🤵Bab 59👰

1.4K 111 298
                                    

"AKU tak kira! Apa jadi pun aku kena balik Korea jugak pagi esok!" Suara Jongin datang dari balik pokok-pokok jagung yang tingginya melebihi kepala Yifan.

"Kau nak buat apa?" Tanya Sehun bila Jongin menaip sesuatu pada smartphone.

"Booking air ticket ah. Apa lagi?"

"Satu untuk aku."

"Deal." Beberapa saat dia melarikan jari di atas skrin, satu rengusan dihela kasar."Damn! Takda network connection! Apa jenis kampung entah atuk menetap ni! Kuno gila!"

"Chill ah bro. Balik rumah nanti la buat." Ayat pujukan Sehun dituju buat Jongin yang sudah mencuka wajahnya. Insyarat 'OK' ditunjuk dua saat sebelum menyambung kembali kerja memetik jagung.

"Takde guna guys. Hyung dah check tadi. Tiket dari sini ke Korea esok dah habis." Minseok mencelah dari lorong di kebung jagung disebelah sana.

"Laaaaaahhh..." Kemain panjang lagi rengekan tak puas hati dari Jongin dan Sehun. Serentak dan seirama pulak tu. Punah harapan keduanya.

"Tahi lah! Dah apehal tiket flight boleh sold out pulak?"

"Sekarang kan musim cuti sekolah. Sama musim dengan semester break budak IPT. Orang pakat-pakat berebut nak pergi holiday. Dah tu pulak aku dengar minggu ni EXO buat konsert dekat Seoul. EXO kot weh, EXO! Mananya tiket tak sold out?" Kata Yifan. Bakul besar yang berisi puluhan jantung yang dijinjing atas kepala, diturunkan ke tanah. "Calm down, besties. Ayuh kita sambung kerja sampai habis. Halah! Setakat petik jagung apa sangatlah kan. Cuba kalau atuk minta buat reban ayam satu lagi. Hah caner tu? Korang patutnya bersyukur atuk denda kita macam ni je."

"Wak lu bersyukur!" Ringan tangan Minseok melekat padu pada belakang leher Yifan.

"Auwh!"

"Sebab kau punya careless lah hyung kitorang kena buat semua ni!" Jeling Jongin, tajam.

"Tak pepasal kitorang kena tempias. Pergi campak baju atas kepala atuk siapa suruh?" Pintas Sehun.

Selar Minseok dua saat kemudian. "Macam tak ada tempat lain lagi. Kemain besar rumah agam tu. Kepala bekas askar komunis tu jugak yang dipilih."

Oh ya. Fakta Minseok itu benar sama sekali. Atuk dulu memang pernah bertugas sebagai askar komunis. Semangat patriotik tinggi buatkan dia berkobar memilih perkerjaan itu. Lebih kurang dua tahun saja masa pekhidmatan yang dilaksanakan dan lepas tu dia terus meletak jawatan. Gara-gara dia ditempatkan di dalam kumpulan askar yang menindas penduduk negara sendiri juga negara orang lain dengan kejam dan sadis, dia terus tarik diri.

Atuk tu memang luaran nampak tegas, garang, bengis mengalahkan Hitler. Tapi dalam hati ada taman. Taman bunga yang dihuni dengan sekumpulan besar rama-rama pelbagai warna. Serius tak tipu!

"Yah! Korang fikir aku sengaja ke hah?"

"Sini kau! Biar aku ajar cara bersyukur yang sebenarnya!" Sergahan Luhan itu datang dari belakang Yifan. Tanpa bersedia, dia tak sempat lari. Dan akhirnya dia menerima saja rambut-rambut jagung yang kering disumbat oleh Luhan ke dalam mulutnya secara paksa.

"Urghh! Urghh!!"

Melihat Yifan sudah tumpas di atas tanah, Jongin-Sehun-Minseok meluru menyertai Luhan. Bila empat manusia bergabung tenaga, Yifan memang tak boleh nak buat apa lagi dah. Hanya mampu menjerit dan membiarkan tubuh diseksa oleh para sahabat. "Yixing-ah! Help me!"

Reaksi yang dia terima dari Yixing mula-mula adalah jongketan bahu tanda dia tak mampu nak menolong sebelum dia menutur, "Sorry, bestie. Aku taknak campur."

[COMPLETED] Married To A Gay (Luhan)Where stories live. Discover now