🤵Bab 39👰

807 72 3
                                    

#Warning! Luhan-Jiwon-Miang-Mode : ON!

***

SEDAR dari lena yang nyenyak, Jiwon meraba-raba ruang di sebelah. Bila tangan tak dapat gapai apa yang dicari, dia terus celik mata. Toleh kiri, Luhan tak ada. Toleh kanan, pun bayang Luhan tak kelihatan. Dengan berhati-hati, berjaga-jaga kaki kiri yang masih berasa sakit, Jiwon perlahan pusingkan badan dari mengiring kepada gaya menelentang. Melilau matanya mencari kelibat Luhan tapi tak jumpa.

Smartphone atas meja sisi katil. Jam digital pada skrin dikerling sekilas sebelum smartphone diletak atas bantan yang dia guna untuk alas kepala sekarang ni. "Baru pukul 6.45 pagi. Awalnya dia bangun. Mana dia pergi?" Kehilangan Luhan di awal pagi, menyebabkan Jiwon jadi tertanya-tanya.

Dengan kadar yang perlahan, dia bangun dan turun dari katil. Tuala yang tersangkut pada belakang pintu, dicapai. Dia menapak lambat-lambat untuk masuk ke dalam bilik air. Lebih kurang lima belas minit dia membersihkan diri, Jiwon keluar semula dengan harapan Luhan akan berada di dalam bilik. Tapi hampeh! Luhan langsung tak menunjukkan muka dia. Dan itu buatkan Jiwon merengus geram.

Siap ala kadar, mendandan rambut dengan kemas, dia menapak menuruni tangga. Berpaut kejap pada pemegang tangga, dia bersedia untuk memulakan langkah penurunan yang pertama. Tapi baru saja kaki dia hendak menjejak anak tangga, dia dikejutkan dengan satu suara dehaman yang sangat familiar pada telinga. Serta merta hati Jiwon jadi kecut, Telan air liur walaupun terasa payau dan kelat. "Err... selamat pagi atuk." Teragak-agak dia menegur lelaki tua yang sedang berdiri di sebelah dia sekarang ini.

"Hmm. Pagi."

Jadilah tu. 'Pagi' saja pun tak apa walaupun 'selamat' tu tak ada. Sudi jugak atuk nak jawab sapaan aku. Kata Jiwon dalam hati. Dia jadi gelabah bila atuk masih berdiri keras di sebelah dia. Tak nampak gaya macam orang tua tu nak turun tangga pun.

"Macam mana dengan kaki kamu?"

Telan liur dulu sebelum dia menjawab. "Macam dah okey sikit."

"Okey apa terjengket-jengket macam tu?"

Jiwon terus menunduk. Dia salah jawab ke?

"Duduk."

"Uh?" Arahan yang tiba-tiba itu buatkan dia terkejut.

"Duduk aku kata."

"Err... sekarang?" Bila atuk tak menjawab, Jiwon bertanya lagi. "Duduk dekat mana, atuk?"

"Dekat sini. Cepat, duduk!"

Melihat muka atuk yang tak tahu nak senyum langsung itu, Jiwon merendahkan badan secara perlahan-lahan dan melabuhkan punggung betul-betul di sebelah tangga.

Dengan menampan tongkat kuat pada lantai, atuk ikut duduk di hadapan Jiwon. "Bagi kaki kamu."

"Apadia?" Macam nak terkeluar anak tekak Jiwon punya nganga. Permintaan atuk sangat tak masuk akal. Dah kenapa dia kena bagi kaki dekat atuk pulak dah? Dia belum hilang waras lagilah.

"Haih! Lembap betul!" Atuk merengus kasar. Kaki kiri Jiwon dicapai dan diletakkan atas paha dia yang sudah duduk melipat sila depan cucu menantu barunya itu.

"A-atuk..." Tak selesa dengan apa yang berlaku juga rasa macam janggal jugak tak hormat atuk, Jiwon cuba menarik semula kaki dia.

"Duduk diam-diam boleh tak!?"

Tersentak hebat dia gara-gara kena sergah dengan atuk buat yang kesekian kalinya. Jari jemari atuk sedang menggosok buku lali dia yang terkehel itu diperhati dengan rasa seram sejuk yang menggunung.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now