Bab 1

5.6K 303 4
                                    


PUISI yang ke 99 berjaya disiapkan oleh Hadi, pantas telifon ditutup. Dia meminati puisi kerana dengan adanya puisi kita boleh meluahkan makna tersirat di dalam hati.

Kadang-kadang manusia tak faham apa yang terbuku di hati kita. Mereka hanya tahu mengata dan menuduh tanpa usul periksa.

Ting!

Dahinya mula berkerut. Siapa pula yang mesej dia malam-malam begini? Telefon kembali dicapai dan dibuka. Seketika nafas dihela lemah.

Tidak putus asa lagikah gadis ini? Apa reaksi dia di sekolah tidak cukup menunjukkan yang dia langsung tidak berminat akan gadis itu?

Malas mahu berfikir panjang, lampu di tutup. Suasana biliknya kini malap. Siapa sangka Hadi Ehsan benar-benar membesar dengan geniusnya. Serba-serbi dia ada. Rupa juga kepandaian. Alhamdulillah.

"Abang long tak tidur lagi?" Muncul Hatta di sebalik pintu.

Ahmad Hatta Elhan. Anak bongsu dari empat beradik.

"Abang long belum tidur. Kenapa?"

"Abang long boleh buatkan Hatta air milo?" Pinta Hatta.

Hadi pantas bangun semula dari baringannya. Keluarga keutamaan kita. Kalau bukan kita, siapa lagi yang nak uruskan mereka?

"Jom abang long buatkan. Nanti lepas minum, tidur okey? Dah lewat. Esok nak sekolah lagi."

Hatta pantas mengangguk sebelum membuntuti langkah abangnya dari belakang menuju ke dapur. Sebaik sahaja tiba di dapur. Gelas diambil lalu air milo dibancuh.

"Nah untuk Hatta." Adiknya menyambut baik.

"Tepilah akak. Lissa sampai dulu kan?"

"Apa pula kau sampai dulu? Kita turun sama-sama okey.." Wajah Alissa dijeling.

Pergaduhan mereka terhenti tatkala wajah si abang menyapa pandangan. Hadi melihat si kembar dengan wajah menyinga. Jam kini sudah menunjukkan pukul 11 malam.

"Tak tidur lagi?" Soal Hadi.

Arissa juga Alissa hanya diam menunduk. Ini sudah kali ke 3 mereka kantoi tidur lewat. Mana tak menyinga abang long.

"Kami haus abang long." Jawab Arissa dalan Alissa serentak dengan perlahan.

"Duduk. Abang long buatkan milo."

Pantas Arissa dan Alissa mengambil tempat. Cukup baik abang long tidak marah mereka. Hatta pula menjelir lidah.

"Minum. Lepas je habis, terus naik atas tidur. Kalau tak... siaplah!" Pantas adik-adiknya mengangguk.

Hadi hanya memerhati Arissa dan Alissa berbual kosong. Nur Arissa El Zahra dan Nur Alissa El Zahra. Pasangan kembar. Mereka kini berusia 9 tahun manakala Hatta pula 5 tahun.

"Abang long. Hatta dah siap." Gelas diberikan kepada abang longnya.

"Tunggu kakak-kakak awak siap. Kita naik atas sekali."

Hatta mengangguk. Arissa dan Alissa pula pantas menghirup air milo mereka.

Jam yang berbunyi membuatkan dirinya rimas. Pantas jam ditutup. Selimut pula diselak lalu tangan mencapai tuala yang tersangkut di belakang pintu.

Keluar sahaja dari tandas, almari dituju lalu dibuka. Baju sekolah yang tergantung dicapai lalu dipakai. Rambut disikat, beg yang berada di atas kerusi diambil.

"Pagi ayah, ibu." Kerusi ditarik lalu punggung dilabuhkan.

"Pagi Hadi." Balas Khalif.

"Pagi baby boy ibu!" Hadi hanya pasrah apabila pipinya dicium oleh Hanum, ibunya.

"Awak nak ikut saya pergi kerja lagi ke sayang?" Soal ayah sambil memandang ibu.

"Mestilah."

Hadi dan adik-beradiknya hanya memerhati perbualan ibu bapa mereka. Semenjak Hatta lahir, ibu dengan rela hati mengundur diri dari pekerjaannya sebagai doktor.

Kata ibu, cukuplah dirinya, Arissa dan Alissa yang diuruskan oleh tokmi dan pengasuh.

"Hatta, makan cepat sayang. Ayah dah lambat." Tegur ibu.

"Ibu, boleh ke Hatta tak nak sekolah hari ini?"

"Kenapa Hatta tak nak sekolah?"

"Hatta nak pergi rumah pak long. Hatta nak main dengan Hawwa."

Hadi hanya memerhati Hatta berbual bersama ibu. Hawwa anak bongsu pak long dan mak long mereka.

"Balik sekolah nanti kita pergi sana okey?" Pujuk ibunya lagi.

"Okey.."

Mereka meneruskan sarapan dengan suasana tenang sebelum semua mula berangkat ke sekolah dan tempat kerja.

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now