🤵Bab 26👰

712 74 0
                                    

"KAU nak apa!?" Dah penat nak tahan diri dari meledak, dah tak mampu nak kawal baran yang mula menggunung dan juga dah tak mampu nak tadah telinga dengan jeritan yang betul-betul kat lubang telinga, akhirnya Luhan mengalah.

Tak gentar langsung dengan sergahan tu, Jiwon terus tarik tangan Luhan. "Yah! Bangun ah!"

"Taknak! Jangan kacau aku tidur boleh tak?" Genggaman tangan Jiwon dekat lengan, cuba ditolak. Bila diri dia dah bebas, Luhan sembamkan muka pada bantal sebelum tarik comforter untuk selubung muka.

Jiwon merengus kasar bila usaha gigih dia sejak lima belas minit lepas masih gagal. Puas dia kejutkan Luhan tapi lelaki tu langsung taknak bangun. "Kau pun failed?" Dia toleh pada Leean di sebelah.

Riak paling putus asa dalam dunia terpapar penuh di muka Leean. Hela nafas berat seraya buat lipat sila betul-betul kat hujung kepala Sehun yang juga sedang berselubung comforter seluruh badan. "Jiwon-ah... caner ni? Diorang taknak bangun pun."

Lenguh untuk terus bertinggung, Jiwon ikut henyakkan punggung atas lantai. "Dah pukul berapa sekarang?" Rambut paras pinggang dia yang sikit serabut, dicekak dengan kedua-dua tangan sebelum disimpul menjadi sanggul.

"Empat sepuluh." Jawab Leean lepas dia tengok jam dari smartphone Sehun.

Anak rambut yang terjuntai diselit ke belakang telinga. "Semalam kau booked sesi pukul berapa?"

"Lima setengah pagi."

Diam sekejap untuk berfikir. Lima saat lepas tu, Jiwon bersuara balik. "Leean. Esok kita dah nak balik Korea. Rugi wei kalau kita lepas peluang ni."

Leean terangguk-angguk, setuju dengan kata-kata Jiwon. "Tahu takpe. Rugi namatey wei kalau kita tak pergi hari ni."

"Dan aku pun taknak rasa ralat atau menyesal kalau kita tak buat benda tu sebelum kita balik."

Leean angguk lagi seraya angkat bahu. "Dan kita pun tak tahu nak datang sini pulak bila."

"Aku rasa aku berani. Aku tak kisah pun kalau aku dengan kau je yang pergi. Kau?"

Leean rapatkan lutut ke dada. Dagu dia pacakkan pada lutut sebelum mata dibawa ke arah jiwon. "Are you sure?"

"Totally sure."

"One to ten. Berapa tahap sure kau?"

"Ten."

Dengar jumlah penuh tahap keyakinan Jiwon, mata Leean jadi besar. "Seriously, Kim Jiwon?"

"Damn serious! Now answer me, Leean. Are you in?"

Leean tak jawab dulu. Ambik sikit masa untuk berfikir. Mata dia jatuh pada dua kujur tubuh panjang dibawah comforter silih berganti. "Kalau tunggu dua ekor manusia ni, memang tak merasa ah kita."

"So...?"

"Deal. I am in!"

Papp! Jiwon- Leean buat high-five sebelum bersorak riang. "Yezzzzaaa!!"

"Hurry up! Mandi mandi!" Leean yang dah beridiri tepuk paha Jiwon sebelum menapak pergi ke arah bilik dia.

"Menurut perintah, bestie." Tangan ditampan pada lantai untuk menampung berat badan. Tapi belum sempat Jiwon nak berdiri dengan sepenuhnya, tangan kanan dia direntap. Dan dia jatuh terduduk semula. "Yah!"

Dua saat lepas Jiwon menjerit, Luhan keluarkan kepala dari comforter. Pegangan dia pada lengan Jiwon tak dilepas. "Korang nak pergi mana?" Dia sebenarnya dah terjaga pun sejak dikejutkan jiwon dengan cara tak berkeperimanusiaan tadi. Tapi dia kakukan badan tak bergerak sambil pasang telinga. Mana boleh tidur balik kalau dah Jiwon dan Leean rancak berborak dekat hujung kepala. Dah ah masing-masing suara macam guruh.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now