🤵Bab 29👰

742 72 5
                                    

KRUKK! Krukk! Krukk! Bunyi kunyahan maruku pedas yang penuh dalam mulut. Bekas kaca ditutup penutup dan diletakkan atas meja. Dia capai pula sepeket keropok Mister Potato perisa original. Dikoyak rakus bungkusan warna putih itu lalu diseluk dua keping untuk dimasukkan ke dalam mulut. Tapi belum sempat pun kepingan keropok ubi kentang itu nak masuk mulut, dia tercekik.

"Uhuk! Uhuk! Uhukkk!" Tangan terkapai-kapai nak ambil minuman yogurt yang berada atas sofa di sebelah dia. Dibuka penutup botol warna biru itu lalu diteguk isinya dengan rakus. Sambil meneguk air, dia menepuk dada. Rasa perit kian beransur hilang.

"Urghh!" Dia buat bunyi lagi. Hari ini saja termasuk baru yang kejap tadi, dah dekat lima puluh empat kali kot dia bunyi macam tu. Disebabkan dia dibiarkan keseorangan tanpa berteman, dia jadi sangat bosan. Nak berjimba dengan Leean, budak perempuan itu ada kelas belajar memandu.

Tiba-tiba dia jadi bengang dengan Leean. Sebenarnya dia dan Leean sama-sama ambil kursus ujian memandu kereta. Dua minggu lepas iaitu dua hari sebelum pergi Istanbul, dia dan Leean ada test JPJ. Syukur, hanya dengan sekali cuba saja dia lulus dengan cemerlang bagi semua tahap ujian. Dan dia dah berjaya dapat lesen memandu pun. Ada terselit megah kat dalam purse dia.

Tapi Leean boleh pulak pergi buat spoil! Dalam banyak-banyak ujian, dia boleh pergi buat hal tang bahagian 'Naik Bukit'.

Kalau ada yang terfikir dia gagal disebabkan dia tak start dengan gear 1, itu salah.

Jika ada yang menganggap yang dia tak tekan clutch dan brek kaki semasa side mirror menghampiri palang pertama, itu tak betul.

Walaupun ada yang mengandaikan dia tak tarik hand break dan freekan gear, pun bukan.

Dan mungkin ada yang membayangkan bahawa tayar depan kereta melebihi 50% keluar dari garisan kuning... pun tidak tepat sama sekali!

Tak! Bukan disebabkan semua itu yang buatkan dia gagal mendapat lesen memandu hanya dengan sekali saja menghadap ujian JPJ.

Bukan!

Dia gagal disebabkan dia terlebih bengong. Dia tak professional. Dia pergi campuradukkan hal peribadi dengan kes ujian memandu.

Nak tahu dia buat apa?

Masa ujian bahagian naik bukit tu, dia pergi tekan minyak selaju mungkin melebihi 120km/h kat dalam litar memandu. Dan berhenti mengejut dekat kelompok manusia yang sedang menunggu giliran mereka. Lepas tu dia boleh pulak pergi tekan hon berpuluh kali. Sampaikan encik JPJ tu terus lari lintang pukang turun kereta tinggal Leean yang macam disampuk jin tanah kat dalam kereta.

Tahu tak kenapa Leean boleh jadi gila sebegitu rupa? Hmmm... Apa lagi? Dia kalau gila mesti ada kena mengena dengan cinta mati dia, Si Sehun tu. Hari tu, Sehun dan Jongin yang temankan mereka berdua kat pusat latihan memandu. Sehun dengan Jongin lepak dekat kawasan menunggu. Well... dah nama pun manusia kacak, jadi kes mereka dikelilingi dengan para gadis dari semua penjuru adalah sangat biasa.

Yang jadi tak biasanya hanyalah pada Leean. Ia sangat luar biasa! Dia boleh terima kalau ada perempuan yang senyum dekat Sehun. Dia boleh tenang lagi kalau ada perempuan yang berjabat tangan dengan Sehun. Dia juga masih boleh kawtim kalau ada tepuk tampar Sehun masa bergurau.

Tapi... yang dia tak boleh tahan tu... yang boleh buat dia kena serang sawan babi secara mengejut kat dalam litar memandu dan yang mampu buat dia dirasuk saka dari puncak gunung... bila ada sorang manusia mana entah. Gedik ya ampun! Boleh pulak pergi buat-buat jatuh atas riba mamat yang punya kulit putih gebu pujaan hati dia tu. Perempuan tu siap gesel-geselkan muka dekat dada bidang Sehun kot!

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now