua-dua pipi mulus itu.

Hati Luhan jadi sayu. Rasa bersalah mula bertandang. Memikirkan luahan Jiwon tanpa apa-apa balasan dari dia tadi tu, hati Luhan jadi berat. Dari atas pinggul, dia membawa tangan kanannya untuk didaratkan pada dahi Jiwon. Ditolak ke tepi anak rambut yang menutup dahi licin si isteri. Ibu jari mengelus pipi Jiwon. Sambil jari telunjuk mengggosok perlahan puncak hidung mancung isterinya itu.

"Geez! Itu pun nak nangis. Sejak bila jadi cengeng macam ni, hm? Belum apa-apa dah lari tidur bilik Leean. Saja nak manja la tu. Sengaja nak aku rasa bersalah ke caner?" Tutur dia dengan bisikan halus yang hanya dia sendiri boleh dengar. Lama dia berkeadaan seperti itu. Keadaan di mana, hanya duduk diam sambil perhati wajah Jiwon tanpa jemu.

Tak tertahan diri dari menyerang dahi Jiwon, satu ciuman diletak di situ. Tak cukup dengan itu, Bibir dia jatuh ke puncak hidung Jiwon sebelum berpindah pada pipi kanan dan diikuti dengan pipi kiri. Perbuatan dia terhenti bila matanya jatuh pada bibir mungil yang merah macam buah delima itu. Tangannya dibawa ke belakang kepala Jiwon sebelum satu tolakan lembut dibuat untuk menemukan kedua-dua hidung mereka. Mata tak lekang dari memaku mata Jiwon tertutup rapat. Satu tarikan nafas dibuat sebelum dia membuka mulut dan berkata, "Xi Jiwon, Aku pun sama. Aku pun sayang kau." Nafas dihembus lembut dan ditarik sekali lagi. "Aku sayang dan... aku cintakan kau." Luah Luhan dengan suara yang paling perlahan. Elusan dibuat lagi pada pipi Jiwon sebelum dia menyambung, " I love you, Xi Jiwon"

"I love you too...bongok!"

"Uh-oh!?" Terkejut dengan sergahan yang tiba-tiba, kepala Luhan terdorong ke belakang. Luas matanya perhati muka Jiwon yang sudah celik luas di depan dia. "Kau belum ti- ummphh!"

Ayat Luhan mati bila bibir dia diserang oleh bibir mungil kepunyaan Jiwon.

Tanpa amaran!

Tanpa makluman!

Dengan kasar!

Dengan mendadak!

Dengan rakus sekali!

Lahaiii~~Gelojohnya Jiwon!

*****

#To Be Continued. InshaAllah ^_^

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now