🤵Bab 24👰

791 70 0
                                    


"SEPULUH minit sahaja!" Bentak Minseok. Ikatan apron pada pinggang dilonggarkan.

"Aku bagi kau lima minit je sebab aku taknak handle Sehun histeria kebuluran kat Cappadocia ni." Luhan pulak memintas lepas tu.

"Duh!" Yifan merengus kasar. Muka Minseok yang terpapar pada skrin smartphone Yixing dan juga muka Luhan nampak jelas pada skrin iphone dia dipandang silih berganti. "Korang ni... tak chill langsung ah. Bukan benda luar alam pun yang aku mintak."

"Cepat! Aku banyak kerja nak kena buat ni, Yifan!" Suara Minseok naik satu oktaf. Kedua-dua tangan dah bercekak pinggang.

"Iye! Aku nak cepat ah ni. But the first thing, jom kita kejut Yixing dulu."

"Eh? Mamat pipi berlubang tu belum bangun tidur lagi!??" Soalan bernada terkejut tu datang dari Luhan.

"Bukan kat Edingburgh sana dah petang ke?" Minseok mencelah lepas tu.

Tuala yang diguna untuk keringkan rambut, dia campak atas kerusi. "Tahu takpe. Dia punya tidur macam nak cover sepuluh tahun punya insomnia." Yifan ambil smartphone dan iphone dari meja solek lalu dipindahkan pada meja tepi katil. "Nampak tak? Dah macam ikan paus tersadai kat tengah-tengah pantai pun ada."

"Bhahaahahh!!!" Luhan-Minseok ketawa serentak lepas figura Yixing yang tengah nyenyak tidur secara menyembam atas katil muncul di skrin.

Belakang Yixing yang tak berbaju nampaknya sangat menarik perhatian Luhan. Sampai dia tarik senyum lebar sebelum keluarkan pujian yang bakal buat dua orang lagi kawan berdarah telinga. "Wow! He looks so hot! His body is great! His hips just-"

"Stop it Luhan!" Yifan terus menjerit ala-ala histeria bila Luhan dah keluarkan aura gay dia.

"Euwww ah kau ni!" Minseok sama naik histeria macam Yifan.

"Apehal pulak nak euwww kan aku? Aku cakap benda betul apa. Tapi serius wei. Aku baru perasan Yixing macam dah makin sado lately. Celah bila dia pergi gym? Yifan. Cuba kau pusing badan dia. Aku nak tengok abs abam Icing."

"The fu*k, Luhan! The fu*k!!!" Nak bergegar bangunan dengan tempikan nyaring dari gabungan dua suara.

"Apa? Apa? Nak tengok abs je pun. Aku bukan mintak benda lain." Sambung Luhan dengan muka selamba.

Yifan rapatkan muka dengan skrin smartphone. Dengan kening hampir bersambung, muka naga dia terserlah. "Yah Luhan! Kau dah kenapa setaaannn!!!?"

"Kenapa apanya? Gay memang macam ni pun kan?"

"Geli lah, gilaaaa!!!"

"Hahahah!!!" Luhan ketawa terbahak dengan reaksi maha menyampah dari dua lelaki tu. "Okey. Serius. Cepat ah kejut Yixing. Aku Aku nak keluar makan kejap lagi."

Yifan masih dipancari dengan riak jelik di muka, bergerak ke arah katil. "Yixing. Bangun!"

Tak bergerak.

"Yah, Yixing! Ba-nguunnnn!!!"

Pun macam tu. Badan doktor pakar bedah tu tak bergerak-gerak langsung. Tidur mati jenis yang macam apa entah!

"Wake up!!!" Yifan gunakan separuh tenaga dengan menggoncang kuat badan Yixing yang tak berbaju tu.

"Urghh!"

"Tahniah." Ucapan itu datang serentak dari dua orang manusia yang muka mereka terpapar pada skrin smartphone bila Yixing dah mula bagi tindak balas.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now