Bab 3

3.1K 254 5
                                    


 
HANA mematikan enjin motornya. Kasut sekolah ditanggalkan lalu disusun pada rak kasut. Pintu rumah banglo itu dibuka.

Sunyi.

Satu perkataan sesuai untuk dirinya. Senyuman tetap terukir walaubagaimana pun, ceria bukan bermaksud hidupnya bahagiakan? Bilik mama dituju.

Sebaik sahaja pintu bilik mama dibuka, terlihat wanita sedikit berusia di atas kerusi roda sedang memandang jendela yang menunjukkan suasana taman bunga.

“Assalamualaikum. Hana dah balik.” Lengan memeluk leher mama lalu ciuman dilabuhkan ke pipi mama.

Sepi, tiada balasan. Hana sudah terbiasa dengan suasana ini. Sejak papa dan mama bercerai, hidupnya memang sunyi begini. Kaya namun tidak bahagia. Benda itu wujud dalam dunia realiti, buktinya dia.

Hana Hayla yang sangat sunyi.

“Mama dah makan? Bagitahu je nak apa, Hana masakkan.” Mama masih diam.

“Hana masakkan mama sup ayam ya?” Belum sempat dia meleraikan lengan yang memeluk leher mama, dirinya ditahan.

“Kenapa papa buat mama macam ni?” Rintih mama.

Mendengar mama mula teresak-esak, Hana menghela nafas. Papa sudah berkahwin dengan wanita yang dicurangi, bahkan sudah punya anak. Mana mungkin papa akan kembali pada mereka.

Memang papa tidak membuang mereka. Buktinya setiap bulan papa akan memasukkan wang bernilai ribuan untuk dirinya dan mama. Tetapi bukan itu yang Hana mahu. Dia hanya mahu keluarga bahagia persis rakannya diluar.

“Ma, dahlah…” Bahu mama diusap perlahan, memujuk.

***

BEG sekolah diletakkan diatas katil, baju sekolah dibuka dan diletakkan ke dalam bakul kotor. Segera tubuh disegarkan sebelum solat zuhur.

Sebaik sahaja dirinya selesai menunaikan solat zohor, telifon dicapai. Terdapat beberapa chat di dalam group mereka berempat, dia, Irsyad, Arsyad dan Faim.

Mata tertancap pada request instagram, Hanahyla. Hadi mengerutkan dahi, ini instagram Hana ke?

Ditekan pantas, banyak juga gambar yang Hana post tapi kenapa semuanya terlihat suram, penuh dengan puisi juga nasihat.

Jadi, Hana turut minat menulis puisi? Post terbaru Hana ditekan, terdapat gambar yang bertuliskan tajuk puisi.

Emosi

Punya raga bukan sukma,
Yang ada kekal tersirat,
Biar berdepan dan lama,
Memegang apa jua erat.

Disebalik wajah adanya awan,
Mendungnya hitam,
Hati penuh rawan,
Terus ada tidak kelam.

Jauh mana jalan,
Ada terus harapan,
Luas mana lautan,
Itu yang dimahukan.

Bukan rasa syukur,
Tapi lemah ku akur,
Bila masih mampu,
Harap ada Dia yang Satu.

Hadi pantas membesarkan mata, indah. Apa yang dia fahami dari puisi moden itu, Hana meluahkan kesakitan.

Tetapi tak mungkinlah Hana yang menulis ini semua, lihat sahaja perangai Hana di sekolah. Mustahil sangat kalau ini instagram milik Hana.

Mungkin Hana Hayla lain. Bahu diangkat tanda tidak peduli, biarlah. Hana bukan seseorang yang istimewa untuk dia ambil tahu.

Kaki mula melangkah keluar dari bilik, dari atas dapat dilihat ibu sedang melipat baju.

Dia nak wanita seperti ibu, lemah lembut walaupun kadang-kadang seperti singa. Idea nakal mula singgah di fikiran. Tubuh ibu didekati, lalu pinggang ibu dicucuk.

“Oi!” Latah ibu.

Waktu begini ibu dan ayah sudah pulang sebentar untuk mengambil adik-adik di sekolah rendah, sebelum kembali ke tempat kerja.

Dia pula ke sekolah menggunakan basikal, memandangkan jarak antara rumah dan sekolah tidaklah jauh.

“Cubit kang! Ibu dah masak tau. Nanti macam biasa kunci rumah waktu ibu ayah pergi tempat kerja. Jaga adik-adik okey?”

Hari-hari pesanan itu diulang berkali-kali sehingga dia sudah boleh hafal.

“Baik ibu sayang, Hadi kunci pintu tingkap semua, siap gari tangan adik-adik ya?” Usiknya sekali lagi.

“Amboi!”

Gamat ruangtamu itu dengan gelakannya dan ibu. Ibu paling sempurna, dan tidak ada kurang pada mata Hadi walau sedikit.

“Hadi sayang ibu.”

“Aww… Ibu pun sayang Hadi.” Tubuhnya ditarik ke dalam pelukan.

    

TeenFiction : Hadi & Hana ✓Where stories live. Discover now