🤵Bab 50👰

931 69 6
                                    

"OPPA, nak paku."

"Oppa, mintak hammer."

"Oppa, potong papan."

"Oppa, bak pita ukur."

"Oppa, gangnam style satu!"

"BHAHAHAHAHAHHH!!!"

"Diam lah, setan-setan!" Akhirnya setelah lama gagahkan diri dibahan oleh lima kepala, luhan dah tak mampu nak bajet cool lagi. Sungguh dia tak boleh nak berlagak seperti ayat-ayat provok tu masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri macam tu saja.

"Lerr...lerr... kau sawan apehal? Aku maksudkan Minseok." Yifan menyiku lengan Luhan yang bertinggung di sebelah dia. "Nak paku tu Minseok Oopp-ppa." Bunyi 'pa' tu disertai dengan satu bunyi 'pop'. Ya, Yifan memang sengaja cari pasal.

"Alaa... tangan oppa pendek. Sehunnie, tangan kau panjang kan? Bagi bekas paku dekat Yifan opp-ppa." Pun sama macam Yifan. Minseok jugak ada sertakan bunyi 'pop' itu.

"Alaaa... tangan Cehun pun tak panjang mana. Jongin oppa pleashhuuu..." Suara Sehun sengaja dipelatkan.

"Bhahahahahahhh!!!"

Yixing yang menjadi pemerhati hanya letakkan diri di sebelah, tak mahu masuk campur. Cukuplah dia cuma menyumbang suara dalam gelak ketawa secara berjemaah.

Nampaknya mereka tak jemu menyakat Luhan. Makin merah muka cucu kesayangan atuk He itu, makin kencang mereka membahan. Jiwon mengalah paling awal. Malas layan telatah sewel lelaki-lelaki itu, dia terus angkat kaki masuk ke dalam rumah.

Prakk!

Bunyi papan yang dicampak ke atas tanah dengan kasar oleh Luhan. "Jangan cakap dengan aku sampai esok pagi!" Bentak Luhan bersama muka ketat yang tak dibuat-buat. Serius dia betul marahkan mereka. Marah yang bukan main-main. Marah bercampur dengan malu yang sebenanrnya.

Tilikan lama dibuat pada muka Luhan. Satu pun tak ada tanda yang lelaki itu bergurau. Minseok beranikan diri meletak tangan pada bahu Luhan. "Yah Luhan..."

"Tak! Sampai esok malam!"

"Luhan-ah..." Yifan telan liur. Mula rasa bersalah. Kasar sangat ke gurauan mereka tu?

Giliran penukul pula dilemar ke atas tanah. Apron yang dia pakai untuk menghalang habuk papan melekat pada baju, ditanggal dan dibaling pada Yifan.

"Luh-"

"Diam!"

Tercengang dahsyat Yixing bila dia tahu dia tak join yang lain 'oppa'kan Luhan tapi dia pula yang ditengking.

"Kau! Jangan cakap dengan aku sampai lusa!"

Tundingan jari Luhan yang dekat pada puncak hidungnya, buatkan biji mata Yifan jadi juling. "Wei! Apa pulak!? Diorang sampai esok pagi je. Kenapa aku lusa?"

"Sebab kau paling setan antara semua!"

"Ini tidak adil!" Yifan hentak kaki, protes.

"Nak adil pergi makan bergedil!"Dan lepas tu Luhan terus menonong berlalu dari situ, meninggalkan kawan-kawan dia dengan muka terpana.

"Dia dah kenapa?" Setelah bayang Luhan hilang dari pandangan, soalan itu yang keluar dari bibir Yixing.

"Entah. Kena sampuk dengan hantu ayam kot."

"Banyak ah kau hantu ayam! Tak seram langsung siot." Yifan buat muka. "Mungkin dia period."

"Bongok! Itu lagi sakai." Minseok campak serpihan papan pada Yifan.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now