🤵Bab 20👰

804 73 7
                                    

#Warning! Luhan miang mode : ON

***

SEHUN pandang Leean. Leean pandang Sehun. Lepas tu mata masing-masing terhala pada Luhan dan Jiwon yang duduk bertentangan dengan diorang dalam MPV yang disediakan untuk jadi kenderaan mereka berempat sepanjang di mereka menetap di Istanbul sebelum bergerak ke Cappadocia. Aktiviti pandang memandang antara dua remaja ni berlangsung sejak tiga puluh minit yang lepas.

Sejak kejadian luar alam yang Luhan buat kat Jiwon tadi, keadaan terus jadi sepi. Kedua-dua pengantin baru tu tak menghasilkan walaupun serunut bunyi. Suasana kekok antara diorang berdua berjangkit sekali dengan Sehun dan Leean. Sehun memang jenis tak kesah kalau tak bercakap. Dia macam sangat biasa dan boleh terima suasana sunyi yang macam ni.

Tidak bagi Leean. Ia adalah satu masalah yang sangat besar. Dia jenis yang tak boleh nak diam lebih dari lima saat sebenarnya. Bila dah jadi macam ni, dia paksa mulut dia untuk terus berkunci rapat. Tapi seksa yang dia tanggung akibat kegatalan di keliling bibir masa ni memang sangat dahsyat. Rasa gatal je bibir tu nak bersuara. Kerongkong pun rasa macam dah dijolok dari dalam untuk paksa keluarkan suara. Tapi dia cuba untuk bertahan bila dia terus-terusan menerima isyarat dari renungan Sehun. Isyarat yang meminta dia supaya hormat suasana sunyi yang diciptakan oleh Luhan-Jiwon sekarang ni.

Mereka kini dalam perjalanan ke Four Seasons Hotel yang terletak di Bosphorus. Ikut jadual yang ditetapkan oleh Yifan-Yixing-Minseok, selama seminggu di Turkey tiga hari mereka akan menetap di Istanbul dulu selama tiga hari sebelum bergerak ke Cappadocia.

"Yehhh!!! Dah sampai!" Jeritan Leean yang tiba-tiba tu akhirnya berjaya pecahkan sunyi yang mengepung mereka berempat sekali dengan pakcik driver merangkap private guide terkena tempias.

Pakcik driver yang kenalkan diri dia sebagai Hassan tu, sejak tadi kepala dia sarat dengan simbol tanda tanya. Selama lima belas tahun dia berkhidmat, tak pernah lagi lah dia jumpa pelancong yang tak berperasaan macam budak berempat tu. Selalunya pelancong yang naik kereta dia akan terjerit-jerit penuh keterujaan tengok pemandangan sekeliling.

Paling dahsyat, diorang akan jerit sambil ketuk-ketuk cermin kereta macam kera. Dan paling kurang pun kalau tak menjerit, pujian rasa kagum dengan keindahan Istanbul yang dia akan terima. Tapi yang kali ni macam erm... hambar gila! Dari lapangan terbang sampai ke depan pintu hotel, baru kali ni yang dia dengar suara salah seorang dari mereka. Pelik sangat!

"Wahhhhh..." Rasa teruja Leean makin menjadi lepas dia keluar dari perut MPV. Bangunan besar plus mewah empat tingkat yang terhidang depan mata dia betul-betul tarik fokus Leean seratus peratus.

Sehun yang dah pijak tanah, berdiri di belakang Leean hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Telatah Leean sangat kebudak-budakkan tapi dalam masa yang sama Sehun rasa macam Leean agak comel.

"Sehun-ah." Senyuman Leean tiba-tiba lesap.

"Hmm?" Sehun kerut dahi, hairan.

Leean tarik lengan Sehun. Bila lelaki tu dah rapat, dia jinjitkan kaki sikit untuk samakan paras bibir dia dengan telinga kanan Sehun. "Kau rasa hotel ni ada hantu tak?"

"Ada." Tak payah fikir dulu pun, Sehun terus jawab.

"Ada?" Muka Leean mula pucat.

"Haah. Ada. Kau ah hantu tu." Sambung Sehun lagi sambil tarik hujung rambut Leean.

"Yah!"

"Mengarut gila! Mana ada hantu kat tempat macam ni."

Sambil betulkan ikatan rambut yang dah longgar lepas kena tarik dengan Sehun, Leean mencebik. "Kau yakin je tak ada. Mana kau tahu?"

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now