🤵Bab 43👰

855 75 0
                                    

"ARGHH!"

Luhan baru berkira nak memperdalamkan ciuman yang dimulakan oleh Jiwon itu, tapi terpaksa membatalkan hasratnya bila perut dia menjadi mangsa cubitan ala-ala sepit ketam milik si isteri. Secara automatiknya, tautan bibir mereka berpisah. Tubuh dia yang melekap kejap pada tubuh Jiwon juga terlonggar dengan sendirinya.

"Kenapa?" Tanya dia dengan muka keliru.

"Dah. Sikit cukup. Jangan nak lebih-lebih! Sedar kita dekat mana sekarang ni."

"Kalau macam tu... jom!" Tak semena tangan Jiwon ditarik.

"Jom pergi mana?" Jiwon jadi pelik. Cuba dikeraskan badan tak mahu bergerak.

"Jom naik bilik, sambung!"

"Woi! Woi! Kau dah kenapa?" Bila Luhan menggunakan tenaga jantan dia, Jiwon gagal untuk teruskan memaku kaki pada lantai. Bergerak juga dia mengikut langkah Luhan dengan tarikan kuat lelaki itu. "Luhan bengong! Luhan sakai! Luhan setan! Lepas lah, gila!"

Belakang Luhan yang menjadi mangsa tumbukan Jiwon. Bila perbuatannya itu tak memberikan kesan langsung kepada Luhan, Jiwon bertindak dengan menggigit tangan Luhan yang mencekak lengan dia.

"Arghh!"

Tak cukup lagi! Belum puas meninggalkan kesan gigitan pada lengan putih Luhan, dia bertindak lagi gila. Dengan pantas, melompat naik ke atas belang Luhan, lalu kepala Luhan dikunci dengan kedua-dua tangannya.

Panahan 'headlock' dari Jiwon itu buatkan Luhan terkapai-kapai. "Yah! Jiwon! Lepas! Lepas! Aku tak boleh bernafas! Lepaslah! Ak-aku! Aku! Ak-"

"Xi Jiwonnnnn!!!!!!!"

Brrrghhh!

Tiba-tiba rumah agam itu bergegar bagaikan mengalami satu peristiwa gempa bumi.

Spontan, perbuatan Jiwon terhenti.

Sekelip mata, jeritan Luhan mati.

Sepantas kilat, Jiwon terjun turun dari badan Jiwon.

Bersungguh, Luhan menyesal mengusik Jiwon dengan cara sebegitu.

Pandangan muka bengis, mata merah, leher tegang milik manusia yang sedang berdiri di depan pintu dapur, betul-betul buatkan semua organ dalaman yang ada dalam dua tubuh kejung itu menjadi kecut. Kecut tahap dahsyat!

"A-atuk..."

"Dua-dua masuk bilik kerja aku sekarang!"

*****

SUASANA dalam bilik yang mempunyai sebuah meja, tiga buah kerusi, sebuah komputer, sebuah rak yang mengandungi susunan fail-fail yang berkaitan dengan perniagaan milik atuk, jadi panas dan tegang.

Dua kepala berdiri tegak sambil membawa tangan di belakang badan. Muka ditunduk rapat merenung kaki sendiri. Gaya sebiji sama macam pesalah yang menunggu hukuman gantung dijalankan. Bezanya cuma Luhan dan Jiwon tak ditutup muka mereka dengan kain warna hitam.

Atuk berjalan ke hulu ke hilir di depan cucu dan cucu menantu. Tak putus-putus rengusan kasar terhasil dari bibir dan hidungnya. Dah berapa puluh kali juga nafas ditarik dama-dalam untuk membuang rasa amarah yang mampat di dalam dada dia sekarang ni.

Penat berjalan, akhirnya dia rasa semput. Langkah kaki dimatikan betul-betul depan Luhan dan Jiwon yang sejak tadi tak mengeluarkan sebarang bunyi.

"Gedebuk! Gedebuk! Gedebuk!"

Satu perkataan yang diulang sebayak tiga kali yang diulang oleh atuk, menghasilkan kerutan pada dahi kedua-dua mereka.

"Bunyi belakang badan cucu aku yang kamu tumbuk."

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now