🤵Bab 61👰

1.4K 122 218
                                    

#Warning! Luwon-miang-mode : ON!

***

"KITA nak pergi mana?" Tanya Jiwon lepas dengar bunyi pintu bilik air dikuak dari dalam.

"Dating."

Jawapan ringkas itu mendorong kepala dia berpusing seratus lapan puluh darjah ke belakang. "Dating sampai kena bawak bekal baju?"

Selitan bucu tuala pada atas pinggul dikemaskan. Mengesat baki titisan air pada tubuh dengan tuala lagi satu, Luhan menapak ke arah Jiwon. "Sebab... kita tak balik rumah malam ni." Satu ciuman ringkas didaratkan pada sisi kepala Jiwon sebelum dia melabuhkan tubuh di atas tilam, bersebelahan dengan Jiwon.

Pergerakan tangan yang sedang melipat beberapa helai baju, terhenti. Kening terjungkit sebelah, Jiwon memandang Luhan dengan riak muka hairan. "We are having a very romantic mini-vacation that will require you to stay somewhere overnight with me, baby. Any objections?"

Mercerna apa yang diperkatakan oleh Luhan, pipi jiwon jadi merah serta merah. Bahang mula terasa disekeliling. "A very romantic-mini vacation...?"

"Yup. Why? Tak suka?"

"Suka! Sukaaa!" Menyedari keterujaan yang terlebih sebagai tindak balas, Jiwon termalu sendiri. Pejam mata rapat. Gigit bibir bawah. Kepala menunduk. Mata menerung isi-isi di dalam bagasi besar yang sudah diisi beberapa helai kelengkapan dan keperluan dia dan Luhan semasa berada di luar.

"Ish! Jangan la buat muka macam tu. You're literally torturing me with that, you know?"

"Uh?" Tersentak dengan ayat itu, Jiwon mendongak mencari mata Luhan yang ketika itu sedang merenung dia dengan satu pandangan semacam. "Buat muka macam mana?"

Sikit-sikit senyuman herot ala kucing miang dikupas oleh Luhan. Perlahan-lahan tangan kanan diletak pada lutut Jiwon yang terdedah, merayap naik ke atas paha, melingkar dibahagian pinggang dan dikunci di situ. Abaikan riaksi Jiwon yang sedang tergaman dahsyat, dia bawa pula tangan kiri naik ke belakang leher jinjang Jiwon. Juga dikunci kejap pegangannya di situ lalu dengan berhati-hati dan hanya sekali tarikan dibuat, tubuh Jiwon kini sudah berada di atas tubuh separa bogelnya.

"Urgh, Luhan! Jangan nak miang sangat boleh tak? Don't try anything funny. Lepaslah! Why don't you just let me finish packing up our stuff and getting ready for our vacation?"

Jiwon yang berusaha untuk melepaskan diri dari rangkulan Luhan, dimatikan pergerakkannya. Kedua-dua tangan melingkar dipinggang Jiwon. Kedua-dua kaki juga melilit di belakang pelipat lutut isterinya itu. "Omo! Aku memang dah berniat nak lepas pun tapi tangan dengan kaki aku taknak bagi kerjasama. Dah tu caner?"

Jiwon guling biji mata. Merengus separa keras juga dalam masa yang sama masih berusaha untuk merungkai pelukan Luhan pada tubuhnya.

Cup! Satu ciuman mendarat pada dahi Jiwon.

Cup! Satu lagi ciuman dilekat pada pipi kanan Jiwon.

Cup! Tak berhenti hanya di sebelah pipi, pipi lagi satu juga disasarkan.

Cup!

"Luhannnnn..." Meronta-ronta Jiwon di atas badan Luhan. Luhan yang sedang mencium puncak hidungnya, ditolak wajah kacak lelaki itu. Banyak cara yang cuba dibuat, tapi dia tetap juga gagal melepaskan diri.

"Omo! Bibir aku pun taknak bagi kerjasama jugak. Dah tu?"

"Ingat kelakar ah tu!" Penat meronta, Jiwon kini menghentikan perbuatannya. Tinggal diam di atas badan Luhan dengan melabuhkan kepalanya pada dada si suami. Kehangatan tubuh Luhan yang tak berbaju menyalur dikulitnya dirasakan amat selesa. Pelukan Luhan juga buatkan dia rasa selamat.

Yang sebenar dan sejujurnya, dia bukan tak suka akan perbuatan Luhan itu. Tapi dia risau akan satu hal. Kalau-kalau nanti penyakit miang Luhan akan berjangkit dengan dia pula. Sebab makin lama makin dibiar, dia pun dah rasa tak kuat. Dah rasa semacam! Dah tu, bila masanya mereka nak bergerak pergi laksanakan mini vacation yang dijanjikan oleh Luhan itu?

"Tak kelakar ke?"

"Tak langsung!"

"Kalau macam tu..."

"Uh-oh!"

Jiwon hilang suara sebaik saja Luhan mengubah posisi mereka secara tiba-tiba. Kini Luhan pula yang berada di atas badan dia. Tak cukup dengan itu, kedua-dua tangannya digenggam erat oleh tangan lelaki itu dengan menyelit erat jari jemarinya dicelah jari jemari Jiwon.

Membawa kedua-dua tangan Jiwon di sisi kana kanan dan kiri kepala si isteri, Luhan mendekatkan jarak muka mereka. "...let's do something fun right now, shall we?" Bisikan sensual itu tak mengizinkan Jiwon mengejipkan mata walaupun sekali.

Debaran mula memukul dada. Denyutan jantung mula buat hal. Dah tak seiya dan sekata. Senyuman menggoda Luhan mula buat dia rasa susah nak bernafas.

"Shall we?" Sekali lagi soalan itu dilontar oleh Luhan seusai dia menemukan kedua-dua dahi mereka. Juga dengan nada yang sama.

Telan liur walaupun rasa payah. Puncak hidung dia kini sudah bertemu dengan puncak hidung Luhan. "Yes or no?"

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat!

Okey, hanya lima saat saja masa yang diambil oleh Jiwon untuk menahan diri dari memagut bibir merah Luhan. Dan tak sampai setengah saat masa yang diambil oleh Luhan untuk membalas ciuman panas itu.

Dan lepas tu...

*****

#Dan lepastu tak sampai suku saat, Ifti pun pengsan lepas atuk ketuk kepala dia dengan tongkat sakti sebab buat babak sakai seperti ini lagi. Sila padankan muka dia! Buuuuu! 😂😂

#Maaflah kalau ada yang annoyed dengan aksi tak senonoh LuWon.😎😎

#Maaflah kalau chapter ini hambar berganda.

#Awak-awak, ermm... sebenarnya kan ff ni dengan ff Yixing dilamar oleh dua publisher untuk dibuat manuskrip, untuk dipublish ke versi cetak. Dan akak dicadangkan untuk tak habiskan cerita ini di sini, menokok tambah cerita, menukar watak-watak kat dalam ni kepada nama-nama melayu. Dan ermm... akak tolak. Nak tanya, akak bodoh ke sebab tolak peluang? Bukan apa, akak rasa macam tak mampu pulak nak buat manuskrip secara serius. Lagipun cerita-cerita akak merapu ya amat! Dan akak pun tak pernah terfikir nak menulis secara serius. Sebab akak tahu akak takde kelebihan ke arah itu. Setakat merepek tu boleh la. Tapi kalau nak ke versi cetak... itu kena fikir dalam-dalam. Ermm... Sekali lagi... akak bodoh eh? 😂😂

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now