🤵Bab 41👰

797 71 1
                                    

PAPP!

Spontan dia tampar betis yang terdedah bila seekor nyamuk hinggap di situ.

Papp!

Tamparan kedua dibuat setelah target dia pada nyamuk yang sama tersasar.

Papp!

"Hah! Mampos kau kat situ! Padan muka!" Suara Jiwon keluar dari celahan gigi yang diketap geram. Geram pada seekor nyamuk yang sejak tadi mencuri darah dia tanpa ada rasa belas. Dan akhirnya dia boleh bahagia kembali bila nyamuk degil itu berjaya dibunuh.

"Dah tahu nak datang ladang teh, tak reti nak pakai seluar panjang siapa suruh?"

Oh, bahagia dia tak lama mana pun. Hanya sempat berlangsung selama lima saat. Lepas kemunculan atuk secara tiba-tiba dari belakang, kebahagian Jiwon terus diragut pergi begitu sahaja.

"Err.. erm..." Biasa. Tabiat yang biasa dia akan buat semasa berdepan dengan atuk. Gugup dan terkulat-kulat.

Overall-short-denim yang tersarung pada tubuh bersama t-shirt lengan panjang di dalamnya, ditunduk pandang sekilas. Tujuan dia mengenakan pakaian macam ni sebab kononnya nak keluar jalan-jalan dengan Luhan. Tapinya hampeh. Jalan-jalan tak jadi, yang jadi dia akhirnya berada di sini dengan atuk. Sebenarnya tadi tu ada jugak terlintas niat nak salin baju tapinya bila tengok orang tua tu macam kalut sangat sampai nak sarapan pagi dekat rumah pun tak sempat, jadi Jiwon terpaksa batalkan niat dia tu.

"Kheng." Suara atuk kedengaran lagi selepas itu, memanggil salah seorang dari tiga orang pekerja ladang yang menyambut kedatangan dia dan Jiwon.

"Ya, tuan." Terkocoh-kocoh lelaki tinggi lampai berbadan agak gempal itu meluru dari belakang dan berdiri di depan atuk.

"Kamu ada seluar lebih? Seluar panjang." Tanya atuk. Memandangkan rumah pekerjanya itu yang paling dekat dengan ladang, jadi atuk bajet Kehng boleh selesaikan masalah ini.

Erk! Jiwon rasa macam kena cekik tiba-tiba. Dah kenapa atuk tanya seluar dekat abang sado tu pulak? Takkan nak bagi aku pakai?

"Err... seluar lebih tak ada, tuan. Semua dah pakai. Tunggu weekend baru saya sempat hantar dobi. Yang saya pakai ni pun dah masuk hari ke tiga." Maklum Kheng, jujur. Menyengih lebar dia sambil membetulkan seluar yang dipakai sekarang.

Atuk menggeleng kepala seraya merengus. "Itulah kamu. Aku suruh kahwin taknak. Dah ada bini terurus sikitlah hidup kamu. Ada orang tolong jaga makan minum. Tak payah nak lepak mamak buang duit. Dah la kedai mamak sekarang jenis cekik darah. Tak GST pun harga dah dahsyat. Inikan pulak lepas tambah GST. Baju tu... tak payah nak tunggu hujung minggu baru nak cuci hantar dobi bagai. Ada bini nanti dia lah yang tolong cucikan. Kamu degil. Aku kenenkan dengan cucu angkat aku si Xinghua, kamu tolak. Budak tu bukannya buruk pun. Boleh tahan lawa. Memanglah tak lawa macam Kim Taehee bini si Rain tu. Tapi, manis dia ada. Comel pun comel. Yang penting budi bahasa tu tiptop. Boleh buat kerja rumah. Sopan santun. Hormat orang tua. Kalau kamu taknak, aku nak buat dia jadi cucu menantu aku. Aku berkenan sangat dekat budak tu. Kalau dibuat cucu menantu-"

"Ada tuan, ada!" Bila atuk dah mula merepek ke tahap yang lagi jauh, terus Kheng mencelah. Sambil-sambil tu dia mengerling muka Jiwon yang dah berubah riak di belakang atuk. Nampak sedih dan sendur saja perempuan itu.

Dua pekerja lain, Longpeng dan Yunhuai yang turut mendengar bebelan atuk juga dah lain muka. Masing-masing cuba menoleh tempat lain dari merenung muka sedih Jiwon. Berlakon kononnya mereka tak dengar apa yang apa yang diperkatakan oleh atuk tadi. Punyalah nak menjaga hati isteri tuan muda Luhan mereka.

"Apa yang ada?"

"Saya rasa macam ada seluar lebih untuk puan muda Jiwon."

"Tadi kamu cakap tak ada." Pandangan mata atuk mencerun.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now