🤵Bab 40👰

903 72 0
                                    

KELUAR dari bilik air, Jiwon menggeleng kepala seraya mengguling biji mata bila melihat Luhan masih nyenyak dilamun mimpi. Semalam suaminya itu dah berjanji nak bawa dia pergi jalan-jalan. Beriya dia disuruh untuk bangun awal dan bersiap sedia. Kata Luhan, tepat pukul tujuh lagi mereka akan bergerak. Tapi kalau dah macam ni punya cara, entah-entah pukul lapan pun belum tentu.

Rambut yang masih basah dia keringkan dengan tuala. Bergerak ke arah Luhan sebelum menghenyakkan punggung dia di hujung katil. Bahu Luhan disentuh perlahan. "Luhan. Dah pukul enam empat puluh dah. Bangun ah. Kau kata nak gerak pukul tujuh."

Luhan tak berikan sebarang tindak balas. Lelaki iti masih sedap berdengkur halus.

"Luhan!" Suara Jiwon naik satu oktaf. Bahu Luhan digoncang-goncang.

Pun tak ada sebarang pergerakkan. Rasa geram dan bengang mula bergelora dalam dada. "Yah! Kau tak payah nak tidur mati sangat boleh tak? Aku dah siap mandi, pakai baju cantik-cantik macam ni, kau boleh kejung kat atas katil lagi. Bangunlah Luhan!" Jeda nak dekat setengah minit, Luhan tetap macam tu jugak. Jiwon menghela nafas kasar. "Kau taknak bangun sudah! Aku nak ajak Hyungsik oppa pergi pekan!"

Luhan yang sebenarnya sedang buat-buat tidur terasa bagai disambar petir satu badan. Mata dicelik serta merta. Jiwon yang dah berkira nak bangun dari katil, direntap tangan.Mencerun mata sembab-baru-bangun-tidurnya merenung mata Jiwon. "Kau cakap apa tadi? Cuba ulang sekali lagi."

Rasa terkejut ditarik tanpa amaran oleh Luhan kian reda. Tangan si suami yang sedang melekat kejap pada pergelangan tangan kanannya, dirungkai dengan sepenuh tenaga. Dan dia berjaya. Berjaya melepaskan diri dari cengkaman Luhan. Cabaran Luhan disambut dengan hati terbuka. "Aku nak ajak Hyungsik oppa pergi pekan. Kau sila sambung tidur."

"Berani kau ulang balik ayat tu?" Dalam dada dia dah menggunung dengan rasa tak suka. Tak suka dengan apa yang keluar dari bibir isterinya itu.

Kain gebar tebal yang membungkus tubuh diselak dengan kasar sebelum disepak padu jatuh ke atas lantai. Luhan bergerak turun dari katil.

Melihat lelaki tak berbaju, hanya mengenakan seluar pendek bawah lutut itu menerpa ke arah dia bagaikan drakula kelaparan, Jiwon jadi cuak. Dan dia bernasib baik disebabkan kedudukan dia sekarang hanya tiga langkah dari pintu bilik.

Tak menunggu lama, dia mengorak langkah dengan laju memulas tombol pintu dan melangkah keluar dari bilik, menuruni tangga ke tingkat bawah. Jeritan Luhan memanggil nama dia diendahkan. Yang dia tahu, dia perlu selamatkan diri. Melihat muka gerun Luhan serupa itu lepas dia menyebut nama Hyungsik, sedikit sebanyak mendorong rasa gentar hadir dalam dirinya.

Sampai di tingkat bawah, dia terus buat pusingan ke kanan. Ke arah di mana dapur rumah agam itu terletak. Sambil berjalan, dia mengocak rambut yang masih basah. Ada juga rasa menyesal sebab sebelum keluar bilik tadi tak sambar tuala sekali.

Masuk saja dalam kawasan dapur, mata menangkap kelibat auntie Meiyuan. "Morning auntie." Tegur Jiwon, mesra.

"Morning, Jiwon. Dah bangun? Awalnya. Siap lawa-lawa tu nak keluar dating dengan Luhan ke?" Balas wanita itu seraya menoleh sekilas ke belakang, menghantar selirik senyum buat Jiwon sebelum dia menyambung semula kerja dia. Kerja memotong sayur.

Jiwon tarik muka mendung bercampur kecewa. "Tak adanya nak berdating auntie. Semalam Luhan beriya janji nak bawa Jiwon pergi jalan-jalan. Suruh kita bangun dan siap awal-awal. Tapi dia sendiri yang bangun lewat. Nampak gaya macam dah tak jadi nak keluar dah."

"Kenapa pula tak jadi keluar?"

"Luhan tu la..."

"Dah kenapa dengan Luhan pulak?"

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now