🤵Bab 37👰

787 70 1
                                    

"LUHAN! Lepaslah"" Langkah Luhan yang laju buatkan Jiwon rasa mengah. Dia mahu berhenti tapi perbuatan Luhan yang menggenggam kuat tangan dia menghalang dia dari buat buat macam tu.

"Luhan... You hurt me." Adu dia, tak mampu lagi nak tahan cengkaman Luhan itu. Dan lepas tu Jiwon rasa genggaman Luhan longgar sikit, Tak menunggu lama, Jiwon terus ambil kesempatan dengan merentap tangan dia dari lelaki itu.

"Kau dah kenapa!?" Dia berhenti berjalan diikuti oleh Luhan dua saat kemudian.

Lelaki itu berpaling dan berkata, "Kau jangan sesekali dekat dengan lelaki tak guna tu lagi! Jangan bercakap dengan dia!"

"Kenapa? Bukan ke dia sepupu kau?"

"Sepupu my ass!"

Mata Jiwon terbeliak dengan ayat yang keluar dari mulut Luhan.

"Okey. Mungkin kau dengan dia ada konflik. Tapi aku tak. Aku tak ada apa-apa masalah dengan dia. Jadi kau tak boleh nak suka hati halang aku dari bercakap dengan dia ke apa."

Tangan Jiwon yang berkira nak bergerak dari situ, diragut kasar oleh Luhan. "Didn't you hear me, Xi Jiwon!?"

"I did. I heard you. Tapi apa alasan kau tak bagi aku bercakap dengan sepupu kau sendiri? Apa sebabnya? Apa masalah korang? Apa yang dia dah buat sampai kau boleh mengamuk macam ni? Apa-"

"Oh shut up!!! Stop with those fu*king questions, dammit!!! "

Jeritan yang diselit dengan carutan dari Luhan itu membuatkan bahu Jiwon terhenjut hebat. Kaki spontan terundur dua langkah ke belakang. Mata tak berkelip memandang Luhan yang dah berjalan meninggalkan dia di situ. Beberapa saat kemudian, padangan Jiwon jadi samar. Air mata yang bertakung menitis keluar dengan laju.

*****

TINDAKAN Luhan dengan menengking dia tadi tu berpusing-pusing dalam kepala tak mahu berhenti. Sungguh Jiwon tak dapat terima. Dia sedih. Luhan tak pernah tengking dia macam tu sebelum ini. Entah apa yang merasuk suaminya sampai gamak marah dia teruk sampai macam tu sekali. Apa salah dia? Dia bukan buat apa-apa dengan Hyungsik pun. Dia cuma berkenalan dan berborak ringkas saja. Luhan tiba-tiba datang dan terus mengamuk gaya seorang suami tangkap bini dia kantoi bercinta dengan lelaki lain.

Apehal!?

"Luhan tak guna!"

Satu batu dicampak ke dalam sungai.

"Luhan bongok berganda!"

Sebiji lagi batu baling laju dan hinggap pada pinggir sungai seberang sana.

"Luhan taik kucing!"

Ranting kayu hujung kaki dicapai dan dipatah-patahkan dengan rakus. Dia membayangkan kayu itu seperi kepala Luhan. Lagi sadis benda alah itu dikerjakan.

Sejak empat puluh minit, inilah aktiviti yang dia buat kat tepi sungai ini. Main campak batu dan patahkan ranting kering sambil menyumpah seranah suami sendiri. Bila terlebih sedih dan sakit hati, dia tak kesah nak berjalan sorang diri ke sini, malam-malam macam ni. Hilang terus rasa takut dia. Lagipun dia biasa dengan sungai ni. Bila balik kampung, Leean akan bawak dia main dekat sini. Keadaan bulan cerah malam ini membantu dia untuk menyedapkan hati supaya tambah masa merajuk pada Luhan jadi makin panjang dan dia boleh terus berada di sini.

"Thank god. Finally I found you."

Suara Luhan dari belakang buatkan dia tersentak. Cepat-cepat Jiwon berdiri untuk jauhkan diri dari Luhan."

"Yah! Where are you going?"

Pecutan ditambah kadar bila derapan kaki Luhan kedengaran makin hampir.

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now