🤵Bab 51👰

907 71 3
                                    

KNOCK! Knock! Knock!

Itu bunyi ketukan pada muka pintu almari. Ketukan yang dihasilkan oleh Luhan sejak tadi.

"Keluar."

"Taknak!" Jeritan Jiwon sayu-sayu kedengaran.

"Keluar, Jiwon."

"Taknak!! Hikks! Hikks!" Esakkan Jiwon makin kuat.

Dan itu mendorong Luhan makin dihimpit dengan rasa bersalah. "Aku tak nampak apa-apa pun. Percayalah." Suara Luhan lembut, memujuk.

"Tipu!!"

Pemegang pintu almari digenggam, cuba ditarik perlahan. Masih tak dapat dibuka. Tarikan dari dalam sana sangat kuat. Tapi itu tak bermaksud yang dia lemah. Boleh saja kalau dia guna tenaga jantan masa main tarik menarik pintu dengan Jiwon dan semestinya Luhan yang akan menang.

Tapi itulah, sengaja dia buat-buat lemah. Sengaja dia biar Jiwon menang. Kang kalau dia yang menang benda lain pulak yang jadi. Ermm...

Tadi tu, lepas peristiwa di mana tuala Jiwon melurut jatuh ke bawah, Luhan diserang dengan penyakit stroke sementara. Tercengang dan terkedu tanpa mengeluarkan sebarang bunyi ditempat dia sambil menerima jeritan maha bingit dari Jiwon yang beraksi seperti sedang terserempak dengan keliwon di malam Jumaat. Sepantas kilat dia tunduk mencapai tuala yang berada di atas lantai seraya menarik salah satu dari pintu almari dan meloloskan diri ke dalam. Ruang besar dan juga kosong tanpa sebarang pakaian, memuatkan tubuh dia sepenuhnya di situ.

Dah dekat lima belas minit kat dalam, Jiwon belum tunjuk tanda untuk keluar. Dan itu buatkan Luhan tak boleh nak rasa tenang.

Pap!

"Ah!" Dia mengaduh selepas melempang pipi sendiri. Bajet tadi tu nak lempang perlahan saja. Tapi tenaga dia nampaknya bukan kepalang. Seraya menggosok pipi kiri yang sudah merah, dia hentak pula kepada pada laci tingkat tiga pada almari itu.

Buk! Buk! Buk!

Sakit pun sakitlah. Luhan taknak peduli. Memang pun dia mahu rasa sakit. Sekurang-kurangnya dia boleh jadikan aktiviti hentakkan dahi sendiri sehingga menghasilkan kesakitan itu akan mengalih tumpuan otak dia. Kononnyalah kan.

Luhan pejam mata. Dia cuba buang jauh-jauh perkara yang sedang berlegar dalam kepala sekarang ni. Perkara yang tak sepatutnya dibayangkan. Tapinya...

Haram!

Tak berjaya pun. Otak dia tak mahu bagi kerjasama. Yang tak boleh blah tu, hati pun seperti menyokong padu tindakan otak untuk terus memikirkan benda yang bukan-bukan.

Luhan tarik nafas berat seraya menyembamkan muka pada permukaan pintu almari yang diperbuat daripada kayu jati itu. "Jiwon... Kau sampai bila nak berkurung kat dalam tu?"

"Sampai aku betul-betul percaya yang kau tak nampak apa-apa tadi." Suara serak Jiwon membalas.

Luhan pejam mata tiga saat. "Sumpah, Jiwon! Aku memang tak nampak apa-apa! Gelap gelita kot. Lampu bilik tak pasang pun tadi tu kan?"

"Tapi lampu bilik air menyala!"

Luhan picit dahi. Sebal bila Jiwon masih berdegil tak mahu percayakan dia. Dah berpuluh kali dia tegaskan yang dia memang tak nampak apa-apa pun. Memanglah ada cahaya dari lampu bilik air. Tapi tahap kecerahan cahaya tu tak menolong dia langsung untuk melihat dengan jelas apa yang tak sepatutnya dilihat. Yang dia nampak hanya bentuk dan lekuk tubuh badan Jiwon saja. Itu pun secara samar. Tidak ketara jelas langsung pada pandangan mata kasar dia.

