🤵Bab 54👰

1.3K 116 156
                                    

SENYAP.

Sepi.

Jeda yang panjang.

Jiwon mahupun Luhan. Kedua-dua tak bersuara selama hampir lima minit. Masih lagi berkeadaan dimana Jiwon sedang memeluk tubuh Luhan dari belakang. Masih lagi dengan kedudukan dahi Jiwon dilekatkan pada bahu kiri Luhan. Dan masih lagi Luhan diselubungi dengan rasa tergamam yang melampau.

Tak sanggup lagi dengan kebisuan Luhan, Jiwon membuka mulut. "Luhan." Lembut suara yang digunakan ketika memanggil nama suami.

"H-hmm?" Ada aura getaran dikesan dalam nada suara Luhan. Mahunya tak kalau tiba-tiba Jiwon serang dia dengan luahan perasaan serupa itu. Tiba-tiba Jiwon peluk dia dari belakang pulak tu.

Terasa hangatnya pelukan itu.

Terasa damainya perbuatan Jiwon.

Terasa lainnya perasaan itu.

Perasaan yang semacam!

Semacam yang bukan kali pertama bagi seorang lelaki normal seperti dia rasa. Sudah banyak kali dia diserang dengan perasaan semacam itu.

"Kau... kenapa diam?"

Telan liur. "Aku... aku nak kena cakap apa?"

Pelukan dikejapkan lagi. Jari-jemari kanan menyelit erat dengan jari-jemari kiri. Jiwon dari dahi berubah kepada sisi kepala dia sandarkan pada bahu Luhan. "Say something, please...?"

Luhan telan liur. Gumaman Jiwon separa perlahan itu menampar gegendang telinga. Terasa makin laju darah melambung naik ke muka. Dikulumnya bibir bawah sambil cuba menenangkan perasaan yang makin lama makin tak tenteram. Sesungguhnya dia tak bersedia langsung dengan apa yang terjadi malam ini. Dia langsung tak menduga Jiwon akan bertindak sebegini.

"Luhan..."

Suara rengekan itu makin meresahkan hati dan perasaan. Dan itu mendorong dia untuk bertindak. Tangan Jiwon yang melingkar di pinggang dia, disentuh dengan teragak-agak. "Aku... aku nak mandi." Selesai ayat itu, dia meleraikan tautan Jiwon dan dengan kadar yang segera Luhan menapak masuk ke dalam bilik air selepas menarik tuala dari towel stand.

Pintu bilik air yang sudah ditutup rapat, direnung dengan pandangan kabur. Kabur gara-gara kelopak matanya sudah bertakung dengan air. Bibir bawah mencebik sedih. Jiwon disapa dengan rasa sayu yang melampau. Dan bila sebak sudah tak dapat dikawal lagi, esakkan mula pecah. Air mata mula merembes keluar.

"Tak guna! Dia tolak perasaan aku!? Luhan sakai-kejam-bongok!"

*****

SELESAI sesi menyegarkan diri, Luhan yang hanya bertuala paras dari pinggang ke lutut memulas tombol pintu dan melangkah keluar dengan hati yang berbunga. Pijak saja lantai luar daripada bilik air, mata dia terus menala ke arah katil bila menyangka isterinya mungkin berada di situ.

Sangkaan dia meleset. Jiwon tak ada. Bukan saja di katil tapi di mana-mana ruang bilik pun bayang Jiwon tak kelihatan. Perasan smartphone Jiwon juga tak ada, fahamlah dia yang perempuan itu sudah keluar dari bilik.

Bahu Luhan jatuh. Lesap terus 'bunga-bungaan' yang memampatkan perasaan dia tadi tu. Tak menunggu lama, dia berjalan ke arah almari pakaian. Dicapai sehelai t-shirt berkolar bulat warna hitam dan sehelai tracksuit juga warna yang sama lalu disarung dengan pantas pada tubuh yang semakin hari semakin sado itu. Sempat tangan meraba abs yang mula terbentuk di tubuh atas usaha work-out yang dia buat selama ini.

Tiga minit kemudian, dia keluar dari bilik dan menerpa bilik Leean yang berada selang dua pintu dari bilik dia. Tiba di depan pintu kayu yang dipelekat dengan sticker Hello Kitty besar gedabak itu, ketukan pun dibuat.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon