🤵Bab 6👰

917 88 14
                                    

"I do."

"I do."

***

PENGAKUAN itu akhirnya menghasilkan helaan nafas paling lega dalam dunia dari enam ulas bibir.

Dari awal lagi hidung mereka terasa semput untuk melakukan sistem pernafasan. Hanya sepi dan sunyi saja yang menjadi peneman pada atmosfera di sekeliling mereka. Dan sekarang ini mereka malah boleh mampu tersenyum dengan bebasnya.

"Look at them! They're kissing. Awwww... They are so cute..." Leean bersorak riang. Dia melambai tangan, penuh keterujaan.

"Thank god. They did it." Yifan bersuara, memejamkan kedua-dua mata sebelum matanya dibuka dan dipaku semula ke arah Luhan dan Jiwon yang baru saja selesai bercium.

Bercium ringkas. Memeteraikan perkahwinan mereka.

"Diorang siap boleh senyum lagi tu." Muka Yixing dipancari dengan cahaya kebahagian. Pasangan yang baru saja bergelar suami dan isteri yang sah itu, dipandang tanpa jemu. "Betapa aku bersyukur, tak ada aksi ganas dekat atas tu."

"Tak ada jugak sepak terajang ke apa. I'm glad too.Dan aku sangat... sangat... sangat menghargainya." Minseok yang duduk disebelah Yifan, mencelah. "To be honest, I wasn't expecting that majlis ni akan berjalan dengan lancar dan tenang macam serupa ni."

"Yeah. Knowing Luhan hyung and Jiwon, there is no any definition of 'safe-peace' between them." Kata Sehun, sambil cuba mengingati, mencari kot-kot ada kenangan dan peristiwa yang manis pernah berlaku di antara pasangan pengantin itu di masa lepas. Dan sebagai rumusannya, memang tak ada langsung! Manis tu memang tak penah wujud. Yang ada hanya pahit dan masam mencuka saja dalam sejarah cerita hubungan Luhan-Jiwon.

"Yeah. We should be very grateful and feel blessed also." Yang lagi lima kepala, mencelah serentak. Masih lagi nak nikmati rasa lega yang teramat sangat.

"Tapi aku pelik macam mana Luhan oppa berjaya pujuk perempuan kepala batu tu pakai wedding dress dari baju tidur mickey mouse dia yang bodoh tu?" Leean yang selesa berada ditengah-tengah antara Yifan dan Sehun, berbisik. Melihat Jiwon yang melangkah masuk ke dalam dewan perkahwinan dengan memakai baju kahwin dia, buatkan Leean betul-betul terkejut. Padahal tadi tu, si minah Jiwon mati-mati membangkang. Tiba-tiba boleh bertukar fikiran pulak lepas dia bercakap dengan abang dia, setengah jam yang lepas.

Jongin dan Sehun yang bergegas pergi ke rumah Jiwon untuk memujuk dia pun gagal teruk. Malah mereka berdua telah menjadi mangsa.. Rambut Jongin ditarik Jiwon sampai taknak lepas. Sehun juga tak terkecuali menjadi mangsa deraan.

Tak lama lepas tu, empat sahabat tu pun pergi rumah keluarga Kim. Mula-mula Yifan tawarkan diri untuk memujuk Jiwon. Tapi gagal. Lepas tu Yixing. Pun gagal. Minseok pula ambil bahagian. Gagal jugak. Akhirnya Luhan bertindak untuk bercakap secara personal dengan Jiwon dan dia jugaklah yang berjaya menjadi superhero dalam menyelesaikan kes itu. Dia hanya ambik masa sepuluh minit sahaja berada di dalam bilik Jiwon sebelum dia keluar dan memaklumkan berita positif kepada enam yang lain. Berita tentang Jiwon sudah setuju untuk memakai wedding dress.

Jongin di sebelah kanan Sehun, petik jari tiba-tiba. "Aku pelik gila. Apa yang Luhan hyung dah buat sampai dia berjaya tundukkan that crazy Kim Jiwon?" Dahi dia berkerut, cuba mencari jawapan kepada soalan sendiri

"Tengok ah tu. Diorang boleh senyum bahagi macam tu." Minseok menjuih bibir ke arah depan dewan.

Yifan mengangguk dua kali, turut serta dalam sesi perbincangan itu "That's right. I can see that. They seem very happy."

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now