Luhan mengeluh lemah. Dia dah hilang idea untuk terus pujuk Jiwon supaya keluar dari situ. Memikirkan tubuh isterinya itu diselubung dengan sehelai tuala nipis dan pendek, dia jadi tak betah. Perasaan aneh semacam yang menyelubungi diri dia sekarang ni ditolak jauh-jauh dan digantikan dengan rasa risau. Mananya tak risau? Dia yang pakai sweater pun masih terasa sejuk sampai ke tulang sum-sum. Apatah lagi Jiwon yang berada dalam keadaan macam tu.

Tiga puluh minit masa berlalu. Luhan yang sudah melipat sila di atas katil, menegakkan tubuh.

"Jiwon. Kau tak sejuk ke?" Tanya dia agak kuat, selarikan suara dengan jarak kedudukan dia dan Jiwon sekarang ni.

Diam.

"Kau taknak pakai baju ke?"

Puan diam.

"Yah Xi Jiwon. Dah dekat satu jam kau kat dalam. Bila nak keluar?"

Kali ini pun dia tak terima sebarang tindak balas dari Jiwon, Luhan mula dihuni rasa risau. Dia mula terfikir perkara yang sadis. Jangan-jangan Jiwon pengsan. Tak pun dah mati kejung kat dalam tu.

Membayangkan itu, Luhan terus turun dari katil dan menerpa ke arah almari baju. Dahi dia berkerut hairan sebaik saja pintu dalam dibuka dengan mudah. Tidak ditarik dari dalam seperti tadi.

Sebaik saja pintu almari terbuka, tubuh Jiwon yang sedang merekot dalam posisi duduk bersandar pada dinding almari, samar-samar menjamah ruang matanya.

Dua jari diletak di bawah hidung Jiwon. Satu helaan nafas lega terhasil dari bibir Luhan setelah dia pasti yang Jiwon masih bernafas. Perempuan itu sedang tidur sambil menghasilkan dengkuran halus.

Pintu almari ditolak luas. Dengan mata yang masih tak diubah dari menatap Jiwon, Luhan merendahkan tubuh bertinggung di hadapan almari.

Rapatkan diri pada Jiwon, rambut yang menutupi wajah isterinya itu diselak ke belakang."Kau memang betul-betul degil kan?" Omel Luhan, menggelengkan kepala. Melihat keadaan Jiwon seperti itu, hati dia jadi hiba. Air mata yang masih berbaki di pipi Jiwon, dikesat dengan ibu jari. Kemudian, tangan kanan diselit di belakang leher Jiwon dan sebelah lagi diselit bawah pelipat kaki si isteri. Dicempung tubuh itu dan diangkat keluar dari almari menuju ke arah katil. Dengan berhati-hati Jiwon yang sedang nyenyak tidur itu diletak atas tilam empuk.

Luhan menyelimut tubuh terdedah itu dengan comforter tebal dulu sementara dia berlalu ke arah almari kembali untuk mendapatkan gaun tidur Jiwon yang dari dalam laci. Menuju semula ke arah Jiwon, gaun tidur di tangan, dipakaikan pada badan Jiwon. Selesai membetulkan gaun kain cotton warna pink yang labuhnya pada paras betis Jiwon, Luhan menarik keluar tuala dari dalam gaun Jiwon dan menyelimut semula tubuh kaku itu.

Dengan bantuan cahaya lampu dari dalam bilik air yang memantul ke arah katil, membolehkan Luhan memerhati seluruh wajah Jiwon. Perhati dengan pandangan yang punya seribu satu rasa.

Anak rambut isterinya itu dikuis perlahan. Satu keluhan dihela untuk yang kesekian kali. "Kenapa kau selalu buat aku risau? Perasaan-perasaan pelik ini, kenapa kerap muncul bila aku dengan kau? Kenapa aku boleh ada rasa macam ni? What have you done to me, Jiwon? Apa aku perlu buat dengan kau? What kind of feeling is this? What is happening to me?"Lama dia merenung dahi Jiwon sebelum dia menundukkan muka untuk meletakkan satu ciuman pada dahi Jiwon. Dibiar beberapa saat bibirnya mendarat di permukaan kulit mulus itu sebelum Luhan menjauhkan kembali mukanya. Pipi Jiwon dielus dengan ibu jari seketika."Good night, babe." Ucap dia perlahan, sebelum berpaling untuk berlalu pergi.

Pergerakkan dia mati bila terasa pergelangan tangan kanan dia digenggam. Luhan menoleh semula ke belakang dengan muka tergamam. Jiwon yang sudah mencelikkan mata kini sedang memandang dia. "Aku sejuk. Peluk aku boleh?"

*****

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now