🤵Bab 60👰

1.4K 106 212
                                    

#Warning! Luhan-miang-mode : ON!

***

"DUDUK diam-diam kat situ! Jangan bergerak!" Arahan tegas itu diutarakan seraya tubuh Luhan didudukkan dengan kasar pada satu kerusi di meja makan.

Pasti akan keakuran Luhan, Jiwon membuka tudung saji. Tiga mangkuk besar yang mengandungi tiga jenis makanan berbeza dipandang sekilas. "Hm. Nak makan apa? Nasi goreng, mi goreng atau roti bakar?" Tanpa menoleh ke arah Luhan, dia menyoal. Dengan nada yang sangat tak mesra alam. Bukan apa, sengaja dia mahu Luhan tahu yang dia sedang marah dengan lelaki itu.

Dipanggil nyamuk gila oleh suami sendiri tu ingat best ke? Rasa macam nak saja dia tenyeh mulut Luhan dengan lesung batu auntie Meiyuan. Tapi mengenangkan mereka berada di rumah atuk, dia cuba bawa bersabar.

Karang kalau dia tenyeh Luhan dengan lesung batu, peratusan dia pula akan kena tenyeh dengan atuk itu adalah besar. Lagipun dalam hati dah bercambah rasa sayang terhadap suami. Jadi, dia tak tergamak untuk buat lubang besar di muka kacak Luhan.

Luhan tak menjawab soalan Jiwon. Digerak tubuh secara perlahan menyenget ke arah Jiwon, belakang t-shirt si isteri dipegang dengan hujung jari. Digentel dan ditarik perlahan material itu.

"Ish!" Tangan Luhan ditepis kasar. "Orang tanya ni nak makan apa? Jawablah!"

Sebelah kanan pinggir bibir Luhan terjungkit tinggi. Walaupun tangan ditepis, Luhan masih tak lut. Dengan selamba dia menggenggam hujung t-shirt Jiwon lagi sekali. "Nak makan Xi Jiwon boleh tak?"

Jiwon mengguling biji mata. Tarik nafas dan lepas deras. Menoleh ke belakang bersama tampalan senyuman tak berperisa pada wajah, mata Luhan dicari. "Boleh. Tapi kau kena pilih tiga pilihan bahagian Xi Jiwon yang kau nak makan."

Muka Luhan terpancar dengan cahaya kebahagian yang tak terkira lepas dengar Jiwon cakap macam tu. "Boleh pilih tiga bahagian eh? Kalau macam tu aku pilih bahagian-"

"Siku, lutut dan tapak kaki!" Dapat baca apa yang sedang berkeliaran dalam minda kotor Luhan, laju Jiwon menitipkan pilihan yang dia atur buat Luhan itu. "Tu je pilihan yang ada!"

Bahu Luhan jatuh. Cahaya kebahagian yang terpancar pada muka hilang serta merta. Berganti dengan riak kelam. Hanya lima saat. Senyuman yang hilang kini datang semula. Kerusi disorong ke belakang lalu tangan Jiwon ditarik dan didudukkan atas ribanya. Bibir didekatkan pada cuping telinga Jiwon. Satu bisikan lembut dibuat. "Nak makan bahagian lain tak boleh ke?"

Jiwon tergamam dan ternganga. Kelip-kelip matanya merenung Luhan. Disebabkan perbuatan lelaki itu langsung tak dijangka, jadi dia tak melakukan sebarang persediaan untuk membolehkan dia terlepas dari rangkulan Luhan.

Saat cuping telinganya digigit, kornea matanya terasa macam nak terkeluar. Pengepaman jantung jadi tak sekata. Bagai nak luruh dari tangkai. Air liur ditelan dua kali.

Jauhkan muka dari telinga Jiwon, pandangannya jatuh pada muka pucat lesi si isteri. Pucat sampaikan dia berani jamin kalau ditoreh dengan pisau sekali pun, pasti tak ada darah yang merecik keluar. Dan ianya disebabkan oleh sistem peredaran darah Jiwon kini diganggu pengalirannnya dimana, sistem kardiovaskular tidak membenarkan darah untuk beredar dan mengangkut nutrien dengan sempurna.

Luhan melebarkan senyum. Reaksi Jiwon itu membuatkan dia makin suka. Wajahnya didorong lagi makin mendekat, sengaja mahu mengusik.

Melihat Luhan yang makin menghampiri, Jiwon cepat-cepat naikkan tangan menahan. Sepuluh jari jemarinya melekat pada dada Luhan demi mengelakkan dada mereka bersentuhan.

"Eh...? Semalam tu... tak ada pulak buat macam ni. Semalam tu... kedudukan kita lebih rapat dari ni kau okey je." Kata Luhan, mempamerkan senyuman nakal.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now