🤵Bab 63 (Second Last)👰

1.4K 125 190
                                    

#Sila baca pesanan- bebelan tukang karut di bawah. terima kasih 😊😊

***

"COOL. Semua dah ready." Kata Luhan seraya menutup belakang MPV yang dia pinjam dari atuk.

Yixing yang ikut menyumbang tenaga bantu Luhan memasukkan barang-barang di dalam kereta, mengupas senyum. "Where are you going so early in the morning, uh?"

"Ada la. Mana boleh bagitahu." Luhan tayang muka bongkak.

"Tsk!" Yixing berdecit.

Mengerling jarum jam pada tangan, Luhan berkata. "Mana Jiwon ni? Tadi kata nak naik ambil cardigan sekejap je."

"Well... perempuan kan macam tu. Lima minit diorang tu maksudnya satu jam bagi kita."

"Aku setuju!" Kenyataan itu disokong padu oleh Luhan. "Jaehee pun macam tu jugak ke?"

Mendengar nama itu riak muka Yixing berubah terus. Agak lama jugak la membisu sebelum dia bersuara semula. "Haih! Sejuk betul pagi ni. Aku nak sambung tidur. Happy honeymoon bestie. Jaga Jiwon baik-baik. Chaow."

Namun baru dua langkah dia menapak, Luhan menarik hud baju sejuk yang dipakai Yixing sehingga kawan baiknya itu terdorong ke belakang semula. Yixing ditolak sehingga bersandar pasa belakang kereta, bersebelahan dengan dia. "Yixing-ah... I am sorry."

"Pehal kau? Tiba-tiba mintak sorry."

Luhan senyum sikit. Muka Yixing dicari. "Yelah. Sejak aku kahwin ni, aku macam dah kurang ambik tahu pasal korang. Kurang okey, bukan tak ambil tahu langsung. Tapi tu la... even kurang pun dah buat aku ketinggalan banyak hal. Terutama sekali pasal kau dan... Jaehee."

Yixing hanya senyap. Yang sebenarnya kat dalam hati dia sekarang ni dah diserbu dengan seribu satu jenis perasaan. Tiap kali nama itu melalui corong telinga, perasaan-perasaan itu sering bertandang, melawat dia.

"Aku kan... sebenarnya tak tahu sepenuhnya apa yang jadi antara kau dengan Jaehee. Yang aku tahu dari Yifan, korang dah declare. My bestfriend has a girlfriend now and I am so happy for you. Tapi... kenapa kau palau Jaehee? Kenapa kau tak jawab calls dia? Kenapa kau tak contact dia?" Perasan Yixing nampak terkejut dengan soalan-soalan dia, Luhan menokok. "Sorry. Aku terdengar Yifan bebel kat kau semalam."

Tarik nafas dan hela bebas. Bahu Yixing yang menunduk ditepuk perlahan. "Even aku dah kahwin, dah ada komitmen lain... kau jangan 'buang' aku macam tu je. Aku ada je untuk kau Yixing-ah. Aku boleh tadah telinga untuk kau apa. Aku boleh je-"

"Kau nak tahu satu benda tak?"

Luhan mata kata sebaik saja Yixing memintas tanpa amaran. "Apa? Kau dah ready nak bagitahu aku sebab kau palau Jaehee ke? Kenapa? Kenapa?" Teruja jadinya dia bila Yixing nampaknya mula menggerakkan bibir untuk meneruskan kata.

"Sebenarnya kan... aku dari awal lagi tak pernah percaya pasal tu."

"Pasal apa?" Kening Luhan berkerut.

"Pasal fakta yang kononnya kau gay."

"Uhh?"

Yixing sungging senyum double meaning. "Yifan dengan Minseok pun."

"Okey, memang betul aku tak songsang. Tapi kenapa korang buat-buat percaya yang aku ni kononnya gay?"

"Sebab kitorang nak tolong realisasikan impian ahjushi untuk satukan kau dengan Jiwon." Itu bukan suara Yixing yang menjawab soalan Luhan. Itu suara Yifan.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now