🤵Bab 16👰

760 78 1
                                    

Lepas puas bertikam lidah, bertepuk tampar, lawan jerit depan muka kau-aku, berdolak dalih, tokok-tambah-tolak-darab-bahagi bagai, akhirnya tadaaaa... lapan pasang kaki dah berdiri di atas lantai bangunan lapangan terbang Incheon.

"Jongin-ahhhh..."

"Nope! Stop whining, dude." Rengekan Sehun dimatikan oleh Jongin. Tapak tangan dia kini betul-betul depan muka Sehun, mengisyaratkan yang dia memang dengan pendirian dia. Pendirian di mana walau selayu, sesungguh dan selembut mana pun Sehun pujuk dia ikut mereka berempat pergi Turkey, dia tetap bertegas untuk menolak.

"Seminggu tu, bestie! Seminggu! Aku nak buat apa kat sana? Kau nak aku mati kejung kebosanan ke caner ni hah?" Dahi Sehun berlapis. Dua kening hampir bertemu. Dan itu disebabkan dia tengah tarik muka masam mencuka yang teramat sangat!

Yixing buat rolling eyes dengar statement- tak-boleh-blah si adik. "Our body needs food and water to survive, Oh Sehun. A person can survive only three to five days without water. Manusia boleh mati kalau tak makan paling kurang sebulan. Tu pun ada yang boleh hidup lagi lebih dari sebulan. Kalau setakat kena stay kat Turkey tu dalam seminggu takdenya kau nak mati kejung kebosanan kat situ. Takkan Luhan hyung nak biar kau mati kat sana pulak kan?" Kan dah kena bebel setepek dengan Doktor Zhang. Segala teori pasal keperluar air dan makanan untuk manusia, dia hujah keluar depan Sehun.

"Kau jangan nak ngader buat hal taknak pergi. Banyak tau kitorang melabur untuk trip korang ni. Tolong appreciate sikit boleh tak?" Yifan dengan gaya ketenteraan dia tak pernah lupus. Jelas ada nada tegas dalam suara dia.

"Aku tak mintak pun nak pergi. Honeymoon diorang, apehal aku kena angkut sekali?" Tak puas hati! Tak puas hati! Tak puas hati! Tu yang Sehun rasakan sekarang ni. "Apehal pulak Si Jongin ni tak perlu ikut jugak? This is not fair, hyung. Totally not fair! Aiisshh... Chincaaa..." Dah geram sangat tapi tak boleh nak tarik rambut abang-abang, maka dia tarik rambut sendiri. Habis serabut rambut lembut dia.

"Aku kena tolong appa kat ofis. Kau lupa ke? Every semester breaks, kita memang kena turun padang dalam hal ofis. Kau pun takde. Minseok hyung sure busy dengan restoran dia. Kalau aku ikut korang, siapa nak tolong appa?" Jongin tepuk bahu Sehun, cuba pujuk sahabat dia yang tengah tayang muka lebih teruk dari tapir yang merajuk!

Sehun masih dengan dahi berlapisnya. Dia taknak pandang orang lain. Dia nak pandang Jongin je sekarang ni. Dalam hati dia berdoa agar Jongin akan ubah fikiran. "Kenapa tak kau je yang pergi, aku stay. Let me help appa. Deal?"

"Aku pun taknak pergi! Apehal korang paksa jugak!?"

Minseok merengus. Tak cukup dengan Sehun, Luhan jugak nak ikut memberontak. "Guys, come on. It's only a week. And please bear with it. Arasso?"

"Kalau Sehun tak pergi, Leean pun taknak pergi!"

"Yahh! Xi Leaan!!!"

"Apa? Apa? Aku tak pergi kalau kau tak pergi! Titik!"

"Apehal kau taknak pergi pulak!? Kau jangan nak..."

"Shut up you both!" Dua saat lepas tu suara guruh Yifan pun bergema.

"Hyungggg..."

"Oppaaaaa..."

"Oppa, kitorang memang kena pergi jugak ke? Boleh tak kalau taknak pergi?" Semua orang tengah fokus pada Sehun dan Leean, Jiwon ambik kesempatan tarik Yixing pergi agak jauh dari yang lain dan berbisik di telinga lelaki itu. Di antara diorang, Yixing yang paling gentle, cool dan boleh dibawa berbincang. Sebab tu lah dia pilih Yixing untuk bagitahu hasrat yang dia pendam sejak kes honeymoon ni utarakan.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now