🤵Bab 22👰

768 69 0
                                    

TEKAK yang terasa kering menjadi penyebab kepada tidur Luhan terganggu. Dengan mata separuh terbuka, tangan dia menggagau smartphone yang ada kat meja sebelah katil. Memicing mata dia merenung angka jam yang tertera pada skrin yang dah dicerahkan.

4.14 minit pagi.

Letak balik smartphone kat tempat asal sebelum dia toleh ke kanan. Mata yang asalnya berat nak dicelik penuh, terus terbuka. Rasa kantuk hilang serta merta. Ruang di sebelah dia kosong buatkan dia jadi cuak.

Cepat-cepat dia bangun sambil jari petik butang lampu meja. Bilik gelap bertukar cerah yang malap dalam sekelip mata. Tangan menyebak rambut kusut ke belakang sambil mata melilau ke sekeliling bilik.

"Chincaa.. Tak pepasal buat jantung aku kecut. Kepala batu betul!" Omel dia perlahan bila mata dia jatuh pada sesusuk tubuh yang sedang baring merekot kat atas lantai hujung kaki katil. Tak dinafikan sebaik saja kewujudan Jiwon berjaya dikesan dalam bilik ini, Luhan jadi sangat lega. Degupan jantung pun dah kembali stabil.

"Kau betul lah mengada, singa betina." Tokok dia lagi seraya bangun dari katil. "Kulit tenggiling ke apa kau ni yang berlagak nak tidur atas lantai macam ni tak berselimut?" Jiwon yang sedang nyenyak dibuai mimpi langsung tak sedar diri dia tengah kena bebel dengan Luhan.

"Menyusahkan betul!" Luhan yang kini dah berdiri dekat sebelah Jiwon, merengus. Kemudian dia membongkokkan badan. Tangan kanan diselit pada bawah leher manakala tangan kiri melingkar pada pelibat kedua-dua kaki Jiwon lalu tubuh perempuan yang merekot itu dicempung dan diletakkan atas katil.

Jiwon diselimut dengan comforter sampai ke paras dada. Anak rambut yang menutup muka si isteri, Luhan tolak dengan jari ke belakang. Mata dia jatuh pada wajah polos Jiwon.

Lama.

Lama muka yang berbentuk bujur sirih itu diperhati. Walaupun cahaya lampu agak malap, namun kesan parut kecil pada dahi Jiwon dapat menarik fokus dia. Kenangan sembilan tahun lepas datang menjengah tiba-tiba. Masa mereka semua pergi bercuti di Jangsan Mountain Waterfall di Busan.

Flashback (9 years ago)

"LUHAN! Sinilah! Join kitorang!"

Pelawaan Minseok ditolak dengan menggelengkan kepala. Awal tadi Luhan memang join diorang main air tapi bila budak-budak tu dah mula jumpa tebing tinggi yang lagi menyeronokkan, dia terus tarik diri naik ke darat.

"It's safe to join us, Luhan. Don't worry." Ajak Yixing pulak.

"We won't let you die, bestie. We are here to keep you safe though. Come join us." Bila Minseok dengan Yixing gagal, Yifan pulak cuba nasib.

"Hyung! Meh ah sini." Jongin jengahkan muka dari dalam air.

Sehun timbul dua saat lepas Jongin. "Lepak sorang-sorang kat situ bukan best pun."

"Later. Aku penat. Rest kejap."

Sejak dua puluh lima minit tadi dia bertinggung di atas batu memerhati Yixing, Minseok, Yifan, Jongin dan Sehun terjerit-jerit penuh keterujaan di atas tebing air terjun. Lima orang budak lelaki itu gigih lawan tunjuk skills masing-masing dengan pelbagai jenis lompatan ke dalam air. Luhan yang sememangnya gayat dengan tempat tinggi, rasa tersisih ke tepi. Yang dia mampu hanya duduk di atas batu dan merenung kawan-kawan dia dengan rasa kagum. Kagum dengan keberanian yang mereka ada. Terbit jugak rasa dengki. Kenapa dia tak seberani mereka berlima? Leean dengan Jiwon yang perempuan pun mampu buat lompatan setinggi itu. Dia terasa yang diri dia kecil macam semut sekarang ni.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now