🤵Bab 30👰

948 77 10
                                    

"HUWAAAAA!!!!" Raungan dia makin tinggi bila mata dia terpandang majalah yang dia lempar atas katil tadi. "Aku benci semua fakta dalam majalah tu! Aku benci penulis dia! Aku benci penerbit majalah tu! Aku benci orang kedai yang jual majalah tu kat aku! Aku benci Sehun dengan Jongin yang berhenti isi petrol dekat stesen minyak hari tu. Kalau diorang tak berhenti dekat situ aku mesti tak beli majalah tak guna tu kat situ. Kalau aku tak beli mesti aku tak perlu rasa macam ni. Aku tak suka rasa ni! Aku benci! I hate these feelings! Aku benci perasaan ni. Aku benci! Aku benciiiii!!!!!"

Klik!

"Uh-oh!?" Panggilan yang dimatikan secara tiba-tiba dari orang seberang sana tu buatkan Luhan terkedu. Smartphone dijauhkan dari telinga. Skrin yang dah gelap dia pandang dengan mata tak berkelip langsung.

Rasa terkejut dan tersentak dari amukan puaka Jiwon masih berbaki. Dia jadi keliru. Bingung pun ada. Dah kenapa dengan isteri dia tu? Kena sampuk hantu ke? Atau jin tanah? Tak pun bunian? "Bukan! Aku rasa saka singa yang dah menghasut dia. Haih! Risau pulak aku bila dia meroyan macam tu." Dia mengomel sendiri. Bila hati dihambat risau yang hebat, dia bertindak mendial semula nombor Jiwon. Tapi panggilan dia tak dijawab. Cubaan kali kedua pun sama. Ketiga... masih tak berjawab. "Haih! Chincaaa... Budak singa tu jangan ah dia buat benda bukan-bukan!"

Teringat akan Leean, cepat-cepat dia menelefon adiknya itu. Tak lama pun dia kena tunggu sebab belum masuk deringan ke dua, panggilan dia dijawab. "Leean. Jiwon mana?"

"It's me, hyung. Leean tengah naik bukit sekarang."

"Uh? Naik bukit?" Makluman dari dari Sehun tu, buatkan dahi dia berkerut.

"Duh!" Sehun gigit bibir. Terasa bengong pulak tiba-tiba. Mananya Luhan tak pelik kalau kenyataan dia tak lengkap. "Budak tu tengah hadap test JPJ sekarang ni, hyung. So, fon dia aku pegang."

"Oh. Kau ni pun cakap bagi ah bagi habis. Tak ada angin tak ada ribut tetiba adik aku tu nak panjang bukit buat apa? Tebiat sangat tu." Sempat lagi dia mengutuk Leean yang dia tahu sangat malas nak buat sebarang aktiviti mengeluarkan peluh. "Panggil Jiwon kejap."

"Jiwon takde dengan kitorang."

"Takde!? Dah tu dia ada mana?"

"Rumah."

Makin besar mata Luhan masa ni. "Yah! Apehal kau tinggal Jiwon sorang-sorang? Nak berdating pun bawak ah bini aku sekali. Yang korang pergi tinggal dia kenapa? Nak bahagia berdua je pun agak-agak ah. Gamak korang buang-sisih-palaukan dia. Yah! Kau pergi balik ambik bini aku sekarang! Jangan biar dia sorang-sorang macam tu!"

Sehun yang tak bersedia untuk terima jerkahan gila kuat dari Luhan, hampir saja nak terlentang kerusi ke belakang. Nasib baik dia cepat kukuhkan kaki pada lantai. Walaupun smartphone sudah dijarakkan dari telinga, masih lagi suara Luhan atau lebih tepat tempikkan Luhan bergema pada corong speaker gajet itu. Sedar bahawa dia kini menjadi tumpuan empat lima orang yang berada di sekeliling dia dalam ruang menunggu, Sehun bergegas keluar dari situ.

"Yah! Sehun! Are you there? Sehun! Oh Sehunnn!!!"

"I'm still here. Hyung... keep your voice down, will you? Aku tak pekak, harap maklum." Sehun buat muka dengan gelagat Luhan yang entah apa-apa tu. "Dan jangan nak fitnah melulu. Satu. She's not alone. Kan ada ajumma kat rumah korang?" Sehun maksudkan orang gaji rumah Luhan. "Dua. Dia yang taknak ikut. Bukan kitorang buang-sisih-palaukan dia." Biji mata diguling dengan rasa menyampah. "Tiga. Nak balik ambik BINI kau macam mana kalau dari mula dia beriya taknak ikut. Nak lepak rumah katanya." Saja Sehun tekankan perkataan 'bini' tu. "Empat. Ini paling fitnah! Bila masa pulak aku dating berdua dengan Leean!? Apa ingat aku takde kerja lain ke? Ini pun sebab Jiwon tarik diri, nak taknak aku yang kena temankan budak tu. Fitnah tahap teruk! Dan yang kelima... Serius, ini memang sangat pelik. Apehal kau cuak sampai macam ni sekali, hyung?"

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now