🤵Bab 57👰

1.8K 118 273
                                    

#Warning: Luhan-Jiwon-Ifti-Saka Ifti bergabung dengan saka LuWon-Miang-Mode : ON! 😂😂😂

***

"HAISYHH!!!" Itu adalah rengusan sebal untuk kali yang ke dua puluh lima. Aktiviti rengusan kasar itu berselang seli dengan kehadiran muncung sedepa sejak hampir setengah jam yang lalu semasa dia membersihkan diri.

Kehadiran tompokan-tompokan warna merah pada sekitar leher dan atas dada dia yang tak dapat dikira dengan jari hanya sekali pandang, betul-betul buatkan Jiwon dihuni perasaan mahu mencabut kesemua gigi Luhan.

"Urghh!"

Bathrobe berwarna putih yang tergantung pada penyidai besi yang ditampal kejap pada satu sudut dinding bilik air dicapai untuk disarungkan pada tubuh. Dengan rakus, tali di bahagian hadapan bathrobe diikat kemas, dibahagian atas perut.

Perasaan bengang yang bertandang dada, membawa langkah kaki laju keluar dari bilik air. "Luhan! Tengok apa kau dah bu-"

Tenggelam terus suara keras dia. Lesap habis rasa bengang. Terhapus sepenuhnya riak bengis pada wajah. Semua perasaan itu berganti dengan rasa terkedu dan tergamam pada tahap yang dahsyat.

"Hmm?" Luhan di atas katil yang asalnya fokus dia pada skrin smartphone kini beralih kepada Jiwon. "Luhan buat... apa?"

Air liur cuba ditelan juga walaupun terasa payah. Niat dihati mahu memaki Luhan terbantut sepenuhnya sebaik saja penampilan Luhan yang tak berbaju.

Tak ada sebarang tindakbalas dari Jiwon. Nak tahu apa yang buatkan si isteri yang menyinga dengan meluru keluar dari bilik air dan menjerit nama dia seperti ada perkara yang jiwon tak puas hati, Luhan bergerak turun dari katil.

Lagilah Jiwon terpana. Gaya diserang penyakit stroke sementara mula dipraktiskan. Hal itu berlaku kerana mata dia terpaku pada tubuh Luhan yang berada lebih kurang sepuluh langkah dari tempat Jiwon berdiri. Tubuh yang tidak ditutup walaupun dengan seutas benang di bahagian atas manakala bahagian bawah hanya mengenakan seluar track yang panjangnya bermula dari bawah pinggul sampai ke atas buku lali.

"Tutup mulut tu, sayang kalau taknak air liur meleleh."

Ayat itu menampar gegendang telinga Jiwon dengan jayanya. Jiwon kini sudah tersedar dari khayalan-sampai-ke bintang. Menyedari Luhan kini berada dekat dengan dia, spontan satu langkah diatur ke belakang. Rasa macam tak cukup besar jarak di antara dia dan Luhan, selangkah lagi kaki di angkat untuk menjauhkan diri tapi tak jadi bila Luhan lebih pantas bertindak.

Tangan tangan lelaki itu sudah melingkar kejap pada pinggang dia sebelum tubuh Jiwon ditarik dengan kuat sehingga muka Jiwon kini menyembam pada bahu kiri Luhan.

"Yah!" Jiwon membentak marah, dengan serangan Luhan tanpa salam itu. Dijauhkan muka dia dari bahu Luhan. Niat di hati mahu dipanah Luhan dengan pandangan maut tapi terbantut pulak niat dia itu disebabkan matanya lebih tertarik kepada bahagian abdomen lelaki itu.

Luhan senyum nakal. Terbit rasa mahu mengusik si isteri memandangkan Jiwon kini sedang terpaku tanpa membawa mata ke arah lain. Nampaknya isterinya itu tergamam dengan ketulan-ketulan daging yang menonjol pada bahagian atas perutnya. "Ya, aku tahu abs aku dah perfect sekarang dan itu membuatkan kau jadi kagum teramat sangat."

"M-mana ada kagum pun! Jangan nak perasanlah!" Tukas Jiwon, jelas sekali ada getaran pada nada suara dia. Diselitnya bersungguh kedua-dua tangan bagi menjarakkan kedudukan ditengah-tengan antara dada mereka. "Boleh tak kau lepaskan aku? Aku rasa ri-"

"Tak boleh!" Luhan tekan suara dia tanpa perlu berfikir panjang dan juga tanpa mahu menunggu ayat seterusnya dari Jiwon.

"Aku rimaslah, Luhan!"

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now