🤵Bab 62👰

1.3K 114 209
                                    

"EK EHEMMMM!"

Deheman gila punya kuat itu mendorong Jiwon menarik tangan kanannya yang digenggam kejap oleh Luhan. Memang setiap kali dia mendengar suara itu, jantung dia akan mula berdenyut dengan kadar luar biasa.

Luhan juga ikut tersentak dengan sapaan secara tak langsung dari suara tua yang amat familiar di pendengaran, terus menoleh ke arah ruang tamu. "Morning, atuk." Ucap dia. Senyum nipis dilontar sambil bagasi besar warna coklat diletak bersebelahan dengan sofa.

"Hmm." Ucapan 'morning' Luhan hanya dibalas dengan satu bunyi sahaja.

"Erm... tuk." Panggil Luhan, perlahan. Gigit bibir bawah sambil merangka ayat-ayat apa yang boleh dia susun dengan cantik sekali untuk dituturkan buat lelaki tua itu.

Sebenarnya rancangan mini-vacation yang bakal dia dan Jiwon laksanakan hari ini dibuat dengan tiba-tiba. Tak dimaklumkan kepada sesiapa. Dah nama pun tiba-tiba bukan? Spontan. Tanpa dirancang. Jadi yang baru tahu hanya Jiwon saja.

Semalam masa tengah mandi, Luhan jadi terfikirkan sesuatu. Selama seminggu lebih dia dan Jiwon berada di sini, tak pernah sekali pun dia bawa isterinya itu keluar jalan-jalan melawat Beijing. Hari tu dah pelan pun nak ajak Jiwon pergi pekan tapi terpaksa dibatalkan.

Walaupun Jiwon tak merungut atau merengek minta dibawa keluar, Luhan sebagai seorang suami yang menyayangi isteri merasakan bahawa dia dan Jiwon perlukan masa untuk berdua.

Nak jugak melepak bersama isteri tanpa ada gangguan dari manusia-manusia sakai seperti para sahabatnya. Tanpa disampuk oleh atuk dikala miang dia datang dan dia mahu bermesra dengan Jiwon.

Banyak kali kot atuk jadi pemusnah babak romantik mereka. Banyak kali 'Miang-Mode: ON' dia dimatikan secara tiba-tiba oleh orang tua itu. Tsk!

Kali ni Luhan bertekad! Dia nak bawa Jiwon pergi jauh dari sini. Dari rumah agam ini. Pergi ke suatu tempat di mana hanya dia dan Jiwon saja yang berada di situ. Dan mereka akan berbulan madu dalam istilah yang setepatnya.

Tak seperti di Cappadocia dulu. Itu secara paksa. Tapi kali ini dia dan Jiwon dah lain. Masing-masing dah punya perasaan istimewa terhadap kau-aku. Jadi bulan madu kali ini akan dilaksanakan dengan rela hati, mengikut kemahuan sendiri.

Tak ada lagi paksaan.

Tak ada lagi kata-kata ugutan dari Yifan.

Tak ada lagi ayat-ayat pujukan dari Yixing dan Minseok.

Tak ada lagi Sehun dan Leean sebagai spy.

Tak ada lagi pergaduhan tahi kucing antara dia dan Jiwon.

Harap-haraplah kan...

"Kamu nak apa, Xi Luhan? Dok gelisah macam kuda nak beranak kat situ kenapa?"

Suara tegas itu membantutkan khayalan kebahagiaan dia dan Jiwon yang bakal mereka lalui beberapa minit saja lagi. Dah banyak dah aktiviti yang ingin dilakukan dengan Jiwon semasa tempoh bulan madu mereka. Walaupun hanya dua hari. Heh!

Tarik nafas dalam-dalam. Sambil-sambil tu dia mengumpul aura berani di dalam diri. "Atuk... Han dengan Jiwon kan..." Ayat dibiar tergantung bila dadanya dilawati dengan perasaan gemuruh.

"Cakap bagi jelas! Apa yang kamu nak?"

Terpejam sekejap mata bila disergah buat kesekian kalinya. "Okey." Luhan bertekad. Tak boleh tidak, dia kena suarakan hasrat hati. Dia perlu bawa Jiwon pergi ke mana-mana jugak hari ini. "Reban ayam dah siap. Cat pun dah selesai. Jagung dah habis petik. Teh kena tunggu daun matang lagi. Kuda dah bagi makan. Kandang pun dah bersih. Pendek kata, semua kerja Han dah selesai. Jadi atuk... izinkan Han bawa Jiwon pergi bercuti. Dua hari satu malam je. Tak lama. Esok malam kitorang balik. Janji!"

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon