🤵Bab 45👰

827 70 4
                                    

"MINUM teh, ayah."

"Hmm. Letak situ dulu. Kejap lagi ayah minum."

"Baiklah." Arahan si ayah dituruti. Secawan teh herba yang masih panas, diletak atas meja batu.

"He Meiyuan."

Auntie Meiyuan tak jadi melangkah bila nama dia dipanggil oleh atuk.

"Ya, ayah...?"

"Kamu nak pergi mana? Duduk sini borak dengan aku kejap."

"Tapi Meiyuan nak kena masuk dapur kemas pinggan mangkuk yang kita makan tadi."

"Alah. Setakat nak kemas semua tu, Leean dengan Jiwon kan ada. Biarlah budak-budak tu buat. Kamu duduk sini teman ayah. Ada benda yang ayah nak tanya kamu."

Bila atuk dah berdegil, auntie Meiyuan tak ada pilihan. Dengan kadar yang perlahan, auntie mengambil tempat di kerusi kosong depan atuk. "Ayah nak bincang pasal apa?"

Diam dulu sambil marangka perkataan-perkataan yang bermain difikiran untuk dijadikan soalan. "Jujur... ayah ni garang sangat ke?"

*****

"AKU boleh gila macam ni!"

"Dah kenapa pulak?" Terus Luhan cari muka Yifan bila lelaki itu membentak tiba-tiba.

"Aku nak online Ig tak dapat duh! Apehal line sini macam sakai? Langsung tak boleh connect internet."

"Orang balik kampung relaks, santai, lepak. Kau sibuk nak online apehal? Tinggal ah kejap sehari dua menatang tu."

"Mana boleh! Aku kan public figure. Kena ah update status selalu. Kelmarin dulu aku tak sempat sebab ada photoshoot. Semalam sibuk berkemas nak datang sini. Sampai sini tak ada line pulak!"

"Aku nak hantar mesej dekat Eunhye pun tak lepas. Berpuluh kali 'resend' tapinya..." Minseok tak habiskan ayat. Smartphone yang dipegang sejak tadi, dilempar ke atas meja di depannya. Berkoyan-koyan rindu dalam dada dia buat kekasih hati yang sorang itu.

"Alah. Aku stay sini dah nak dekat seminggu dengan Jiwon, boleh je hidup tak ada internet pun."

"Sebab kau ah Yixing dengan Leean paksa kitorang datang sini. Korang memang la boleh hidup. Tapi Leean? Yixing? Teringat dekat korang macam apa je." Bahu Luhan ditumbuk Yifan.

Gigih Luhan mengelak sebelum tumbukan Yifan mendarat lagi buat kali kedua pada bahu dia. "Tu maksudnya Yixing sayang aku. Hati dia lembut tak macam korang."

Yifan buat muka. "Hati lembut ah sangat. Berjanggut si Jaehee tunggu baru dia nak balas perasaan kawan aku tu."

"Ehhh???" Kunyahan kerepek ubi pedas terhenti. "Serius ah dah berbalas???"

"Serius-sh*t!"

"Bongok!" Minseok spontan panjangkan tangan, melibas belakang kepala Yifan. "Kalau atuk dengar kau carut, semua kena nanti!"

"Kau pun baru je carut!"

"Bila masa aku carut?"

"Kau sebut bongok!" Suara Yifan dan Luhan bergema.

Minseok gigit lidah. Baru sedar yang bagi atuk, bongok, bodoh, bahlul, bengong pun sejenis carutan yang tak patut disebut. Pernah dulu masa kecik, dia bergaduh dengan Luhan dan mengeluarkan perkataan 'bodoh', dia kena ikat dekat pokok dari pagi sampai ke petang.

Mengenangkan hal itu, Minseok terus tampar bibir sendiri. Mata melilau mencari bayang atuk. Nasib baik tak ada. "Caner aku boleh tersebut?"

"Sebab mulut tu dah biasa." Bebel Yifan.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now