🤵Bab 53👰

1.1K 105 33
                                    

BALIK awal?

Jangan merayap?

Heh! Arahan atuk itu Luhan ingkar sama sekali. Dia keluar awal pagi dalam pukul sembilan macam tu, pergi hantar Xinghua ke asrama yang jaraknya hanya memakan masa selama dua jam untuk pergi dan balik. Tapi Luhan sengaja panjangkan masa itu sehingga tepat pukul satu empat puluh lima minit malam barulah dia tunjuk muka di pintu rumah agam keluarga He.

Riak letih tertera diwajah.

Kaki terasa lemah.

Rasa macam nak tercabut segala sendi pun ada.

Macam nak terputus semua urat saraf!

Ini semua gara-gara disebabkan dia buat perkara yang agak gila. Tak agak la tapi memang gila. Dia boleh pulak pergi buat aktiviti 'merentas desa' dekat Tembok Besar China selama tujuh jam.

Gila ke tak gila macam tu?

Gila kan? Kan?

Luhan memang gila!

Tujuh jam kot!

Seorang diri!

Berlari naik turun meniti anak tangga tempat wisata yang berumur lebih dari 2000 tahun, juga menjadi ikon kebanggaan negara China itu selama masa yang lama macam tu.

Sekali lagi... Luhan memang betul-betul gila!

Tsk!

Entah apa yang merasuk kepala otak dia pun tak tahulah. Sorang diri pun boleh jadi. Dan sekarang ni, dia sedang menanggung akibat dari perbuatan gila dia tadi tu. Sudahlah tahap kelajuan yang digunakan bukan tahap biasa. Punyalah pecut macam kat kaki tu ada pasang turbo. Tak buat warm up terlebih dulu pulak tu.

Cari pasal betul!

Dan sekarang ni, dia terpaksa berjalan macam zombi mabuk laut, berpaut pada penghadang tangga, meniti naik ke atas. Keadaan dia sangat tak bermaya. Kalau ada sayap, dah lama dia terbang. Tak payah susah payah tahan sakit badan berjalan. Dan kalaulah dia ada kuasa teleport, awal-awal lagi dia dah guna. Tak perlu sakit tangan pulas stereng kereta balik rumah, dia terus saja ghaibkan diri dari tembok besar dan muncul terus kat depan pintu pagar rumah atuk.

Langkah kaki digagah juga menapak perlahan-lahan di dalam suasana gelap. Nampaknya seisi rumah sudah tidur. Tak ada siapa pun yang menyambut kepulangan dia.

Sampai di depan pintu bilik, langkah dia mati. Luhan mengeluh lemah. Sama lemah dengan kudrat dia sekarang ni. Terpacak dia di situ dengan mata tepat pada tombol pintu. Tangan dibiar tergantung depan tombol bila perasaan ragu-ragu itu hadir.
Dia tahu bilik itu berpenghuni. Dia pasti Jiwon ada kat dalam. Sebab itulah dia teragak-agak untuk buka pintu. Dia tak tahu macam mana nak hadap Jiwon. Dia tak ada kekuatan untuk bersemuka dengan isterinya itu.

Sebenarnya, pagi tadi masa dia tinggal Jiwon selepas menekankan tentang peraturan tiga meter tu, dia dengar Jiwon menyumpah seranah. Dia juga dengar Jiwon menangis. Dan itu buatkan hati dia gundah. Gundah yang dahsyat sampai tahap dia pergi buat perangai 'merentas desa' di tembok cina sana.

Heh!

Fikiran dia sangat serabut sekarang.

Hati tak tenang.

Jiwa kacau.

Dan tanpa sedar dia menghentak dahi pada permukaan pintu. Berkali-kali. Makin lama makin kuat. Juga tanpa dia sedar, perbuatannya itu rupanya telah menarik perhatian Jiwon di dalam sana. Dan beberapa saat lepas tu, pintu dibuka dari dalam.

Luhan tersentak!

Jiwon tergamam!

Maka aktiviti pandang kau-aku pun berlangsung! Hampir satu minit, Jiwon yang tak betah untuk kekal diam, terus bersuara. "Kau pergi mana?"

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now